Sunday, July 19, 2009

Membina Hubungan Melalui Kepercayaan



Assalamualaikum wmbt

Alhamdulillah dapat kita kembali bersua dalam medium maya ini . Teringat ustaz kata-kata seorang sahabat ketika bertugas di Negeri Di bawah Bayu satu ketika dahulu. Sebagai salah seorang usahawan yang ustaz anggap berjaya ... pernah satu ketika ustaz bertanyakan rahsia kejayaannya dalam perniagaan yang begitu memberangsangkan. Walau hal ketika ustaz mula bertugas, beliau baru sahaja memulakan perniagaan cold storage nya di ruang pasar yang sempit di Lahat Datu tu.

"Haji apa rahsia yang diamalkan dalam perniagaan ini" Duit ke? Dengan sinis dan tersenyum beliau berkata .. " ustaz , dulu sebelum saya berniaga memang saya fikir hanya dengan ada duit seseorang boleh berjaya dalam apa jua perniagaan . Tapi bila saya telah bekecimpung dalam dunia perniagaan ini baru saya sedar bahawa duit bukan penentu segalanya . Ada yang lebih penting dari duit!!! hmmm... terpenga2 ustaz dibuatnya. "Apa tu bang Haji ? " jawab beliau "KEPERCAYAAN orang pada kita . Bila orang dah percaya pada kita, apa bisness pun kita boleh buat"

Sambung beliau lagi , " pernah satu ketika duit di tangan saya ada RM20 ribu untuk beli barangan nescafe dari pembekal utama dengan harapan dapatlah beli secara hutang selepas tu... rupanya sangkaan saya meleset" Dia orang tak beri hutang pun sebab tak PERCAYA dengan keupayaan saya" ujar beliau lagi. " Jadi ustaz ... jagalah KEPERCAYAAN orang jika ia telah diberikan kepada kita. Sekali orang HILANG KEPERCAYAAN .... kita akan HILANG MARUAH dan HARGA DIRI "

Hmm .. akhirnya baru ustaz faham apa yang dia maksudkan . Apa perasaan anda jika KEPERCAYAAN yang disandarkan dibalas dengan " pengkhianatan" ? Pernahkan dengar pepatah melayu ; beri bunga dibalas tuba? lebih teruk lagi beri bunga lepar tahi! Harapkan pagar, pagar makan padi ! Ustaz penuh YAKIN kekecewaan sukar dibendung bila kita sendiri melalui pengalaman ini .....

Sebagai manusia biasa ustaz fikir kita semua pernah melalui pengalaman ini. Samada sesama rakan di sekolah atau di Universiti , sesama ahli keluarga, dalam hubungan guru dan murid di sekolah , asrama atau kolej, sebagai majikan dan pekerja bawahan , atau dalam kehidupan berkeluarga sesama pasangan suami isteri dan sebagainya. KEPERCAYAAN adalah asas dan tunjung dalam membina hubungan sesama manusia. Justeru itu kita lihat dalam sejarah Islam bagaimana Nabi Muhammad diangkat dan disanjung tinggi di kalangan masyarakatnya kerana baginda memiliki KEBOLEHPERCAYAAN yang tinggi.

Apa tindakan dan reaksi kita bila berdepan dengan situasi begini ? Kecewa pasti kecewa .... cuma apa yang ingin ustaz kongsikan di sini ; bersabar , berfikiran positif dan bertenang lah terlebih dahulu. Ikut rasa binasa, ikut hati mati ... Luahkan rasa kecewa dan marah kita dengan berkhemah atau ikut batas yang sesuai. Tak salah rasanya kita menyatakan kemarahan tapi berhemah. Bawa berbincang dengan rakan lain atau pasangan kita sebelum bertindak. Namun sebagai manusia biasa ; BUKAN NABI yang bersifat MAKSUM... kita tidak terlepas dari nafsu ammarah yang sentiasa mengheret kita ke lembah kebinasaan. Mengawal nafsu ketika marah tidak juga semudah sepertimana diperkatakan orang. Ia memerlukan proses latihan yang panjang dan sifat kesabaran yang tinggi. Sekali lagi sifat sabar kita sebagai manusia biasa terbatas dan ada tahap kemuncaknya. Jika kesabaran hilang ... apa pun boleh berlaku. Cuma apa yang ustaz harapkan ... walau apa pun tindakan dan reaksi yang mungkin terbit dari rasa kemarahan itu harus dikawal dan tidak melampaui batas norma kemanusiaan.

INGATLAH hakikat bahawa ... semua kejadian itu ada Maha Perancangnya. Sehebat mana kita merancang, perancangNya mengatasi segalanya. Melihat sesuatu kejadian dan peristiwa secara positif dari sudut kaca mata agama adalah langkah bijak kearah penyelesaian yang lebih harmoni. Jadikan semua peristiwa itu sebagai proses MUHASABAH DIRI dengan melihat apa kelemahan diri kita sebelum kita mencari kesalahan orang lain. Kelemahan Diri yang telah dikenalpasti cuba pula kita perhalusi dan perbaiki. Ini lebih baik dari mencari kesilapan orang demi menutup kelemahan dan kesalahan diri sendiri.

Sebagai guru di SBP ini ustaz teringat kata pengetua. " Pelajar kita di SBP ini boleh DIHARAP tapi JANGAN PERCAYA " . Pada mulanya ustaz hairan juga kenapa bos cakap gitu? Lama kelamaan baru ustaz sedar akan hakikat bahawa orang yang pandai dan bijak tu memang boleh kita harapkan tenaga dan buah fikiran mereka dalam segala perkara tetapi untuk memberi sepenuh KEPERCAYAAN pada mereka akan mengundang kesan negatif kerana mereka juga BIJAK MENGAMBIL PELUANG DAN KESEMPATAN untuk manfaat diri mereka sendiri.

RENUNGAN

Pernahkah kita terfikir bahawa kepercayaan itu adalah antara rahsia utama kejayaan kita dalam hidup? Atau kita bersikap MENGAMBIL PELUANG atas kepercayaan orang kepada diri kita? Berhati-hatilah dengan KEPERCAYAAN orang terhadap diri kita. Ia bisa meninggikan maruah kita dan ia juga bisa meruntuhkannya.

RASA PERCAYA terlalu amat penting dalam hubungan sesama manusia tapi berpada-padalah jika ingin mencurahkan sepenuh kepercayaan kita kepada orang lain kerana ia boleh memelihara kita dari kebinasaan dan kekecewaan yang melampau walaupun pada pasangan dan ahli keluarga sendiri. Belajar MENGHARGAI kepercyaan orang terhadap kita dengan melakukan perkara yang sepatutnya dan meninggalkan perkara yang sebaliknya.

bersua kembali ... dalam siri tazkirah akan datang

6 comments:

izzuddin said...

kepercayaan merupakan sesuatu yg susah utk dimiliki..kita harus berusaha ut mndptkannya.seprti yg telah berlaku di perkhemahan yg lepas,segelintir pelajar telah merosakkan kepercayaan guru2 mereka terhadap diri mereka.mereka harus sedar bahawasanya,guru2 inilah yg bnyk membantu mereka dlm pelajaran.tanpa mereka siapalah kita...oleh hal yg demikian saya menyeru kpd pelajar2 tersebut agar mengembalikan kepercayaan guru kpd mereka..

TR XCLUSIVE said...

assalamualaikum..ketulusan kepercayaan satu perkara yg mudah utk ditutur,dibicarakan dan diungkapkan namun ia sukar utk ditafsirkan..utk pengetahuan sy salah seorg peljar yg tlh merosakkakn dan mengeruhkn kepercayaan yg murni itu..sy begitu rasa menyesal kerana hanya perkara yg bodoh sy sanggup utk memusnahkan kepercayaan itu..sy tlh merasakan ini pengaiaran yg ALLAH ingn brikn terhadap diri sy...sy juga ingn berpesan walaupun sy tdk layak utk berpesan,ingatlah bahawa Allah akn sentiasa memiliki kita..sy tlh insaf dgn apa yg berlaku...sy syg kamu semua wahai PENDIDIKU...teguhkan iman mu utk mengharungi kehidupan ini.....

nabilah said...

salam semua...betulah kate pengetua pelajar ni boleh harap tp tak blh percaya.. mmng ssh bila kepercayaan seseorng tu dah hilang pada kita, mst susah untuk die nak bagi amanat kt kita lg...sprti pe yg b'laku, mmng susah bg sy untk percaya tp kene terima kenyataan...lg satu klu orng buat baik kat kita, mestilh dbls baik....orng b'ssh pyh untk kita, kita kene hargai semuanya...akhir sekali,klu nk kembalikan kepercayaan sesorng pd kita, mmng ssh tp cubelah sedaya upaya...kpd yg t'libt, hrp jdkn ni sbgai pengajaran dan insaflah anda sblm t'lmbt...

pejuang 3R said...

Assallamualikum ,...
Sebenarnya... apa yang telah terjadi semua ini adalah ketentuan Allah .. Kita sebagai hambanya seharusnya mengambil iktibar atas segala perkara yang terjadi . Saya sedih dan kecewa bila dapat tahu ramai classmate saya yang terlibat .. Rasa marah sangat .. tapi .. siapalah saya .. saya bukan nabi yang sempurna ..Rakan-rakan yang tercinta .. jadikan ini sebagai satu motivasi untuk kita lebih ikhlas dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba di muka bumi Allah ini ... Kepada guru2 .. maafkanlah kami .. kami tahu ini sukar diterima tapi kami perlukan restumu wahai guruku ... saya sayang guru2 sbpisb.

ust amir said...

buat anak2 didik ....
Ustaz sayang kamu semua seprtimana sayangnya ustaz pada anak2 sendiri. Setiap manusia boleh saja membuat kesilapan pd bila2 dan dimana jua ia berada. Apa Yang penting kita berani untuk bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang kita pilih sendiri. Itulah antara sifat terpuji. Akui kesilapan dan perbaikilah di masa hadapan. Sedangkan nabi ampunkan umat ... siapalah ustaz untuk tidak memaafkan dan mendoakan kejayaan kalian semua. Tekadkan azam utk terus memburu kecemrlangan khususnya dalam PMR akan datang. Pesanan terakhir ... Jadikanlah sifat EHSAN dalam amalan sebagai teman hidup kalian.Maafkan atas atas salah silap dan kekurangan yang ada.

shafezul said...

assalamualaikum...sye x ingin menyangkal stp pe yg diktekn...tp ingin berkate spatah due wlpun sye x lyk utk bkte2 krn tlh b'subaht dgn mrk yg t'libat......mmg sye taw rmi yg x dpt mnerime ats pe yg tlh terjadi...tp sye hrp agr ape yg telah b'laku 2 biarlah ia b'laku dan ambil iktibar drpdnya agar x ulanginya kembali...sye juge b'hrp agar mrk yg t'libat 2 diberikan peluang dan pluang yg ke-2 utk brubah...akhir skali sye wakil dr kwn yg len mohon ampun n maaf trutame kat utz Amir,utzh Raja,utzh Maria n utzh Zainab....kami syg ustz n ustzh....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails