Sunday, January 22, 2012

Cerita Awal Tahun

Seperti ibubapa lain, menjelangnya persekolahan di awal tahun pasti sesuatu yang sedikit meresah dan memeningkan. Pendek kata dari sekecil-kecil perkara hingga lah sebesar-besarnya tentang perlu difikirkan supaya semuanya beres bermula dengan yuran sekolah, pakaian dan peralatan sekolah yang tidak lagi semurah dahulu dan lain-lain belanja luar jangka.


 berpindah ke sekolah baharu di SK Jugra

Sedikit perbezaan di awal 2012 ini berbanding tahun-tahun lepas, terpaksa urusan anak semuanya dilakukan sendiri khususnya saat pendaftaran persekolahan. Alhamdulillah semua urusan pembelian pakaian dan peralatan sekolah telah diselesaikan lebih awal.  Terasa peritnya bila semua perlu diurus sendirian sepertimana ibu-ibu dan bapa-bapa tunggal diluar sana. Apatah lagi kita sendiri bekerjaya.

hari pertama di tahun satu, ketika rehat



Namun alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma sedikit kelam kabut bila kita sendiri perlu membuat persediaan utk pendaftaran kemasukan pelajar di sekolah sendiri pulak. Masa-masa terluang ketika bersama anak-anak adalah tempoh yang sangat berharga untuk berkongsi perasaan, kesusahan dan sebagainya dengan mereka. Meskipun sekadar 10 atau 15 minit ketika berada dalam kenderaan.

Anak-anak perlu dididik dan diberi kefahaman serta penjelasan tentang semua perkara yang berlaku di sekitar mereka. Kalau tidak mereka tak faham. Mudah ke nak besar dan didik anak di zaman yang penuh kecanggihan ini? Mudah ke hari ini untuk mendapatkan sesuap nasi bagi mereka yang kurang bernasib baik? 
Sedarkah mereka bahawa kesususahn yang mereka lalui hari tidak seberat mana jika dibanding dengan apa yang dilalui oleh mereka yang terdahulu? 
 

Ya Allah kau kurniakanlah kami dari kalangan isteri dan zuriat-zuriat kami permata yang menyejukkan hati dan pandangan sertakan jadikan mereka pemimpin dari kalangan orang yang bertakwa .... amin ya rabb

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails