Monday, August 10, 2009

hmmm .. dapnya

Hmm .. dapnya. Ni menu kami sekeluarga masa gi ke resoran Gelas Besar ( gelah bapokk ) di Sg Besar yang terletak bersebelahan petronas tuu minggu lepas . Anak2 cuba nasi goreng black pepper , nasi goreng pattaya. mama makan nasi paprik, ustaz pulak sotong 3 rasa dan sup cendawan. hmmm.. best dan lazat. berbaloi berbanding ngan sesetngah kedai tomyam yang ntah apa2 tu. kekdang menyakirkan hati bila makan.
ya lah .. bayar harga tak murah jugak tapi kualiti makanan macam tak nak bagi orang makan. kalau paprik tuuuu .. kekadang lebih bawang dari sotong atau udang!! tapi yang ni okkkk.
Air pulak besarrrrrr bapokkk!!! jadi beli 2 gelah dah boleh minum untuk semua anak2. tengok dia orang happy, kita pun tumpang happy gak. tulah ... kita ibubapa bapa ni , apa2 pun untuk anak juga. Cuma kekadang anak2 tak faham. Tapi pada ustaz bukan salah dia anak2 tu juga. Ibubapa sendiri tak beri kefahaman pada mereka macamana dia orang nak faham??? Tugas ibubapalah kena didik serba serbi. Kalau dah didik masih tak menjadi ... tu bukan ursuan kita ibubapa lagi. Adalah sesuatu Allah nak uji kita ibubapa. Nabi2 terdahulu pun diuji sedemikian rupa kan.


hmmm ... best dap abah!!!!! kata anak2 bila makan nasi goren black pepper ni. Alhamdulillah ..


ha... tengoklah tu , pakat gotong royong menghabiskan air tu. tinggal sikit untuk abah niiiii .



Tapiiii
apa yang best lagiiiii. bila balik dari main bowling baru ni, ustaz masakkan nasi goreng black pepper untuk anak2 yang dah kena tinggalkan abah dia orang gi "kursus " tu. Untuk ummi dia orang pulak ustaz masakan sayur campur Ayang special. Ya lah nak abiskan stock sayuran yang teacher norin beri lepas balik dari trip le cameron higland minggu sebelum tu. Sebenarnya ni kali ke 2 ustaz masakan nasi goreng black pepper untuk anak2 lepas balik dari restoran tu. Haaa... apa dia orang cakap. " Lagi sedap abah punya nasi goreng ni dari kat kedai tu !!!!!! " he.he. hei kena puji .... senyum le ustaz sorang2 kat dapur.



Mama tu memang suka makan sayur. bila cik abang dia masakkan sayur special ni ..... hilanglah rasa lengoh badan menjaga anak2 selama ditinggalkan "berkursus " tu.
Ha ... tips buat para bapa ..... hargailah pengorbanan ibu atau isteri2 di rumah. Belum tentu kita dapat menjalankan tugas mereka dengan jayanya kalau kita pulak ditinggalkan "berkursus" . Tak boleh masak macam ustaz tak pe.... belikan baju baru untuk dia orang. Kalau idak pun , tudung bawal akid MAN sg besar pun okkkk. he.he.
selamat beramal!!!

1 comment:

ckgu azimah said...

uiks..kena bagi mael baca article ni baru best hehe...jgn asik tgk rancangan 'HAK2 ISTERI PERTAMA DAN HAK2 ISTERI KEDUA' je...hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails