Tuesday, June 1, 2010

Pelihara Pejuangmu ya Allah



Bukan sahaja PAS UMNO, MALAYSIA dan INDONESIA malah dunia Islam dan barat seluruhnya mengecam keras tindakan regim Israel menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Tindakan biadap ini diharap membuka mata pemimpin dunia khususnya Amerika dan sekutunya di Barat.

Dunia melihat tindakan tidak bermoral ini mencerminkan sikap angkuh regim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya.

Seluruh negara Islam perlu dan sewajarnya memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim tersebut. Sama2 kita mengadakan solat hajat seluruh negara dengan membaca qunut nazilah; agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi.

Takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya pejuang ini menyemarakkan lagi usaha membebaskan saudara kita di Gaza.

Buat semua anak didikku;

lihatlah mereka berjuang untuk agama tercinta. Tinggalkan semua keselesaan, kesenangan dan kerehatan di tanahair demi tanda kasih kepada saudara seagama di luar sana dengan mempertaruhkan jiwa dan raga. Apakah kita bersedia untuk mengikuti jejak langkah mereka? Atau kita terus leka dengan hiburan, menggilai dunia fesyen dan keseronokkan alam remaja tanpa ada rasa sekelumit dihati untuk turut berjuang di jalan Allah...


Kehidupan di asrama seharusnya mampu mendedahkan diri pelajar dengan kepelbagaian corak pemikiran dan tingkahlaku dan seterusnya dapat memperkasakan jatiditi, membina ketrampilan dan keyakinan diri, mencorak daya saing dan daya pimpin kalian semua. Apakah semua ini benar-benar kalian rasai? berapa ramai dari kalian yang faham, sedar dan tekad berusaha utk mencapainya? Atau " persetankan semua tu" masa mudah hanya sekali ni je.. enjoy lah!!!


Sesungguhnya peristiwa ini membuka mata dunia bahawa benarlah janji Allah .... Yahudi sama sekali tidak akan redha dengan apa jua usaha utk membangun dan menyelamatkan Islam. Apakah persediaan kita atau kalian sebagai pelajar? Sedar dan bangunlah wahai anakku!! Bangkit dan berjuanglah dari dalam diri dan jiwa kalian untuk mencapai kecemerlangan agar kelak mampu menyumbang kebaikan demi agama , bangsa dan negara tercinta.

sama2 kita renungkan

2 comments:

littleantzz said...

salam...

perjuangan menuju kebenaran itu sering pahit, tetapi yakinlah dengan kemanisan yang akan kamu kecapi.

jalan menuju redha Allah itu sering berduri, tetapi percayalah bahagianya pasti akan kamu miliki.

begitulah lumrah hidup pejuang, pantang berundur sebelum berjuang.

dalam perjuangan ini, kita hanya ada dua pilihan, mati sebagai as-syahid, atau menang sebagai mujahidin.

marilah kita sama-sama menanam semangat dan azam untuk menjadi Muslim yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab kita.

secara logik akalnya, wajarkah kita terutamanya ummat Islam bersekongkol dengan Israel laknatullah? nah, fikir-fikirkanlah, ini ibarat api dalam sekam, gunting dalam lipatan, duri dalam daging! dalam diam, kereka memakan daging saudara mereka sendiri! na'udzubillah...

rezeki itu kurniaan Allah, yakinlah dengan janji Allah. peliharalah agama Islam, nescaya Allah akan memelihara kita.

wallahua'lam...

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum Ustaz,
teringin benar rasanya mencoret pengalaman tak seberapa hidup di asrama yang banyak disindir orang sebagai penjara itu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails