Sunday, May 23, 2010

Siapakah gerangan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dengan izinNya jua kita masih mampu bersama di sini. Setelah agak lama tak berkesempatan untuk menulis, ustaz dikejutkan dengan beberapa catatan yang tidak diundang. SIAPAKAH GERANGAN PENULIS itu? Ahmad? Abu? Ramli? Zul? Atau ntah siapa lagi ... Ustaz sendiri tidak pasti. Cuma apa yang ustaz pasti Penulis ini TIDAK SEDAR ATAU LUPA bahawa tiada satu pun perbuatan hamba bernama manusia terlepas dari PEMERHATIAN ILAHI pencipta seklaian alam.

Dalam dunia maya yang serba hebat ini sebenarnya tidak sedikit pun mampu mengatasi atau menggugat kehebatan Allah. Nak sembunyi mana kita dihadapan Allah kelak? Nak lari mana kita dari malaikat MAUT Allah ? Apakah dengan menyembunyikan diri dibelakang pelbagai nama pinjaman mampu melepaskan kita dari pemerhatian Allah ???? Siapa ctnun, ustaz samsol real punyer, faem, primer , ustaz ( yang pandai melaknat), ahmad sukri ? Teruja pulak dalam hanya 5 minit seramai 15 pesanan ditinggalkan dalam blog ustaz yang tak seberapa ni. Rasanya ini satu SEJARAH TERSENDIRI dalam dunia blog ustaz ini. KECUALI mereka adalah orang yang SERUPA. Soalnya SIAPAKAH GERANGAN penulis itu?

Apapun ustaz mohon maaf sekiranya terdapat penulisan di arab2u yang menyinggung mana2 individu atau tindakan ustaz sebagai PK HEM menimbulkan rasa kurang senang dikalangan 538 orang pelajar lelaki dan perempuan serta 1076 orang ibubapa . Maklumlah nak jaga serta memuaskan hati orang seramai itu rasanya diluar kemampuan ustaz.


Buat penulis yang budiman, ustaz bukan orang yang tidak boleh dibawa berbincang. ada apa2 datanglah bincang. Tak mampu bersemuka ... tulis surat nyatakan rasa ketidakpuasan hati. Tak perlulah menimbulkan rasa kurang selesa atau senang dikalangan pengunjung blog ini kerana ustaz menulis ni pun hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada. Kasihanilah mereka yang benar2 ingin belajar dan terus belajar bersama arab2u ini.

Kepada semua calon PMR dan SPM untuk kertas bahasa arab 2010, ustaz doakan kalian sentiasa beroleh kejayaan dalam peperiksaan kelak.


sekadar untuk rekod ust papar semula semua catatan penulis untuk renungan bersama. Ingatlah sebesar atau seberat mana pun amal perbuatan kita , baik atau buruk pasti akan dipaparkan kelak untuk perhitungan Allah di hari yang manan tiada tempat untuk kita bersembunyi dariNya .

20 Mei 10, 13:33
arab2u: mohon kerjasama semua.. pelihara adab dan sopan anda.. Ruangan ini bukan utk dipersendakan.
20 Mei 10, 10:33
ctnun: insaflah semua..
20 Mei 10, 10:32
ustaz samsol real punyer: pegi mampos
20 Mei 10, 10:31
faem: rindu aku he?
20 Mei 10, 10:31
primer: fuyyooo
20 Mei 10, 10:31
pekan: faem bile nak chat???
20 Mei 10, 10:31
ustaz: jangan memain.... saya suruh wat keje bukan memain camni
20 Mei 10, 10:31
very2 real ctnun: woi x de kerje ke?
20 Mei 10, 10:30
kamil: wei ctnun..aq ske ko gak ar..jom kawen..
20 Mei 10, 10:30
primer: eh beragak lar nk jd ustaz pown...tunggu 10 tahun lg
20 Mei 10, 10:30
ahmad syukri: saya disini memerhatikan anda..
20 Mei 10, 10:30
kamil: wei ctnun..aq ske ko gak ar..jom kawen..
20 Mei 10, 10:29
very2 real ctnun: w0i!!
20 Mei 10, 10:29
real ctnun: apsal...x puas ati...
20 Mei 10, 10:28
ustaz: pale hotak ko maen chat heh..buat latihan ar lahanat....
20 Mei 10, 10:28
real ctnun: weh spe nyamar jadik aku ni??

4 comments:

Anonymous said...

asthagfurullah...sapa ler yg sk maen2 chat kat ruangan...mungkin itu dialog biasa dikalangan anak remaja tp ia tetap x sedap didengari tambahan pula di blog ruangan ilmu lagi r x patot dak2 ni wat cam ni...erm.....

seorang guru said...

salam us,jangan sedih us..ujian dari Allah adalah untuk menguji keikhlasan kita dalam melaksanakan tugas!itu tandanya Allah masih merahmati kita..supaya kita tidak terus syok sendiri!

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum Ustaz,
kalau Ustaz terganggu dengan beberapa patah kata remaja nakal ini,bayangkan betapa tergurisnya hati saya bila BADAR menerima kata makian dalam shoutbox di blog BADAR.

Belum dikira komen yang tak kena tempat...

littleantzz said...

astaghfirullah...

jangan kotori laman ilmu ini dengan kata2 dan perbuatan yang tidak beradab.

takut nanti tiada berkat yang diproleh.

siapa pun kita, ingatlah Allah itu maha mendengar, lagi maha mengetahui.

saya sendiri sangat kecewa dengan mreka yang menyalahgunakn ruangan yang disediakan.

sabarlah ustaz, Allah itu maha adil. yang penting, kata2 mereka tidak sedikitpun mematahkan semangat ustaz, malah membakar api perjuang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails