Tuesday, August 28, 2012

Nota Qawaid الحال

Seperti yang tercatat pada nota di atas , HAL bermaksud  perkataan yang menjelaskan perihal keadaan فاعل atau مفعول به

mari kita amati contoh yang diberikan .

contoh 1 bermaksud ;  bapa telah balik ke rumah " dalam keadaan tersenyum " . Perkataan  مبتسما  atau tersenyum menjelaskan perihal keadaan bapa sebagai pelaku dan ia dihukumkan sebagai MANSUB kerana berada dalam kedudukan HAL  dan diberikan BARIS ATAS kerana ianya murfad

contoh 2 bermaksud ;  Ahmad datang ke masjid " dalam keadaan menunggang"  basikal . Perkataan  راكبا atau menungang menjelaskan perihal keadaan Ahmad sebagai pelaku dan ia dihukumkan sebagai MANSUB kerana berada dalam kedudukan HAL  dan diberikan BARIS ATAS  kerana ianya murfad


contoh 3 bermaksud ;  Saya dapati kanak-kanak lelaki itu " dalam keadaan menangis " di depan rumah Perkataan  باكيا  atau menangis menjelaskan perihal keadaan kanak-kanak lelaki sebagai مفعول به dan ia dihukumkan sebagai MANSUB kerana berada dalam kedudukan HAL  dan diberikan BARIS ATAS kerana ianya murfad


contoh 4 bermaksud ;  Dua orang murid lelaki itu telah mengambil keputusan peperiksaan " dalam keadaan gembira" . Perkataan  مسرورين  atau gembira  menjelaskan perihal keadaan 2 orang murid lelaki sebagai فاعل  dan ia dihukumkan sebagai MANSUB kerana berada dalam kedudukan HAL  dan ditukarkan ALIFF MUSANNA kepasa YA  kerana ianya musanna


Paparan di atas ini pula adalah jenis-jenis HAL 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails