Thursday, November 5, 2009

Nikmat yang dikufuri ?

sabda Junjungan Nabi Muhammad saw ;

نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ

" Ada 2 kenikmatan, kebanyakkan manusia tertipu dengannya iaitu KESIHATAN dan MASA LAPANG "

Masih jelas terpapar dalam bayangan ustaz , keriangan di wajah calon PMR 2009 sebaik sahaja berjaya menamatkan kertas terakhir dalam PMR lalu. Syukur semuanya berjalan baik dan lancar tanpa sebarang insiden besar tidak diingini. Tertidur dalam dorm, tertinggal IC tu adalah antara perkara yantg sering terjadi ... walaupun berulang kali diingatkan oleh para guru.




Keresahan, kepenatan dan keperitan yang dirasai sebelum berakhirnya peperiksaan semuanya telah berlalu. KINI tiba masa yang LEBIH MENCABAR bagi ustaz iaitu bagaimana mereka mampu mengisi kekosongan masa setelah tamat peperiksaan? Di asrama apa boleh buat? Tengok TV , main games, enjoy? mana boleh semua ... Seingat ustaz hampir sebulan juga mereka terpaksa menanti sehingga benar2 bebas iaitu menjelangnya cuti penggal persekolahan kelak.

Di sinilah kemahiran beragama memainkan peranannya. Cuba kita tanya diri sendiri. Apa tujuan Allah menciptakan kita? Untuk apa? Atau sekadar saja2? Jika kita tidak pernah memikirkan akhirat , tidak berfikir soal perlunya mengumpul bekalan untuk mati, maka sudah pasti dunia "yang sedang kosong" ini amat membosankan. Sedangkan MATI itu tidak mengenal usia. Sebaik ia tiba.... tidak terlewat atau terpantas barang sesaat pun!

Waktu sibuk menjelang exam mungkin pelbagai alasan kita beri untuk solat sunat, membaca atau menghafaz Quran dan mentadabbur nya. Bila masa lapang terhidang depan mata... kita beri alasan tak da mood untuk semua itu dan ini. Sebagai manusia ... sememangnya perkara ini bisa terjadi pada sesiapa sahaja. Oleh itu ..beruntunglah golongan manusia yang sentiasa berpaut pada hadis dan kitabNya dalam hidup kerana sudah pasti mereka tidak akan hilang punca dalam mencari kebahagiaan hidup.



Masih ingat lagi, saat kami sekeluarga mengalami keracunan makanan baru2 ini. Hingga terpaksa ustaz dan mama ambik injection untuk meredakan kesakitan. Anak2 jangan cerita lah ... terpaksa ustaz sedia besen merah jambu dan biru sebelah mereka bila tidur malam sebab asyik muntah tak kira masa dan ketika. Pendek kata masih sakit tu ... baru kita insaf dan sedar nikmatnya nilai kesihatan yang selama ini Allah anugerahkan kepada kita



Oleh itu jaga dan peliharalah kesempatan yang diberi agar ia bermanfaat untuk kita. ( احرِصْ على ما ينفُعك ) Bersegeralah berbuat kebaikan dan kebajikan ( بارِدُوا بالأعمال ) sebelum luput peluang tersebut akibat kesibukan dan kesakitan ...
Selamat berjuang buat calon SPM yang bakal menduduki SPM tak lama lagi ...

1 comment:

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum ustaz,
melihat wajah2 gembira habis PMR buat saya senyum sampai ke telinga =)

Ingatan saya buat adik2 tu,sampai masanya baru la tahu pentingnya skil2 yg ustaz sebut tu tau!

Salam Rindu Dari Cheras =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails