Tuesday, March 15, 2011

Cuti ?

Cuti persekolahan memang selalu dinanti-nantikan oleh semua murid. Bukan saja murid kami guru-guru pun sama juga. Ya la ... inilah masa yang terluang untuk bersama dengan anak-anak. Tu pun belum tentu dapat cuti sepenuhnya. Sebagai guru@cikgu cuti ke tidak rasanya sama aje. Ada saja kerja berkaitan sekolah akan dilakukan waktu cuti ni. Selesai aktiviti A, menanti 3 lagi aktiviti B,C dan D yang menanti sebaik buka persekolahan .




















Bagi ustaz , cuti masa nak bawa anak berlibur atau ber rekreasi. Ada kesempatan memang tak akan lepaskan peluang tu cumanya al maklum sajalah ... banyak perkara kena fikir. Tangguh punya tangguh kekadang tak sempat pun nak bawa anak2 jalan. Seperkara lagi masa cuti ni juga berpeluang melihat perkembangan anak-anak dengan lebih dekat. Nakal ke dia, malas ke dia, masa cuti inilah peluang terbaik nak memantaunya.










Waktu persekolahan nanti, memang cukup memenatkan nak menguruskan semua perkara serentak. Anak-anak sendiri pun balik sekolah kekadang tak sempat mandi , makan dah tertidor dengan pakaian sekolahnya .... Kita mak ayah pun sama jugaklah penatnya


Jadi harap2 cuti persekolahan dapatlah sama2 kita semua memanfaatkan masa yang ada. Tak salah nak melayari internet, menonton video, bermain PS2 dan lainnya ... asalkan saja semua tu dapat dikawal dan dibahagikan sebaik mungkin. Masih berfikir-fikir lagi ni ... nak kemana bawa family cuti ni??????


Apa pun Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun ke 2 buat Sumayyah Kauthar pada 19 Mac akan datang !!!! Abah, Ummi, kak Maryam, abang ngah, abang Chik, kak Ijah semua sayang adik Su .. Nanti ramai2 kita buat piza ..

1 comment:

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

salam ustz.

wah...comotnye...comey!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails