Friday, March 12, 2010

mari i'rab kalimah


 

 

Sebelum kita memulakan latihan i'rab perhatikan catatan di atas. Lihat perbezaan antara dua kalimah iaitu ( الإسلام ) dan ( هؤلاء ) . Kalimah ( هؤلاء ) tetap kekal iaitu tidak berubah baris akhirnya ( berbaris bawah) walau dimana sekalipun kedudukannya samada berada dipangkal ayat atau pertengahan. Ini dipanggil mabniyun. Manakala kalimah ( الإسلام ) berubah baris hujung mengikut perubahan kedudukan dalam ayat. Kalimah ini dikenali sebagai mu'rab

Apa yang penting dalam i'rab ... adalah 3 perkara berikut.

1.     Posisi kalimah @ mauqi' موقع الإعراب ),

2.     Hukum i'rab حكم الإعراب     

3.     Tanda i'rab ( علامة الإعراب ).

 

Posisi i’rab (  موقع الإعراب  )  berubah mengikut tempat dan kedudukan dalam ayat seperti mubtada (  مبتداء  ), khabar (  خبر  ) , mafu’lumbi (  مفعول به  )  , hal ( حال  )  , sifat (  صفة   )

 

Hukum i'rab  ( حكم الإعراب )ada 4 iaitu marfu' (  مرفوع ) , mansub (   منصوب  ) , majrur (  مجرور   ) dan majzum (  مجزوم ).

 

Tanda i'rab (  علامة الإعراب   ) pula seperti baris depan, baris atas, baris bawah dan baris mati ( ini adalah tanda asas) selain itu ada tanda lain iaitu huruf alif, wau, ya serta 2 tanda tambahan yang diguna pakai dalam feel mudhori' terpilih @ ( afa'l khomsah ) iaitu subut nun ( kekal kuruf nun ) dan hazaf nun ( buang huruf nun )



Berikut adalah beberapa contoh posisi atau mauqi' dalam i'rab dan hukumnya. Sebagai contoh posisi mubtada dan fael mesti berada dalam hukum marfu' manakala mafulum bih mesti hukumnya mansub dan begitulah seterusnya

 




Lihat contoh i'rab berikut ;





Perhatikan carta dibawah. Kepada calon  SPM mari kita i'rabkan jumlah ayat tersebut.



 اشتركُ في الدورة التشجيعية

saya menertai kursus motivasi

أشتركُفعل مضارع مرفوع بالضمة)

perbuatan ini dihukumkan marfu' (  مرفوع   ) kerana tidak didahului oleh mana-Mana huruf nasab ( mansub ) atau jazam ( majzum ) maka ia kekal dalam hukum asalnya

 

الدورَةِ ) اسمٌ مجرور بالكسرة)

  kata nama ini pula beubah hukumnya dari yang asal iaitu marfu' kepada majrur kerana didahului oleh huruf jar aiaitu ( في ) maka hukum bacannya turut berubah


أراجع الدرس مراجعة تامة

saya mengulangkaji pelajaran dengan ulangkaji yang sempurna

  

أراجع فعل مضارع مرفوع بالضمة و فاعل ضمير ( انا)

الدرس ) مفعول به منصوب بالفتحة)

مراجعة ) مفعول مطلق منصوب بالفتحة)

تامة ) صفة منصوب بالفتحة)





Semoga paparan ini membantu para calon untuk memahami apa yang telah dipelajari di dalam kelas dengan lebih mendalam. Selamat maju jaya ..


9 comments:

balqis said...

Terima kasih, sangat membantu

Unknown said...

Salam, saya xfaham yang alamat irab tu
Bila nak guna biddammah,bilfathah, bilya' dll?

Unknown said...

tengok pada kedudukan perkataan tersebut. kalau ianya selepas huruf jar contoh ( في بيت), maka baiti kat situ majrur bilkasrah...

Unknown said...

Apa maksud mansub
dan majrum

Fawwaz said...

Mansub ialah berubahnya huruf akhir dengan baris atas dan apa yang menggantikannnya
Majrur ialah berubahnya huruf akhir dengan baris bawah dan apa yang menggantikannya

Nur Syaheerah bt. Mohd Ghadzali said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kalau perkataan سنا nak irab mcm mna ye

Unknown said...

Alhamdulillah ini sangat membantu saya.Terima kasih atas perkongsian yang begitu berilmu ini.

Unknown said...

Thank you! this information really helps me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails