Dengan kehendak dan izin Allah jua, segalanya berlaku dan terjadi. Apa pun result yang kita perolehi percaya lah ... semua tu tetap kurniaanNya juga. Bagi kami semua warga pendidik di intesaber khususnya ustaz dan ustazah .... kami berusaha dan merancang sebaik mungkin. Selebihnya kita serahkan pada Allah. Alhamdulillah 2009 sekali lagi menempatkan kami di ranking ke 3.
Masih banyak perkara boleh dilakukan untuk memastikan semua calon dapat A. Tambahan pulak hampir 10% setiap tahun adalah calon yang tiada latar belakang bahasa arab. Alif, yam , mim .... apa? buaya!!!! ha. Tingkatan 1 biasanya kami menghadapi situasi dimana pelajar nak pindah sebab tak nak belajar bahasa arab. susah lah, tak minat la dan macam2 lah alasan mereka.
Sebagai guru yang menentukan hala tuju dan merancang perjalanan pembelajaran mereka, sudah pasti dan semestinya menjadi tanggungjawab kita utk merangka, merancang dan mengatasi apa jua permasalahan mereka dalam pembelajaran.
Kalau alasan tak minat? kita buatlah sampai jadi dia orang minat! tak faham, susah? kita ajar sampai dia orang faham! Pendek kata kita buat sampai dia orang tiada alasan nak beri . Dan penekanan kita... kamu mesti belajar dan mesti cuba untuk mencemerlang diri kamu! Buktinya ... dah ramai yang tiada basic pun dah dapat A dalam PMR. Pokok pangkalnya kamu nak belajar! hmmm... gitulah nada ustaz biasanya.
Sebagai guru cuba ... sudah semestinya kita perlu menguasai pelbagai teknik PnP dan pedagogi pengajaran dan penyampaian maklumat. Bab ni ... guru sendiri kena belajar!!! kena proaktif, bersedia membuat perubahan diri dan penampilan, ubah cara berfikir dan bekerja. Tak tahu.. kita pun kena cari guru untuk berguru. Kena sentiasa berfikir macamana nak buat pelajar suka, sayang, minat dan cinta pada matapelajaran bahasa arab kita ni. kalau dia orang boleh minat dengan cara makan.... kita buatlah makan2. kalau boleh minat dengan cara berkhemah, kita buatlah program khemah.
Panjang pulak celoteh ni. Sebenarnya sambil menjawab pertanyaan bebarapa rakan guru dalam email pada ustaz sebelum ni. Jadi ada peluang jawablah di sini. Ustaz sendiri masih terus belajar dan banyak lagi kena belajar. Sama2 tukar fikiran je ni. Walaupun mulai 2010 , PMR ustaz dah lepaskan pada rakan guru lain kerana nak beri tumpuan pada SPM sepenuhnya, insyaAllah .. masih banyak ruang boleh ustaz bantu diluar PnP. Asalkan sahaja kamu para pelajar mahu belajar. ok la .... jumpa lagi
1 comment:
Salam Ustaz~
Ranking keseluruhan SBP x ada ke?
hehehe~
Post a Comment