Hidup berkeluarga sudah semestinya berbeza dengan alam" membujang" . Jika bujang semua buat sendiri dan memang hanya fikir diri sendiri tapi berkeluarga kena fikir pasal " orang lain". waktu bujang boleh buat suka hati .. tidak lagi setelah berkeluarga. Masa bujang tak kisah banyak benda .. mana mungkin setelah berkeluarga. Pendek kata perlu fikir panjang sebelum berkeluarga. Jasmani, emosi , rohani dan intelek kena seiring dan bersedia menghadapi alam rumahtangga.
Melangkah setapak kehadapan bilamana telah mempunyai cahaya mata. Anak sorang pastinya berbeza dengan anak seramai 5 orang. Di sinilah perlu dan pentingnya kerjasama sesama pasangan hidup kita.
Masa bujang ustaz tak berapa suka makan roti tapi kini setelah beranak 5 .... kini kena sedia pelbagai jenis roti untuk hidangan sekeluarga. Bekalan roti tak putus sepanjang masa. Ustaz suka choco, mama suka butterscotch manakala anak2 suka classic dan keju. macam tu jua cococrunch dan honeystar .... sentiasa tersediauntuk sarapan pagi. Tapi paling best bila kakak @ Maryam Husna sediakan air oren tuuuu ... memang best giler. hmmmm ... sayang abah dan ummi
Hmm .. mee goreng adalah hidang segera kami sekeluarga. Ini kepakaran ustaz. Cuma kena bertolak ansur sebelum menyediakannya. Ustaz suka mee basah, mama suka mee kering @mamak stail, anak2 tak suka sebarang sayuran, Abang Chik suka udang, abang ngah tak suka sotong , ijah suka bilis. Oleh kerana pelbagai cita rasa , akhirnya ikut lah apa ustaz masak . he.he.he. yang penting kena makan semua. Yang ni adalah hidangan terkini. hmmm .. dap!!
Menu ni memang best!!!! sapa rasa sekali mesti ingat mama. betulll tak tipu punya. Namanya Bakso. Asal dari indonesia tapi sekarang ilmu ni dah dikuasai orang ganu kiter pulok! hmm... sup ni best , jadi ia adalah hidangan istimewa utk anak2. Sekali sekala je masaknya. Tu pun kena tunggu betul2 mama free dan relaks. Jadi tak selalulah kami makan bakso ni. Paling syok .. sambal kicap mama. hmmmm... susah nak cari ganti .
Hok ni pung sama gok. Musim durian je boleh kami sekeluarga merasa. Ini ustaz punya favorate menu. Anak2 dok berahi mana. Jadi ini istimewa utk abah dia orang ler. Takde pulut, roti classic kan ada? hmmm.. selagi tak licin, memang ustaz pulun.
Yang ni pulak, ustaz tarik diri awal2. Tak tahan sakit pinggang!!!!! Maklumlah .... hanya yang berkepakaran tinggi sahaja layak melaksanakan tugas ni. Sapa lagi kalu bukan mama. Walau pun ada pengalaman lipat melipat baju sejak di bangku sekolah tapi ustaz tak buat sijil lanjutan utk melayakkan ustaz meneruskan tugas ni. he.he.he. Sebab tulah memasak adalah bidang tugas utama di rumah yang rela ustaz piukul berbanding melipat ni. hey... tak sangguuuup aku!!! Susah sangat kalu tak sempat, masukkan je dalam 5 bakul berasingan. he.he.he. bukan tak biasa buat kan ....
Haa ... ni satu lagi tanggungjawab sosial yang perlu dipikul. Basuh baju. Dulu masa semi auto lagi perit. sekarang ni mesin tu autometik senang lah sikit. Cuma kena tunggu jugak sampai siap membasuh. kalau idak jenuh pasi2 esok nak urus. mana nak jemur, mana nak urus anak mandi? pendek kata , apa yang PENTING ... KERJASAMA.
Alhamdulillah kami bahagia dengan kerjasama dan tolak ansur yang diamalkan. Moga ia berkekalan selamanya ... amin
ABAH SAYANG SEMUA....
ABANG SAYANG AYANG,
ABAH SAYANG KAKAK ( MARYAM HUSNA )
ABAH SAYANG ABANG NGAH ( MUHAMMAD RUSHDAN )
ABAH SAYANG ABANG CHIK ( IBRAHIM ADHAM )
ABAH SAYANG IJAH (KHADIJAH SALSABILA )
SABAH SAYANG SUMMAYAH ( SUMAYYAH KAUTHAR )
Buat semua ...
Tiada jatuhnya maruah seorang lelaki, hanya kerana dia duduk di dapur masak atau berdiri di berandar sambil menjemur baju dan pakaian anak isterinya ..... kerana nabi bersabda ;
" Orang yang paling baik antara kamu adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya"
Bersama kita mencari redha Illahi dengan mengikuti jejak langkah junjungan agung nabi muhammad SAW.
4 comments:
Assalamualaikum...
seronok bace cerita ustaz ni..
teringat mse kat intersaber dulu
huhu
best2!! kena bagi mael baca ni keke... insyaalah akan kami jadikan panduan. so far setakat harini alhamdulillah... kami pun mcm ustaz jgk. cuma bila dah ada maid ni, byk lar masa rehat sket.
best2!! kena bagi mael baca ni keke... insyaalah akan kami jadikan panduan. so far setakat harini alhamdulillah... kami pun mcm ustaz jgk. cuma bila dah ada maid ni, byk lar masa rehat sket.
he.. he.. anak2 ustaz tu anak murid saya gak. Semoga berjaya semua orang ye.
Post a Comment