Wednesday, November 24, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan ke 15

Alhamdulillah dengan izin Allah, dapat kami sekeluarga menyambut hari Ulang Tahun Perkahwinan ke 15 tahun ni di Restoran Rimba Sg Lembing di jalan Sg Panjang, Sabak Bernam. Sebaik selesai urusan kes saman di Kuala Selangor terus bergegas balik. Alhmadulillah slesai awal. Sempat lagi menggeledah pokok2 sekitar asrama untuk tujuan pengubahsuaian lanskap asrama tu.





Sebaik lepas solat terus kami bergerak. "Makan kat mana ni abah? ummi ?" . anak2 sibuk tak berhenti bertanyakan lokasi rahsia kami ... " dalam hutan" ustaz jawab selamba. " Cakaplah betul2 abah !" he.he. ketawa je kami berdua







Lebih kurang 50 minit dari SBPI akhirnya sampailah kami di .. Selera Rimba Restoran . Saja lah beri peluang anak2 makan makanan dari sumber asli di hutan tu. Udang Galah, Kijang, Landak he.he.















Daging Kijang 1 Kg RM100 hmm... dagingnya pejal tapi lembut , Udang Galah gred A RM15 seekor gred B RM3@4 la .. yang ne memang best !! masak goreng berempah. Mak mertua lalu pun tak nampak punya. ye lah makan sambil tunduk kepala aje kan...







Sesekali nak rasa ok la . Boleh pergi sapa2 yang belum pernah rasa ..






Apa pun moga usia perkahwinan ni berkekalan serta sentiasa beroleh rahmat dan petunjuk dariNya. amiinn . Abah sayang semua ...

3 comments:

abu muaz said...

Assalamualaikum ustaz. Sudah 15 tahun ya... tahniah.

PINATBATE said...

Salam Tahniah Ustaz dan ustazah,semuga diberkati Allah.

Muhamad Zayani Syazwan said...

Tahniah ustaz!

Moga 15 tahun yg dikongsi bersama itu berkekalan hingga ke syurga~

*hmm, saya pernah makan kat sini jugak lepas amik result SPM dulu. hehe~ masa otw ke mrsm kuala kubu bharu*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails