Friday, May 29, 2009

SPM maksimum 10 subjek mulai tahun depan

NILAI: Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Serentak dengan itu, beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.

"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek hari ini.

Muhyidin, yang juga Menteri Pelajaran, diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Muhyiddin berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.

Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.

Muhyiddin berkata kementerian amat serius untuk merapatkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar walapun perbezaan jurang ini tidak sejauh mana.

"Sebenarnya jurang ini tidak terlalu jauh tetapi masih ada perbezaan yang agak ketara daripada sudut lain dan ini dilihat daripada segi keputusan peperiksaan," katanya.

Pembaharuan yang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-10 membabitkan pembangunan prasarana, tenaga guru dan cara pembelajaran murid, katanya.

"Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar ini terdapat ramai orang bumiputera Melayu, bumiputera yang agak miskin, kurang berkemampuan. Kita mahu pembangunan sekolah-sekolah di luar bandar sama tahapnya baik daripada segi infrastruktur, cara pembelajaran sebagaimana yang terdapat di kawasan-kawasan yang sudah maju," kata Muhyiddin.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di pedalaman merupakan cabaran utama bagi kementeriannya melaksanakan pembaharuan itu.

Walaupun kementerian ada menawarkan elaun sebanyak RM1,500 sebagai insentif sejak dari tahun lepas untuk mereka datang ke kawasan pedalaman misalnya di Sabah dan Sarawak, masih banyak cabaran lain perlu ditangani.

Beliau sedang memikirkan cara untuk menyenangkan kehidupan guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman ini kerana walaupun mendapat elaun, kementerian sedar masalah lain seperti perumahan menjadi asas utama perlu diatasi.

Kompleks Pendidikan yang dilawati Muhyiddin hari ini terletak di kawasan seluas 400 hektar dan menempatkan kompleks Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Kos keseluruhan projek ialah RM1.3 bilion dan sebahagiannya dijadual siap pada penghujung 2010. BERNAMA

*** Bagi ustaz ; setiap perubahan pasti memerlukan pengorbanan. Siapakah yang terkorban atau berkorban ??? Adakah ia memberi impak pada survival melayu Islam ? Bagaimana nasib anak2 melayu Islam disekolah2 agama seluruh malaysia? Bagaiamana dasar untuk melahirkan teknokrat Muslim yang hafaz Al Quran ? Dengan 10 subjek mana nak letak BAT tu? hmmm ... pandangan dan ulasan pengunjung amat dialukan

CATATKAN komen dan ulasan anda di bawah.

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH MULAI HARI INI.............


3 comments:

panod said...

salam..

sy memang tak setuju dgn keputusan 10 subjek tuh..
mane boleh mcm ni..
kesian la pelajar2 aliran agama
tak kan diorang nk gadaikan subjek2 agama
@
gadaikan subjek sains?
hmm...

tp..
walau tak amek subjek tu dlm SPM
kne pastikan subjek2 agama ni terus diajar..
tak boleh biarkan student yang tak amek subjek2 ni kat SPM terus dibiar tanpa diajarkan/dididik

Wallahu 'alam...

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz,
ni hanyalah pandangan seorang anak murid.Selama ini kita sibuk canangkan budi bahasa,nilai murni...sampai terpaksa perkenalkan subjek Sivik & Kewarganegaraan. Terpaksa buat PLKN sdg mat rempit berleluasa dan berkembang menjadi mat ragut dan mat pit.

Pada saya,kita dah banyak memberi pelajaran pd anak bangsa,dan terima kasih pd semua cikgu2. Namun dek kerana sistem yg diguna pakai sekarang ini,A menjd kayu ukur mutlak kejayaan dan kegagalan seseorg menguasai sesuatu subjek. Bagaimanakah pula nasib golongan yg kurg cekap menguasasi akademik, sebaliknya lebih kpd kemahiran dan skil.Adakah skil mereka perlu diabaikan dlm perlumbaan puluahan A ini?

Justeru spt yg saya coretkan di blog ust zaki,perlunya pd pentaksiran berasaskan sekolah yg turut mengambil kira prestasi pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Pengecilan subjek ini saya kira membuatkan kita lebih fokus terhadap keperluan subjek akademik utk lorong kerjaya impian msg2.Perlukah bakal doktor secara total menguasai bdg matematik?

Terlalu pjg komen saya kali ini,lebih molek ust komen coretan saya tu pula...hehehe

panod said...

sedikit infrmasi utk dikongsi

http://hafizhilmi89.blogspot.com/2009/05/surat-kepada-berita-harian-isu-10.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails