Sebelum
kita memulakan latihan i'rab perhatikan catatan di atas. Lihat perbezaan antara
dua kalimah iaitu ( الإسلام ) dan ( هؤلاء ) . Kalimah ( هؤلاء ) tetap kekal iaitu tidak berubah baris akhirnya (
berbaris bawah) walau dimana sekalipun kedudukannya samada berada dipangkal
ayat atau pertengahan. Ini dipanggil mabniyun. Manakala kalimah ( الإسلام ) berubah baris hujung mengikut perubahan
kedudukan dalam ayat. Kalimah ini dikenali sebagai mu'rab
Apa yang penting dalam i'rab ... adalah 3 perkara berikut.
1. Posisi kalimah @ mauqi' ( موقع
الإعراب ),
2. Hukum
i'rab ( حكم الإعراب
3. Tanda
i'rab ( علامة الإعراب ).
Posisi i’rab ( موقع الإعراب ) berubah
mengikut tempat dan kedudukan dalam ayat seperti mubtada ( مبتداء ), khabar ( خبر ) , mafu’lumbi
( مفعول به
) , hal ( حال ) , sifat (
صفة )
Hukum
i'rab ( حكم الإعراب )ada 4 iaitu marfu' ( مرفوع ) , mansub (
منصوب ) , majrur (
مجرور ) dan majzum (
مجزوم ).
Tanda
i'rab ( علامة الإعراب ) pula
seperti baris depan, baris atas, baris bawah dan baris mati ( ini adalah tanda
asas) selain itu ada tanda lain iaitu huruf alif, wau, ya serta 2 tanda
tambahan yang diguna pakai dalam feel mudhori' terpilih @ ( afa'l khomsah )
iaitu subut nun ( kekal kuruf nun ) dan hazaf nun ( buang huruf nun )
Berikut
adalah beberapa contoh posisi atau mauqi' dalam i'rab dan hukumnya. Sebagai
contoh posisi mubtada dan fael mesti berada dalam hukum marfu' manakala mafulum
bih mesti hukumnya mansub dan begitulah seterusnya
Lihat
contoh i'rab berikut ;
Perhatikan
carta dibawah. Kepada calon SPM mari kita i'rabkan jumlah ayat tersebut.
saya
menertai kursus motivasi
أشتركُ) فعل مضارع مرفوع بالضمة)
perbuatan ini dihukumkan
marfu' ( مرفوع ) kerana tidak didahului oleh mana-Mana huruf
nasab ( mansub ) atau jazam ( majzum ) maka ia kekal dalam hukum asalnya
الدورَةِ ) اسمٌ مجرور بالكسرة)
أراجع الدرس مراجعة تامة
saya
mengulangkaji pelajaran dengan ulangkaji yang sempurna
أراجع ) فعل مضارع مرفوع بالضمة و
فاعل ضمير ( انا)
الدرس ) مفعول به منصوب بالفتحة)
مراجعة ) مفعول مطلق منصوب بالفتحة)
تامة ) صفة منصوب بالفتحة)
9 comments:
Terima kasih, sangat membantu
Salam, saya xfaham yang alamat irab tu
Bila nak guna biddammah,bilfathah, bilya' dll?
tengok pada kedudukan perkataan tersebut. kalau ianya selepas huruf jar contoh ( في بيت), maka baiti kat situ majrur bilkasrah...
Apa maksud mansub
dan majrum
Mansub ialah berubahnya huruf akhir dengan baris atas dan apa yang menggantikannnya
Majrur ialah berubahnya huruf akhir dengan baris bawah dan apa yang menggantikannya
Kalau perkataan سنا nak irab mcm mna ye
Alhamdulillah ini sangat membantu saya.Terima kasih atas perkongsian yang begitu berilmu ini.
Thank you! this information really helps me
Post a Comment