Sunday, June 3, 2012

Abah Umi Yakin Abang Ngah Boleh

"Abah dengan Umi yakin dan percaya abang Ngah boleh ! tambah kami lagi " Abang Ngah memang ada potensi cuma perlukan kemahuan sendiri yang kuat untuk berjaya."

Terngiyang-ngiyang lagi ungkapan tu saat dimana kami berusaha meyakinkan anak ke 2 ini meneruskan pembelajarannya di Sekolah Imtiaz Ulul Albab Melaka pada Februari tahun 2012 ini. Ikutkan rasa sudah pasti pilihan hatinya adalah di SBPISB sama seperti kakaknya. Masakan tidak...  di situlah dia dibesarkan dan menerima pendidikan awalnya di sekolah berhampiran.

Sebagai ibubapa sama seperti juga orang lain, kami tidak terlalu memaksa sebaliknya sentiasa berikan pandangan dan sokongan apa yang terbaik sebelum dia membuat pilihan. Di mana sahaja anak2 kita ini insyaAllah boleh berjaya. 9A PMR di sekolah harian biasa pun mampu di capai tanpa perlu susah payah masuk ke mana2 sekolah berasrama spt SBP atau MRSM. Tapi untuk belajar hakikat hidup sudah semestinya memerlukan suasana, tempat  dan sistem yang terpilih.


Kini setelah 5 bulan berlalu, semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Syukur alhamdulillah atas segala kurniaanMu ya Allah. Melihat kesukaran dia menghafaz ayat2 Allah memang menyentuh hati kecil kami ibubapa. Sukar memang sukar baginya. Tapi usaha meningkatkan keyakinan dirinya sentiasa kami lakukan agar dia rasa kuat dan yakin dengan keupayaan dan potensi diri sendiri. Apa jua aktiviti bersama keluarga sentiasa kami terapkan nilai2 yang positif untuk dihayati. Baik ketika cuci longkang, cuci pinggan mangkuk, lipat baju, masak di dapur, masuk gua, mandi laut ataupun sepanjang berada dalam kenderaan . Tu pun yang dapat kita bantu. Selebihnya dia perlu usahakan sendiri untuk masa depannya sendiri. Setakat mana anak2 ini perlu bergantung harap pada kita ibubapa sedangkan ajal maut pasti muncul bila2 tanpa minta keizinan dari kita sendiri.


Alhamdulillah berkat sabar dan keyakinan diri akhirnya dia terpilih untuk menerima Anugerah Khas Personaliti dalam majlis penutup Program Khas Asasi Ulul Albab 2012 baru-baru ini. Anugerah yang disampaikan oleh Dato' Seri Zahid Hamidi  selaku penaung Sekolah Imtiaz Melaka tu diberikan kepada murid yang dilihat sentiasa menjaga pengurusan diri, masa dan penampilan yang baik sepanjang tempoh berada di Sekolah Imtiaz tu. Tahniah abang Ngah atas apa yang telah dikecapi ... Abah Ummi dan adik beradik tumpang bangga dan gembira.



Penghujung 2012 ini bakal menjadi penanda aras buat kakak yang bakal menduduki PMR . Mudah-mudahan  kakak juga terus gigih dan yakin dalam memburu kecemerlangan dalam hidup. Abah ummi dan semua adik beradik juga mendoakan kakak di sana. Try the best kakak!!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails