Wednesday, August 12, 2009

Generasi Y , Z ?

Kumpulan Generasi Y  ialah satu generasi yang merangkumi kumpulan anak muda 18 tahun ke bawah ( rasanya usia 20 hingga 40 tahun pun masih dibawah kelompok ini . he.he.) . Bagi mereka jargon seperti Yahoo Messenger, Blogspot, Twitter, MySpace, Spacebook, PS3 dan XBox barang kali bukan lagi sesuatu yang asing .

Teori2 generasi ini adalah teori demografi Barat. Pengaruh barat yang begitu kuat menyebabkan kita tidak dapat mengelakkan masyarakat dari terjebak dengan gejala2 negatif yang dikaitkan dengan generasi2 berkenaan. Sifat2 negatif generasi baby boomers (lahir 1946-1960) dikaitkan dengan hippies, perang, ganja, heroin, morphine dan hidup tanpa pegangan agama. Mereka menjadi ibubapa kepada generasi x (lahir 1960-1980) yang lebih parah kerana menolak perkahwinan. Maka sifat2 negatif generasi x dikaitkan dengan anak luar nikah, gay, lesbian dll. hasil pengaruh Boy George, penyanyi yang beridentitikan maknyah. Wujudlah juga gereja untuk gay dan lesbian dan pengesahan perkahwinan sesama jenis. Jauh lebih parah apabila generasi y pula menolak terus nilai2 agama dan pengaruhnya sangat kuat kerana dunia sudah tidak punya sempadan. Malaysia lebih bernasib baik kerana semasa generasi X masih remaja di awal tahun70an timbullah apa yang dipanggil ‘the rising tide of Islam’. Kumpulan belia dan pelajar di pusat pengajian tinggi yang mempunyai kesedaran untuk memartabatkan kembali gaya hidup Islam membawa satu gerakan yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Kumpulan inilah yang meletakkan kembali tudung di kepala wanita Melayu dan kopiah di kepala orang lelaki. Pada masa itu wanita hanya meletakkan selendang di bahu termasuk para ustazah yang mengajar di sekolah. Namun di penghujung 80an dan 90an kumpulan ini sudah berada dalam keadaan amat selesa. Mereka memegang jawatan2 penting dalam kerajaan dan koporat malah ramai yang menjadi kaya-raya. Seolah2 ‘perjuangan sudah selesai’ dengan mengharapkan biarlah kerajaan saja yang menguruskan pemartabatan ummah. Maka ‘The rising tide of Islam’ di Malaysia amat pendek usianya. Tiadanya program pengisian rohani yang mantap menyebabkan generasi Y di Malaysia merupakan anak muda yang lemah dan lesu mindanya. Yang pandai memperjuangkan ijazah dan jawatan tinggi dan yang kurang pandai memperjuangkan anugerah seni hiburan. Yang bodoh memperjuangkan kehidupan bebas tanpa batas. Masyarakat Islam berpuak2 kerana fahaman politik. Isu murtad mungkin merupakan menifestasi dari keadaan ini. Kita melihat sifat negatif generasi Y di Malaysia kadang2 lebih parah dari di barat. Dadah yang diambil oleh generasi Y adalah lebih canggih. Tidak mampu membeli dadah mereka menghidu gam dan yang paling hina sekarang ialah anak muda ketagihan menghidu najis lembu.

PENGGUNAAN teknologi yang keterlaluan akan mengundang kelahiran generasi masa hadapan yang hanya berminat dengan hiburan semata-mata dan langsung tidak menitik beratkan pembudayaan ilmu. hampir 90 peratus pelajar memiliki telefon mudah alih sendiri. Rata-ratanya pula cenderung ke arah perisian permainan PSP dan PS3 terkini serta 'ketagihan' aplikasi Web 2.0 seperti Facebook dan Friendster. Benarkah golongan ni lebih sanggup tak mempunyai saudara mara dari berpisah dengan PS3 dan facebook mereka ? Sejauhmanakah kebenarannya ?? Mampukah generasi Y ini mengambil manfaat dari kecanggihan teknologi ?

Sebelum luka menjadi nanah, sebelum nasi menjadi bubur siapa yang perlu bertanggungjawab ? apa peranan anda? pendekatan apakah yang sesuai untuk memahami dan mendekati mereka? Mahukah pengunjung budiman .. kelak akan mewarisi generasi Z ? generasi S.E.X ? atau ntah apa lagi nama yang bakal diberi?

komen anda ? Sama2 kita renungkan .....

http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/07/23/generasi-apa-selepas-z/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

** di Bandar Baru Selayang ... lamanya tunggu innova di service . ustaz baru nak bertatih untuk mengenali mereka ...
Bimbinglah hambamu iniya Allah... Biarlah lahir dari generasiku apa yang dipanggil jiilul Quran.. aminnn ya rab .

Monday, August 10, 2009

CUTI JUA AKHIRNYA


DENGAN KETENTUAN DAN KEHENDAKNYA ...
AKHIRNYA SBPISB DITUTUP
ATAS NASIHAT DARI JABATAN KESIHATAN

MULAI ESOK HINGGA AHAD

11HB-16HB OGOS

APA IDAKNYA .. SETIAP HARI SATU BAS
PELAJAR DIHANTAR KE
HOSPITAL SABAK BERNAM TU.
KAT SURAU DAN KELAS
MACAM2 IRAMA BATUK KEDENGARAN.


MOGA ALLAH MENGURNIAKAN
KESEJAHTERAAN BUAT SEMUA.



Walau apa pun alasan cuti ... nama cuti tetap menyeronokkan, betul tak? Pandai2 jaga diri di rumah. Buat kewajipan yang sepatutnya. Calon PMR dan SPM manfaatkan masa dengan baik. Maaf tak sempat bekalkan modul baru untuk cuti ni. harap dapat siapkan modul sedia ada tuu . Jumpa lagi nanti ye!!!

sayang selalu dari kami sekeluarga


hmmm .. dapnya

Hmm .. dapnya. Ni menu kami sekeluarga masa gi ke resoran Gelas Besar ( gelah bapokk ) di Sg Besar yang terletak bersebelahan petronas tuu minggu lepas . Anak2 cuba nasi goreng black pepper , nasi goreng pattaya. mama makan nasi paprik, ustaz pulak sotong 3 rasa dan sup cendawan. hmmm.. best dan lazat. berbaloi berbanding ngan sesetngah kedai tomyam yang ntah apa2 tu. kekdang menyakirkan hati bila makan.
ya lah .. bayar harga tak murah jugak tapi kualiti makanan macam tak nak bagi orang makan. kalau paprik tuuuu .. kekadang lebih bawang dari sotong atau udang!! tapi yang ni okkkk.
Air pulak besarrrrrr bapokkk!!! jadi beli 2 gelah dah boleh minum untuk semua anak2. tengok dia orang happy, kita pun tumpang happy gak. tulah ... kita ibubapa bapa ni , apa2 pun untuk anak juga. Cuma kekadang anak2 tak faham. Tapi pada ustaz bukan salah dia anak2 tu juga. Ibubapa sendiri tak beri kefahaman pada mereka macamana dia orang nak faham??? Tugas ibubapalah kena didik serba serbi. Kalau dah didik masih tak menjadi ... tu bukan ursuan kita ibubapa lagi. Adalah sesuatu Allah nak uji kita ibubapa. Nabi2 terdahulu pun diuji sedemikian rupa kan.


hmmm ... best dap abah!!!!! kata anak2 bila makan nasi goren black pepper ni. Alhamdulillah ..


ha... tengoklah tu , pakat gotong royong menghabiskan air tu. tinggal sikit untuk abah niiiii .



Tapiiii
apa yang best lagiiiii. bila balik dari main bowling baru ni, ustaz masakkan nasi goreng black pepper untuk anak2 yang dah kena tinggalkan abah dia orang gi "kursus " tu. Untuk ummi dia orang pulak ustaz masakan sayur campur Ayang special. Ya lah nak abiskan stock sayuran yang teacher norin beri lepas balik dari trip le cameron higland minggu sebelum tu. Sebenarnya ni kali ke 2 ustaz masakan nasi goreng black pepper untuk anak2 lepas balik dari restoran tu. Haaa... apa dia orang cakap. " Lagi sedap abah punya nasi goreng ni dari kat kedai tu !!!!!! " he.he. hei kena puji .... senyum le ustaz sorang2 kat dapur.



Mama tu memang suka makan sayur. bila cik abang dia masakkan sayur special ni ..... hilanglah rasa lengoh badan menjaga anak2 selama ditinggalkan "berkursus " tu.
Ha ... tips buat para bapa ..... hargailah pengorbanan ibu atau isteri2 di rumah. Belum tentu kita dapat menjalankan tugas mereka dengan jayanya kalau kita pulak ditinggalkan "berkursus" . Tak boleh masak macam ustaz tak pe.... belikan baju baru untuk dia orang. Kalau idak pun , tudung bawal akid MAN sg besar pun okkkk. he.he.
selamat beramal!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails