Tuesday, February 12, 2013

Mencontohi Pemikiran dan Sikap Positif Nabi Muhammad SAW

Disebutkan dalam surah At-Tin, ayat 4, Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk yang berbekalkan sumber peribadi dan bakat semula jadi. Sumber ini dapat dirangsangkan untuk menyerlah potensi diri seseorang insan. Allah Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia serba lengkap fizikalnya, ditambah pula dengan anugerah akal dan minda, iaitu anugerah yang paling berharga.

Marilah kita merenung sejenak kehebatan anatomi fizikal ini. Kita mempunyai lima pancaindera; 500 jenis otak; 200 jenis tulang; 24,000 saraf pendengaran (telinga); 100 juta sel reseptor (mata); 10.5 kilometer urat saraf; 90,000 kilometer saluran darah; 1,600 gelen darah sehari yang dialirkan oleh jantung dan sebagainya.

Cuba kita hayati pula kehebatan minda kita:

• Boleh berfikir untuk membuat sesuatu keputusan
• Berupaya mencipta sesuatu idea atau barangan
• Mampu membuat penilaian yang baik atau buruk
• Mampu membuat perancangan dan pelaksanaan
• Bertanggungjawab ke atas segala pemikiran, perasaan dan tindakan
• Mampu berfikir pada kadar 800 perkataan seminit dengan setiap sel otak mempunyai kapasiti seperti suatu komputer peribadi
• Berupaya menampung 120 kemahiran

Walaupun kita tahu keupayaan fizikal dan minda masing-masing, kajian mendapati bahawa kita hanya menggunakan lima hingga 10 peratus daripada potensi diri masih belum lagi digunakan dan bersedia untuk diperkembangkan.

Untuk membina kecemerlangan diri ada tiga aspek yang perlu dibuat :
• Memahami diri minda
• Mengenali dan menganalisis sistem nilai kehidupan
• Memilih dan membina sasaran, matlamat atau pelan tindakan kehidupan

Kesedaran mengenai potensi diri hanyalah langkah pertama untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Ketahuilah 90 peratus kejayaan kita adalah melaui sikap positif serta 10 peratus menerusi ilmu dan kebolehan. Dalam erti kata lain, faktor yang menentukan kecemerlangan ialah memilik sifat positif.

Sikap positif pula boleh terbentuk 90 peratusnya melalui mengadakan matlamat hidup, hala tuju serta strategi ke arah pencapaian matlamat kendiri. Sepuluh peratus perubahan sikap positif adalah melalui persembahan ilmu dan pengalaman.

Rasulullah s.a.w. dan sahabat adalah insan yang berfikiran dan bertindak positif. Mereka yakin akan syurga yang seluas langit dan bumi yang dihias dengan pelbagai keindahan yang tidak dapat dibayangkan mata. Walaupun pelbagai rintangan melanda, Baginda tempuhi dengan sabar dan tidak pernah putus asa. Matlamat kaum mukminin jelas yakni mencari keredhaan Allah. Wawasan mereka adalah syurga. Tindakan mereka sentiasa berhati-hati agar perintah Allah sentiasa diikuti. Rasulullah dan sahabat contoh unggul kehidupan insan.



Justeru, usah banyak bicara atau membuang masa, marilah kita terus mulakan tindakan bagi menjayakan hasrat dan cita-cita! Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang yang gagal memberikan seribu alasan.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails