Thursday, May 17, 2012

selamat Hari Ulang Tahun ke 9

Assalamualaikum semua.

Lama sungguh tak berkesempatan untuk ustaz catatkan sesuatu di arab2u ini. Perubahan angin dan bebanan tugas agak amat membataskan ruang untuk kembali aktif menyelenggara blog ini. Apa pun buat semua yang masih menjadikan blog ini sebagai medan perkongsian ... terima kasih diucapkan.

Dalam kesempatan terbatas ini ... selamat hari Jadi buat abang Chik @ Ibrahim Adham yang menyambut birthday nya kali ke 9 semalam.   setiap kali menjelang Hari Guru tiba lah gilirannya diraihkan juga.



Kali ini amat berbeza kerana tiada lagi kelibat kak Maryam dan Abang Ngah di sisi yang masing2 kini berjauhan kerana amanah yang dipikul. Kakak di Sabak Bernam, abang Ngah di Alor Gajah Melaka. Terasa juga kehilangan mereka tapi tu lah lumrah kehidupan. Akan tiba masanya nanti ... semua anak2 berjauhan dari kami berdua. Apa pun doa dipanjatkan moga semuanya sentiasa berada dibawah peliharaan dan kasih sayang Allah.



Buat abang Chik ... teruskan komitmen dan usaha untuk terus maju dan berjaya dunia akhirat.
Abah dan umi
SAYANGGGGG semua.

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 9

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails