Tuesday, May 25, 2010

Nikahmu Abang Terima

Alhamdulillah dengan izin allah jua saudara kembar ustaz , Omar namanya selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Ima pada 8hb May lalu . Hari pernikahan yang dilangsung serentak 2 pasang mempelai dijalankan di masjid Kg Sunga Lang, Banting.




Perasaan gembira bercampur hiba pastinya tidak terkawal antara kami berdua. al maklumlah walaupun kami pasangan kembar, perjalanan hidup kami amat berbeza antara satu sama lain. Sudah tentu semua itu dengan ketentuan dan kehendak Allah jua. Diusia 40 tahun akhirnya dia bertemu jodoh setelah ustaz sendiri telah memilki 5 pasang cahaya mata .... Siapalah kita hendak menentukan dan memastikan masa depan kita sedangkan esok hari pun kita tidak tahu apa akan berlaku pada diri kita!


Lihat sajalah bezanya kami berdua! Dia randah .. ustaz tinggi, dia bulat ... ustaz bujur, dia muda .. ustaz berusia, dia hamsem .. ustaz manis!! he.he



Sabtu yang lalu tanggal 22hb pula majlis diadakan di kampung halaman Bukit Changgang , Banting . Tema di kg sendiri merah !!! hmm .. memang comel abang ustaz hari ru.





Suasana kenduri memang meriah kerana budaya gotong royong sememangnya telah menjadi amalan sejak sekian lama di kampung ni. Pendek kata 3 hari 2 malam tu memang meriah dengan hiruk pikuk para "sinoman"

Sempat kami bergambar besama pasangan mempelai .... dan turut diserta adik beradik yang lain.



Alhamdulillah ... moga kebahagian mengiringi hidup kalian berdua .. Nikah dan selamat . Yang pasti tanggungjawab dan amanah terpikul atas bahu kita para suami untuk mendidik dan membimbing isteri dan keluarga ke jalan yang diredhai allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails