Tuesday, February 12, 2013

Cendol Bakar Kuala Selangor

Cendol  sememangnya antara minuman kegemaran ustaz apatahlagi kalau berpeluang menikmatinya diwaktu panas terik . Cendol Banting pastinya tetap jadi pilihan meskipun masih kekal seperti zaman kanak-kanak ustaz dahulu sehingga kini.

Benarlah kata pepatah dimana ada kemahuan di situ akan ada jalan. Satu ketika daerah Kuala Selangor hanya terkenal dengan lokasi pelancongan dan tapak bersejarahnya tapi kini sebenarnya ia mula dikenali dengan pelbagai aktiviti perniagaan sepanjang laluan ke Sabak Bernam . Bermula dengan cendol Burhan kini Cendol Bakar  yang terletak di persimpangan Kg Assam Jawa menuju ke Ijok atau Lebuhraya Latar .


Apa yang menarik pastinya kinsep perniagaan yang diperkenalkan ini iaitu pembelian secara pandu lalu yang hampir jarang kita lihat dalam mana-mana perniagaan seumpama ini. Dengan dikelilingi pelbagai gerai makanan yang beraneka ia sudah tentu memberikan pilihan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung. 


Ada seperkara yang menarik dalam perniagaan ini sebenarnya. Percuma untuk pelanggan yang berstatus OKU dengan hanya menunjukkan kad OKU mereka. Konsep SEDEQAH dan beramal jariah  yang diamalkan pastinya mampu menarik dan mencuit hati setiap pengunjung disini.


Sebelum berpindah ke lokasi ini sebenarnya ustaz sempat melihat cendol Bakar ini bertapak di sebuah gerai tidak jauh dari lokasi sedia ada ini dengan kain rentang refill percuma ... Meskipun agak pelik bunyinya tapi konsep ingin berbuat amal jariah jelas dilihat sejak dari awal perniagaan ini dijalankan berbeza dengan pesaing2 nya yang lain. Kini... ustaz fikir Cendol Bakar mampu bertahan lama dengan izin Allah berkat pemikiran positif dan kreatif pengusahanya serta keazaman dan usaha gigihnya untuk terus maju dan berjaya.


Untuk menikmatinya jangan mudah berputus asa sebab anda memang perlu berbaris panjang ...
Selamat mencuba  




1 comment:

TeacherAzimah said...

dah lain muka abg cik...mcm dah makin bulat. dulu kurus jer...sampaikan salam buat semua ya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails