Tuesday, June 1, 2010

Soalan Terjemahan

Perlu diingat bahawa soalan ini akan terbit dari pelbagai tajuk yang terdapat di dalam buku teks atau sukatan tingkatan 4 dan 5. Justeru itu pelajar mesti berusaha menguasai perbendaharaan kata bagi membolehkan anda menjawab dengan baik. Perhatikan terjemahan berikut yang diambil dari petikan sebelum ini.
-->
إن القرءان هو كتاب الله المقروء,
Sesungguhnya Al Quran itu adalah kita Allah yang dapat dibaca
وأما الكون هو برهان الله المنظور.
Adapun alam ialah bukti (kekuasaan) Allah yang dapat dilihat
ونحن مأمورون بأن نتدبر آيات الله الكريمة
Dan kita diperintahkan agar mengkaji tanda-tand ( kekuasaan) Allah yang mulia
وأن نستعمل عقولنا وأفكارنا و وجداننا
Dan menggunakan akal kita, pemikitan kita dan perasaan kita
في إدراك معانيها, وفهم مدلولاتها
dalam mengetahui maknanya dan memahami bukti-buktinya
حتى تطمئن قلوبنا,وتستقر خواطرنا.
sehingga hati kita menjadi tenang dan perasaan kita teguh dan tetap
فالقرءان الكريم كتاب منزل من رب العالمين
Al Quran yang mulia adalah kitab yang turun dari Tuhan sekelian alam
وحجة على العقل الإنساني.
dan merupakan hujah bagi akal manusia
ومتدبر القرءان يرى
dan para pengkaji Al Quran melihat
أن المكتشفات الحديثة
Sesungguhnya penemuan-penemuan baharu
قد أشار إليها القرءان
Al Quran telahpun menunjukkannya
قبل أن يحققها الإنسان.
sebelum manusia mengesahkannya



Dari petikan ini juga, kemahiran pelajar boleh dipertingkatkan dengan menguasai satu lagi cabang soalan kertas 1 iaitu perkataan seerti dan berlawanan. Perhatikan contoh berikut ;

الكلمة المرادفة

الكون = العالم
تطمئن = تهدئ
تستقر = تثبت
برهان = دليل / حجة
المكتشفات الحديثة = الإبداعان الجديدة
يحققها = يثبتها
نستعمل = نستخدم

الكلمة المضادة

مأمورون = ممنوعون
قبل = بعد
الحديثة = القديمة

Sekian, Selamat maju jaya buat semua



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails