Hidup di dunia adalah satu perjalanan singkat menuju ke dunia Akhirat. Maka beruntunglah mereka yang mampu berjalan di atas jalan lurus dengan mendapat bimbingan dan rahmat Ilahi. Apa bekal kita ? Sebaik2 bekalan pastinya TAQWA .... IMAN DAN EHSAN sebagai perisai .
Namun perjalanan ini bukanlah mudah. Di hadapan, di tepi kiri dan kanan kita pastinya ada onak, duri yang menghalang perjalanan kita atau juga menggagalkannya. Jalan ini juga tidak sentiasa lurus! ada bengkang bengkoknya. ntah apa di hadapan sana kita sendiri tidak pasti ...
Ada lubang ke? tanah runtuh ke? macam2 ada yang kita sendiri tidak pasti dan mengetahuinya.
Kepada yang bakal nak balik raya niii ... sediakanlah kenderaan sebaiknya. Berhati2 ketika memandu. Cuma yang pasti bila dijalan raya ... bertawakallah padaNya dan berdoalah moga diberikan keselamatan.
lebuhraya Guang Musang-Kuala Berang
Berlaku juga sesuatu yang tidak diingini ??? Walhal segalanya persediaan, perancangan rapi telah dibuat ..... Bersangka baiklah dengan Allah. Bersabar menghadapinya . Itu UJIAN Allah kepada kita untuk melihat apakah kita benar2 beriman kepadaNya atau hanya sekadar dibibir sahaja !
selekoh depan masjid BNO
Hari ini 24 Ramadhan @ 14 sept 2009 . Seperti biasa ustaz ke sekolah bersama anak dan isteri tersayang. Namun hati dan perasaan tidak seperti kebiasaan dan selalu. Sebenarnya rasa tak karuan sejak 3 hari lalu sebaik sahaja menerima sepucuk surat dari Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster . " Pemberitahuan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah " Bunyi surat pun dah memberikan maksud tiada pilihan melainkan menurut perintah . Ditukarkan ke salah sebuah SBP Agama berkuatkuasa 16 sept depan sebagai PK HEM. Rabu ni .... Seingat ustaz ini kali ke 4 dalam tahun ini ustaz menerima pelawaan ke jawatan seumpama ini. Mulanya di Labuan, kemudian JPNS , selepas tu ke Klang . Tapi semua tu ada rundingan terlebih awal. Jawapannya semua ustaz tolak. Kali niii... tiada rundingan lagi . Pengetua diminta melaksanakan arahan surat tersebut sahaja .
simpang 3 Gua Musang menuju ke Cameron Highland
Hmm ... Isteri tinggal sorang diri uruskan 5 orang cahaya mata! Ada baby .. anak ke 4 tiap malam jerit nama abahnya ni! Kesibukan bebanan tugas lain cerita. Macamana isteri bakal menghadapi semua ini ya ?? PMR pulak lepas raya ni, SPM pun dah tak lama lagi. Bagi ustaz yang mengajar PMR dan SPM sudah pasti kerisauan pasal dia orang tak dapat disembunyikan Macammana dia orang semua ? Siannya ....
Apa yang pasti ... para hambaMu merancang ya Allah , musuhMu juga merancang ... namun PERANCANGANMU pasti yang terbaik .
HANYA PADAMU YA ALLAH KU SERAHKAN SEGALANYA .... KEPADAMU AKU BERTAWAKAL ... MOGA SETIAP KEPUTUSAN MEMBERIKAN KEBAIKAN BUAT AGAMA, DIRI INI DAN KELUARGA.
AKU PASRAH ATAS KETENTUANMU YA ALLAH .....
6 comments:
kami rakan2 di sbpisb mendoakan yg terbaik buat ustaz dan family. Allah itu Maha Berkuasa, mungkin apa yg kita tidak mahu adalah yg terbaik Allah jadikan buat kita. Semoga ustaz dan keluarga redha dengan ketentuan ini.
Assalamualaikum ustaz,
di mana kita berada
tali ukhuwah dijalin bersama
walau terpisah ke serata dunia
bersilaturahim di alam maya
Moga Allah reda dengan kita =)
Salam Ramadan,Salam Lailatul Qadar
Anak muridmu
salam..kami doakan ustaz cemerlang & bahagia selalu..itulah cabaran & tanggungjawab penjawat awam..
Salam ustaz...
Moga2 segala uruusan ustaz dimudahkan..
Ana doakan yg terbaik untuk ustaz n family..
slalam ustaz... bila baca entry ni, hati ini terharu, sedih, gembira, dan macam2lah... Allah mengetahui segalanya. pasti ada hikmah di sebaliknya. saya selalu ingat apa yang Ummi kata dulu masa saya dapat tawaran di UMT. 'orang baik dan bagus pergi kemanapun akan tetap bagus, hilang sorang cikgu rajin di sekolah' kata2 buat semangat saya kuat berada di sini walaupun banyak perbezaannya... redha dengan apa yang berlaku... insyaallah Allah akan bantu dan mempermudahkan....
salam, ustaz.
moga2 segala ketentuan Allah adlah yg terbaik buat ustaz.ana doakan kejayaan ustaz walau di mana...
Post a Comment