Wednesday, January 13, 2010

Bahasa Arab PMR Ranking SBP 2009

Dengan kehendak dan izin Allah jua, segalanya berlaku dan terjadi. Apa pun result yang kita perolehi percaya lah ... semua tu tetap kurniaanNya juga. Bagi kami semua warga pendidik di intesaber khususnya ustaz dan ustazah .... kami berusaha dan merancang sebaik mungkin. Selebihnya kita serahkan pada Allah. Alhamdulillah 2009 sekali lagi menempatkan kami di ranking ke 3.



Masih banyak perkara boleh dilakukan untuk memastikan semua calon dapat A. Tambahan pulak hampir 10% setiap tahun adalah calon yang tiada latar belakang bahasa arab. Alif, yam , mim .... apa? buaya!!!! ha. Tingkatan 1 biasanya kami menghadapi situasi dimana pelajar nak pindah sebab tak nak belajar bahasa arab. susah lah, tak minat la dan macam2 lah alasan mereka.

Sebagai guru yang menentukan hala tuju dan merancang perjalanan pembelajaran mereka, sudah pasti dan semestinya menjadi tanggungjawab kita utk merangka, merancang dan mengatasi apa jua permasalahan mereka dalam pembelajaran.

Kalau alasan tak minat? kita buatlah sampai jadi dia orang minat! tak faham, susah? kita ajar sampai dia orang faham! Pendek kata kita buat sampai dia orang tiada alasan nak beri . Dan penekanan kita... kamu mesti belajar dan mesti cuba untuk mencemerlang diri kamu! Buktinya ... dah ramai yang tiada basic pun dah dapat A dalam PMR. Pokok pangkalnya kamu nak belajar! hmmm... gitulah nada ustaz biasanya.

Sebagai guru cuba ... sudah semestinya kita perlu menguasai pelbagai teknik PnP dan pedagogi pengajaran dan penyampaian maklumat. Bab ni ... guru sendiri kena belajar!!! kena proaktif, bersedia membuat perubahan diri dan penampilan, ubah cara berfikir dan bekerja. Tak tahu.. kita pun kena cari guru untuk berguru. Kena sentiasa berfikir macamana nak buat pelajar suka, sayang, minat dan cinta pada matapelajaran bahasa arab kita ni. kalau dia orang boleh minat dengan cara makan.... kita buatlah makan2. kalau boleh minat dengan cara berkhemah, kita buatlah program khemah.

Panjang pulak celoteh ni. Sebenarnya sambil menjawab pertanyaan bebarapa rakan guru dalam email pada ustaz sebelum ni. Jadi ada peluang jawablah di sini. Ustaz sendiri masih terus belajar dan banyak lagi kena belajar. Sama2 tukar fikiran je ni. Walaupun mulai 2010 , PMR ustaz dah lepaskan pada rakan guru lain kerana nak beri tumpuan pada SPM sepenuhnya, insyaAllah .. masih banyak ruang boleh ustaz bantu diluar PnP. Asalkan sahaja kamu para pelajar mahu belajar. ok la .... jumpa lagi

Monday, January 4, 2010

kebun baru

Alhamdulillah ... dengan izin Allah dapat juga meng update blog ni. Lama juga tak terlayan . Di penghujung cuti yang lepas sempat jugalah ustaz membuka tanah baru untuk bertanam di belakang rumah tu. he.he. bunyi macam buat "projek buku hijau" masa zaman tun Razak dulu-dulu. Bukan apa ... dari terbiar dengan rumput ada baiknya kita manfaatkan tanah tu. Paling seronok bila nampak pucuk baharu tumbuh menghijau. Syok!!!


Sempat lah ustaz menanam lengkuas, serai, kunyit, halia, limau purut dan pokok ubi. Yang best ada kekawan tegur ..... hey ustaz !! cepatnya besor pokok cili tu? hmmmm ... yang ni rahsia! ha.... pokok cili tu baka baru ya .... petang ni tanam esok terus besor. Pedas memang sangat pedas. sapa2 yang berhajat nak order bolehlah call atau mesej je tapi sangat terhad . KEna tunggu 2 batang pokok ada anak yang barulah sebab ust ambik kat tepi aspura je. he.he. Dari terbiar gitu je .... apa lagi ustaz angkut lah.





Insyaallah minggu depan , bahan bahasa arab dalam blog ini akan mula dikemaskinikan. Maaflah sebab ustaz terpaksa beri tumpuan lebih sikit pada blog HEMSBPISB yang baharu ustaz bina tu. Biasalah macam kita jugakan. Bila ada baby baharu .... apa lagi yang dah lama, dah besor tu kena faham2 aje lah ... mesti terabai punya sedikit sebanyak. Sama cerita kalau orang ada bini baharu kan! ops .... bab ni kena cut. sensitif yer ..

masuk sekolah

Alhamdulillah , akhirnya muncul juga 2010 .... membuka lembara baru, proses dan amalan biasa sudah tentunya urusan persekolahan anak2. Tahun 2010 bertambahnya koleksi anak di SK manakala si kakak masih menunggu tawaran dari MRSM dan lain2 permohonan.




Persiapan untuk sekolah sememangnya sesuatu yang memeningkan bagi setengah ibubapa. Maklumlah bukan sedikit wang ringgit yang perlu disediakan. Si anak2 ni kekadang dia tak reti atau faham dengan susah payah ibubapa mereka. Ustaz dan mama memang selalu bercakap dan cerita ngan anak2 pasal susah senang kami membesarkan dia orang semua. Bukan apa ... supaya mereka faham dan menghargai apa yang ada.




Alhamdulillah nampak tenang je anak ke 3 @ abang Chik ni nak ke sekolah. Pendaftarannya pun ok je dia. Mudahan2 cepat dia menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.




Kemasukan anak ke sekolah menengah sudah tentunya lebih berat kerana kos juga makin bertambah. PAda anak2 yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke mana2 asrama , belajarlah menghargai peluang yang terhidang. Bukan mudah hari ini untuk menempatkan diri di sekolah2 berasrama. Tambahan pulak sperti MRSM, SBP hatta SMKA sekali pun.

Apa pun.. selamat mendaftar buat calon tingkatan 1 ke SBP pada 11 hb depan.

Jumpa lagi ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails