Wednesday, October 10, 2012

selamat berjuang calon PMR 2012

Salam kasih sayang dan ingatan dari ustaz buat semua anak-anak yang bakal dan sedang menduduki PMR untuk tahun 2012 ini. Didoakan moga Allah membantu kalian dalam segala usaha dan ikhtiar yang telah dilakukan selama ini. Selebihnya kelak  berserah dan pasrahlah dengan KETENTUAN Ilahi yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

Hadapilah segala kemungkinan dengan hati dan jiwa yang berani serta tabah. Dunia tidak tamat hanya kerana kegagalan kita dalam memburu impian dan kejayaan kerana telah terbukti mereka yang berjaya adalah orang yang berani bangkit dan belajar dari kegagalan

Ribuan kemaafan ustaz hulurkan kerana ketidakupayaan untuk memenuhi semua cadangan dan permintaan pengunjung dalam menyalurkan maklumat yang diperlukan  kerana kekangan tugas dan masa yang terhad.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails