Wednesday, January 25, 2012

Masa berlibur

Cuti sekolah sememangnya saat yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar sekolah. Apa tidaknya... inilah masanya boleh berehat dan berlibur. Tidak terkecualilah kami yang bekerja ni. Masa cuti-cuti beginilah ruang dan kesempatannya yang ada untuk bersama anak-anak. Bila tengok anak-anak happy, kita pun tumpang gembira juga




Salah satu destinasi kami adalah ke i-city di Shah Alam. Kunjungan kali pertama mengundang kecewa kerana parking penuh. Kali kedua baru dapat menikmati suasana malam hari yang berkerdipan dengan cahaya lampu. Dapat juga merasai kedinginan dan kesejukan "air batu di bawah bangunan"  tu. Layan jugalah anak-anak punya keinginan ..... walaupun tidak merasai hujan salji dalam tu tapi dapat merasakan kesejukan kira ok la..




Yang penting.. masa bersama anak-anak dapat diisi sebaik mungkin selain dapat mengukuhkan ikatan kasih dan sayang sesama ahli keluarga. Sesiapa yang belum berkesempatan tu boleh lah mencuba ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails