Tuesday, August 4, 2009

anak ooo anak

Ujian atau cabaran dimana2 pun ada dengan pelbagai bentu dan rupa yang berbeza. Ada yang diuji ngan kesusahan, ada dengan harta kekayaan, ada dengan pangkat dan jawatan, tak kurang dengan sakit, kesusahan, penderitaan dan kegagalan demi kegagalan. Pendek kata setiap dari kita pasti diuji olehNya. Dunia hari ini menerima ujian berupa penyakit H1N1 . Walau dari mana punca dan apa jua sebab asbabnya..... semua itu dengan kehendak kekuasaan Allah jua. Tidak berlaku dengan sendirinya. Itu kata kita yang ada sedikit kefahaman agama. Bagi mereka yang tak beragama , ini semua wabak atau fenomena alam semulajadi!!! Janji Allah tetap benar. Firman Allah " nescaya kami akan menguji setiap dari kamu ( wahai manusia ) dengan sesuatu samada berupa ketakutan ( akibat perang, penyakit, trajedi alam), kelaparan atau berupa kekurangan harta benda, jiwa atau buahan ( makanan ), maka berilah khabar gemberi kepada mereka yang bersabar ( dalam menerima ujian Allah ) "
Apa yang penting kesabaran dalam menempuh ujian tu. Bersangka baik dengan ketentuan Allah pada kita. Sapa kita di sisi Allah? Apakah kita mampu melihat segala hikmah disebalik apa yang kita lalui? Ada orang boleh terima , ada setengahnya menyalahkan takdir.... kita pula bagaimana?

Salah satu ujian adalah anak2. hmm .... tengok tu si cilik. Awal pagi dah bangun. Akhir2 ni kul 4 atau 4.30 pagi dah bangun. hmmm .. kejutkan abah ummi dia tahajud kot. Lepas tu siaplah .. sapa tak layan dia meragamlah jawabnya. Jadi kenalah bergilir mengurusnya. Mama dah ambil sebelah malam, jadi kenalah ustz bantu sebelah pagi. he.ehe. tu pun kalau abahnya ni sedar sama!!! kalau idak ..... selamattttt lah jawabnya.



Ni kes dah tak tahan sangat ..... ustaz biarkan je dia nangisssss . abis tu dah tak ada idea nak suruh dia senyap atau diam. kita pun kekadang tak larat nak celik mata pagi2 tu kan!!

bila kesian tuuuu .. pujuk jugak lah



Namun walau apa pun .... kehadiran anak2 adalah rahmat yang tiada ternilai. memang besar ujian untuk membesarkan mereka. Jangan sesekali kita merungut untuk membesarkannya. Mengapa???? ramai lagi orang di luar sana berusaha untuk memperolehi anak tapi Allah uji dengan kesukaran mendapatkannya. Kita yang ada anak ni ..... janganlah tak bersyukur pulak.

Dalam masa membesarkan anak2 ni , ada orang tua cukup sekadar beri makan minum tempat tinggal untuk anak2. Soal nilai, akhlak apa 2 yang lain tu tak pernah terfikir. Dia orang boleh kata " selamat membesar gak anak2 aku tu !!!! " Ada yang terlebih kasih sayang hingga akhirnya lupa berikan disiplin . Apa jadi akhirnya? Anak2 buat ikut suka dia. Ada pulak terlalu berdisiplin hingga anak rimas terkongkong. akhirnya lari tinggalkan orang tua. Jadi macamna nak buat ngan anak2 tu? Disinilah ilmu pengetahuan amat mendesak. Tanpa ilmu susah kita ibubapa. Lebih2 lagi ilmu moden terlalu canggih ikut kita ikuti perubahannya. Pendek kata ibubapa mesti tingkatkan ilmu sesuai dgn zaman anak2 hari ini.

Nak buat benda2 tu sebenarnya tak semudah seperti ustaz perkatakan . Hmm ... cakap sapa pun boleh!! Tiba masa nak buat ... pening kepala dibuatnya. Mana nak fikir keperluan rumah, sara hidup harian, bebenan kerja di pejabat, hutang piutang yang bertambun , masalah rakan dan keluarga. Belum lagi fikirkan kerenah dan kedegilan anak2 yang melampau, masalah disiplin mereka di sekolah, pencapaian akademik yang tak seberapa. Pendek kata macam2 hal kena fikir. Soalnya adakah itu saja tanggungjawab kita sebagai ibubapa? Sapa nak beri nilai dan akhlak pada mereka? hmmm ... mungkin mereka sangka itu tugas guru2 di sekolah.

