Alhamdulillah dengan izin Allah dapat ustaz kembali meluangkan sedikit masa dalam kekalutan bebanan kerja yang baru sahaja terpikul di atas bahu hamba Allah yang kerdil ini. baru 2 hari memulakan tugas sebagai HEM di Intesaber tercinta ini sudah diamanahkan untuk menjalankan salah satu tanggungjawab besar iaitu melaksanakan HUKUMAN keatas beberapa pelajar yang berbuat kesalahan atau salahlaku disiplin.
Kepada anak2 yang terlibat,
Seperti selalu ustaz perkatakan, semua orang boleh saja berbuat kesilapan dan kesalahan dalam hidup. Hari ini mungkin hari kamu, esok lusa mungkin hari ustaz, atau rakan2 yang lain. Apa yang penting kita BERANI bertanggung jawab atas setiap tindakan dan perbuatan yang telah kita buat. Salah dan silap sekali tidak bermakna kita akan hidup berpanjangan dalam kesalahan. Sebaik saja kita sedar akan kesilapan kita setelah menerima teguran guru atau hukuman... perbaikilah diri, bangkit semula , buat perubahan dan teruskan perjuangan untuk masa depan kamu.
Percayalah ... KAMI SAYANG KAMU. KAMI SAYANG INTESABER. apa saja yang kami guru2 buat demi kebaikan masa depan kalian semua walaupun kelihatan seolah mengongkong kebebasan kamu. " Ini tak boleh, itu tak boleh, semua tak boleh!!!!! " Jangan sampai result exam keluar nanti dengan memaparkan KEGAGALAN kamu atau setelah MARUAH DIRI TERGADAI... baru kamu rasa insaf dan sedar akan kesilapan diri. Waktu itu dah terlambat. Menangis air mata darah pun kamu tidak akan mampu memutarkan kembali masa lampau kamu yang telah luput.( ada harapan dan impian dapat kita capai, ada harapan hanya akan tinggal harapan kerana mustahil untuk kita memperolehinya )
Sebenarnya ustaz tidak berhajat untuk menulis artikel berat berkaitan soal jawab agama sebab ustaz fikir ramai rakan2 ustaz dalam dunia maya yang telah memberikan fokus secara mendalam berkaitan perkara tersbut seperti ; tanyalah ustaz.blogspot.com, saifulislam.com dan lain2 lagi. Ada kemusykilan rujuklah mereka.
Namun catatan ini khas buat anakanda norhamizah yang bertanyakan perihal ghurabaa .... Ia yang berasal dari perkataan gharibun ( غُربَاءٌ - غَرِيْبٌ ) yang bermaksud pelik, asing atau ganjil.
Hadith diriwayatkan oleh ABu hurairah dikeluarkan oleh Imam Muslim. "Sesungguhnya Islam dimulai dengan ghuraba dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang Al-Ghuraba"
Dari segi istilah, ia membawa maksud berikut:
( الّذين يُصْلِحُون اذا فسَدَ الناس )
Al-Ladzina yuslihuuna idzaa fasada an-nas
(orang-orang yang berbuat kebajikan ketika manusia rosak)
Untuk lebih jelas dan mudah difahami , ustaz bawakan beberapa contoh yang boleh kita lihat dalam kehidupan seharian ketika di asrama sebagai gambaran .
Katakanlah budaya hidup pelajar di asrama itu, suka solat dalam dorm ( sodom) , tak mahu berjemaah ke surau atau lebih parah lagi tak solat satu perkara biasa atau contoh lain budaya tidak menutup aurat di asrama... tiba2 hadir seorang pelajar baru yang melihat perkara ini sebagai sesuatu yang tidak betul lalu mengajak warga asrama untuk menghidupkan budaya solat berjemaah di surau atau masjid dan menutup aurat.
Bagaimana agaknya reaksi dari "orang lama" di asrama tu? Tentulah orang asing ini dilihat cuba merosakkan budaya mereka! atau mengganggu mereka! Hampir pasti dia dipulau bukan disanjung. Dihina bukan dipuji .... ya lah , cuba buat tindakan pelik yang berbeza dari kebiasaan majoriti yang lain.
contoh lain yang mudah lihat ... seperti pemakaian tudung labuh yang menutup sebahagian besar bahagian dada seorang pelajar perempuan. Memang Islam anjur dan suruh berbuat sebegini. Mengapa? Demi menjaga MARUAH DAN KEHORMATAN seorang wanita. Tapi jika seandainya majoriti pelajar perempuan di asrama tersebut tak bertudung atau hanya mengenakan tudung tirus lagi jarang yang jelas mempamerkan bahagian mahkota mereka dianggap perkara biasa atau kebanggaan dikalangan mereka , sudah pastinya idea pemakaian tudung labuh itu dianggap pelik , ganjil lagi melucukan. Mengapa? Sebab ramai orang atau semua orang tak buat macam tu ( bertudung labuh).
Persoalannya ; Adakah pandangan baru ini tidak betul atau salah hanya kerana dibawa oleh seorang atau dua orang yang dianggap asing lagi minoriti berbanding majoriti warga asrama ? Dalam erti kata lain adakah tindakan atau amalan majoriti itu boleh dianggap benar di sisi syarak (agama) hanya kerana ramai yang berbuat demikian?
INGATLAH ...
Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?
Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Tooba lil Ghurabaa’!
"beruntunglah orang2 yang asing ( kerana mempertahankan Islamnya)"
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. [al-An’aam 6: 116]
Sebagai catatan ; boleh kita senaraikan seberapa banyak amalan kebiasaan yang dilarang dalam agama tetapi telah menjadi perkara biasa kepada anak2 kita atau sesiapa sahaja disekeliling kita. Antara lain, budaya berpasangan ( pada mulanya hanya sekadar kawan lama kelamaan membawa kepada sentuhan sayang , ciuman dan akhirnya terkorban ), menghisap rokok , melihat menonton bahan lucah dan sebagainya.
Jadi beruntunglah mereka yang mengasingkan diri dari perlakuan2 yang dianggap biasa tetapi dimurkai Allah. Untuk semua pelajar yang mengimpikan kejayaan ... ingatlah bahawa ilmu Allah dan kejayaan hakiki tidak akan diberikan oleh Allah kepada kaum yang berbuat maksiat kepadaNya. Jangan sampai ... kita merintih dan merayu tetapi rintihan kita tidak didengari olehNya..... HANYA kerana kita BIASA BUAT perkara yang DILARANG OLEHNYA.
Selamat bercuti buat semua khususnya pada norhamizah .. sayang selalu dari ustaz, mama dan seluruh warga pendidik INTESABER.
6 comments:
assalamualaikum ust & keluarga...
syukran jazilan kathira ats penerangan nie..
sgt2 membantu & menyedarkan dri ini yg sedikit sgt ilmunya...
SALAM UST..adakah ad kaitan antra ghurabaa dgn fahaman salah & sesat? adakh ini juga dikira ghurabaa?
wasalam ghurabaa adalah gelaran atau istilah yang diberikan kepada golongan yng mengamalkan agama di saat semua orang tak mahu berpegang pada nilai2 agama . yang sesat bukan ghurabaa tapi orang ramai tu .. cuma kalau ada pihak atau golongan sesat yang "mendakwa" mereka adalah ghurabaa ... tu kena kepastian lanjutlah. Soal dakwa dakwi siapa pun boleh .. yang penting amalan nya ikut Islam ke tidak?
mintak maaf ustaz,insya-Allah saya takkan buat lagi ustaz...saya hanya manusia biasa ustaz, tidak terkecuali drpd melakukan dosa dan kesilapan.
Buat anak didik yang dikasihi, marah ustaz demi mendidik kamu bukan membenci. Teguran ustaz untuk mengingatkan kamu bukan kerana mendendami. Ustaz hargai bakat kamu, faham dengan kemahuan dan keinginan kamu. Siapa suka dikongkong? disekat keinginan dan kehendaknya? Cuma berilah peluang pada diri untuk dibimbing dengan didikan agama tika di asrama atau sekolah tu bukan semata2 memburu kepuasan hati yang didorong hawa nafsu. Sesiapa pun bisa berbuat kesilapan cuma bersedialah untuk dibimbing agar matlamat dan impian ibubapa untuk melihat kecemerlangan kamu dapat kita kecapi bersama di bumi intesaber ini...
assaloamualaikum!!!
2 hari ustaz jd HEM,2 hari gak saya jd pkp..huhu..mmg dahsyat n susah...tp saya harap bnda2 ni dpt mmbntu bile saya da besar..hhehhe
Post a Comment