Buat semua para peserta pastinya hilang rasa gundah gelana tatkala berpeluang mengikuti explo riadah yang dijalankan semasa NKI lalu. Melihat kegembiraan mereka hilang juga rasa penat lelah selama membuat persedian akhir khususnya
Dalam melalui semua tu , apa agaknya yang terlintas dalam diri para peserta ? Pernah tak sesiapa dari mereka atau guru sendiri, atau para pengunjung budiman berfikir ... bagaimana agaknya PERSEDIAAN mereka sebelum tu ? Susah tak agaknya bila membuat program sebesar tu dengan masalah kewangan yang amat terhad? Berapa ramai pelajar dan guru yang tak dapat tidur lena sepanjang program berjalan ya?
Tahukah kita bahawa kebiasaannya orang yang berbakat atau berkebolehan atau terkenal dengan rajinnya sering diasak dengan bebanan tugas yang tiada menghujungnya? Adilkah bagi mereka ini? Rakan yang lain bagaimana?
Sedikit jamuan BBQ diadakan untuk abang-abang "DRIVER" ....
GURU PENGIRING ... Cuba bayangkan barisan guru kita ini yang terpaksa mengurus siang dan malam, berjauhan pulak dari anak sendiri yang ntah bagimana di rumah, terlibat pulak sebagai fasilitator sepanjang program 4 hari 3 malam . Belum lagi memperkatakan perihal kebajikan mereka semasa program berlangsung .. Ini baru satu aktiviti . Bagaimana pulak dengan kegiatan sukan di sekolah? Pasukan Beruniform ? kegiatan kecemerlangan akademik yang memang menjadi teras utama di SBP ini? Belum lagi bercerita guru yang sama menjadi warden di asrama mengurus 500 hingga 900 pelajar setiap hari! Maka bila keluar isu GURU TERSEKSA dan orang melihat guru menanggung beban kerja yang amat berat maka terfikir dalam benak hati kecil ini .... Semua tu berbalik atau terpulang kepada diri sendiri. Apa niat kita menjadi guru? Sedarkah kita bahawa tugas mendidik adalah tugas yang sangat BERAT kerana ia mewarisi tugas para nabi terdahulu. Adakah kita memiliki , mengamalkan konsep Kendiri yang positif atau negatif? Jika kita meletak nilai IMAN dalam setiap gerak kerja kita.... pasti kita berbangga dan bersyukur menjadi guru kerana telah terbentang ruang yang amat luas di depan mata yang bakal menjadi 1 dari 3 aset yang dijanjikan Nabi Muhammad untuk setiap anak Adam yang akan KEMBALI bertemu Yang Maha Pencipta kelak.
ILMUAN ISLAM .... Melihat dan duduk bersama barisan panel diskusi malam tu , terlintas dalam benak ustaz ni , mampukah aku seperti mereka berdua ni ya? tokoh masyarakat yang hebat .... bukan sahaja berjuangan untuk diri dan keluarga lebih dari itu untuk umat sejagat! Apakah mereka menjadi idola remaja kini? Atau siapa mereka di kaca mata para pelajar ??
Perasmi ... Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia hadir merasmikan majlis Penutupan NKI ke 30 di Intesaber . Apa yang boleh difikir-fikirkan .... Bagaimana agaknya urusan protokol dijalankan sepanjang majlis yang dihadiri orang kenamaan seperti ini? Sempurna ke tidak perjalanan majlis? Bersediakah penganjur menghadapi sebarang perubahan di saat-saat akhir bila melibatkan orang "kenamaan" ? Adakah protokol yang dicipta manusia banyak memudahkan atau menyusahkan manusia sendiri? Apa yang pasti bila ada kenduri kendara samada besar atau kecil pasti akan ada pinggan, piring atau gelas yang pecah di sana sini .... Dengan belajar menerima kelemahan dan kekurangan orang lain kita sebenarnya belajar menghargai mereka kerana sesungguhnya tiada manusia atau tiada tindakan manusia yang sempurna di dunia ini.
Apa pun persoalan yang bermain di dalam benak fikiran kita ... bagi ustaz NKI kali ke 30 yang lalu tetap memberi ilmu baru dan pengajaran amat berharga dalam hidup ini. Sebanyak mana cabaran, masalah yang timbul jika kita tangani secara positif akan menghasilkan nilai postif dalam diri dan orang lain.
Dengan menjadikan BERFIKIR sebagai budaya dan amalan kita serta sentiasa berusaha belajar memahami orang lain kita sebenarnya mengajar diri kita untuk lebih memahami diri sendiri dan menghargai orang di sekeliling kita serta menghargai apa jua peluang yang ada di depan mata
Salam NKI dan ukhuwwah Islamiyah buat semua bekas peserta NKI ke 30 tahun 2010
4 comments:
Salam..
Diorang memang solat betul-betul ke ustaz kat kebun tu? Ke hanya sekadar tugasan check point?
assalamualaikum
wah msti seronok kan NKI
setelah brape lame asyik tertangguh2 je
alhamdulillah
syukur ke hadrat ALLAH
selesai dilaksanakan
tu memang solat betul22 ya... bukan cobaan
Assalamualaikum Ustaz =)
Satu lagi renungan daripada NKI, mampukah kita membumikan input NKI yang kita dapat?
Cabaran buat BADAR...dan saya merasakan semangat pada mereka.
Post a Comment