Apa ustaz boleh pesan... sebanyak mana kasih sayang kita curah pada anak2, sebanyak itulah mereka akan menghargainya dan memberinya kembali kepada kita kelak. Kalau ya pun kita diuji Allah dengan anak2 yang tak mengenang budi, keikhlasan kita melaksanakan tugas dan tanggangjawab tetap tidak dipersiakan olehNya di akhirat sana.

hmmm .. berat sebenarnya tanggungjawab kita sebagai ibubapa , suami isteri ni. Cukupkah ilmu dan kemahiran kita mengurus mereka? Apa persediaan bakal2 suami dan isteri atau ibubapa? Apakah ilmu yang sedia ada kita miliki hari ini, mampu bertahan dalam proses pentarbiyahan anak2 zaman ini atau MESTI DIPERTINGKATKAN dengan kepelbagaian ilmu yang lain ? semua tu mesti ada dalam pemikiran kita ibubapa atau bakal suami isteri. Di tangan kitalah mereka membesar dan menjadi manusia.

Atas desakan kuat inilah, yang mendorong untuk ustaz menolak satu tawaran jawatan utama di salah sebuah SBP Agama di lembah kelang baru2 ni. Ikutkan peluang.... tu antara yang terbaik pernah ustaz terima . Semua kekawan berikan sokongan padu agar ustaz menerimanya. Hingga ada kata ... " kalau ustaz tolak , gilalah ustaz ni" Ya lah jawatan tu boleh datang semula tapi anak2 yang sedang membesar dan memerlukan perhatian kita ibubapa ni .... sekali ni je. Kalau ustaz kejar jawatan tu ... hampir pasti anak2 kurang perhatian. Harap isteri sorang sahaja nak urus 5 anak yang sedang membesar????!!!!! fuuuh ... siannyaaaaa .

Hmm ... pasal basikal ni ada citernya. Ustaz baru ambil semalam dari bengkel cina di parit baru sebenarnya. Lupa bila usta hantarnya. dah hampir 3 minggu kot. wal hal 2 hari dah siap dibaikinya. Satu hari owner basikal nin tanya ...... " ummi ijah rasa basikal ijah anak cina tu dah ambik lah sebab lama tak siap2 !!! " baru ummi nya tersedar. ummi dia jawab " mana ada, tauke tu dah simpan basikal ijah elok2 " dibalas semula dengan katanya " tak ummi ... cuba ummi tengok mesti anak cina tu dan pakai basikal ijah " . terus mama bagi tahu ustaz ni ha. Ustaz pun baru ingat basikal tu tak diambik2 lagi. esoknya dia bersuara lagi " ijah rasa sampai kiamat pun basikal tu tak ambik " ha.ha. terbahak2 kami ketawa. Petang tu jugak kami pegi bengkel untuk mengambilnya.


Gitu lah bila dah sama2 sibuk dengan urusan kerja duniawi ni. Walau sesibuk mana pun ... usahlah anak2 kita persiakan. Hargai mereka supaya mereka belajar untuk menghargai kita , sayangi mereka, kelak merteka menyanyangi kita, didik dengan disiplin dan kepatuhan agar mereka tahu dan sedar akan tanggungjawab mereka. Tiada hari ulangan untuk mereka membesar ... sekali kita abaikan mereka PENYESALAN mungkin kita tanggung buat selamanya. " Pangkat dan jawatan pergi dan kembali tapi anak membesar hanya sekali !!! "


Akhirnya dengan senyuman penuh kepuasan ... berjaya dia menaiki kembali basikal kesayangannya. Melihat kegirangannya tu gak .... tiada penyesalan pun usta menolak pelawaan dan tawaran tu.
Kepada Hajah Haznah dan Ustaz Haji Abdullah ... syukran kerana berikan peluang , kesempatan kepada saya untuk berbincang. Paling tidak kini saya sudah mengenali tuan haji dan puan hajah berdua. Segala pandangan, nasihat didahului dengan ucapan terima kasih. InsyaAllah .... ada rezeki dan peluang serta masa yang sesuai saya sedia memikul amanah dan tanggungjawab yang berikan

Pada anak2 ... abah dan ummi sayang semua!!!! ( termasuk semua anak2 didik di SBPISB dan SMSLD )

2 comments:

ckgu azimah said...

assalammualaikum..
i like this article!! cerita ustaz menjadi panduan kepada kami sekeluarga. btw sumayyah sgt comel! hilang mata dia bile menangis hehe..
btl kata ustaz, masalah yg dtg adalah ujian dr-Nya. skang ni kami berhdpn dgn masalah maid pulak. nmpk jer baik tu. bak kata pengetua HARAP BOLEH, PERCAYA JGN. tp ni dah mcm tak blh nak harap pun huhu...:(

ust amir said...

waalaikum salam
time kasih kerana sering berkunjung. Apapun mohon selalu pelindungan dariNya kerana Dia lebih Maha Mengetahui. Belajar sesuatu dari pengalaman sedniri dan orang lain. Moga semuanya sentiasa baik2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails