Tuesday, February 23, 2010

Bina hubungan?

Alhamdulillah dengan izin Allah jua kita bersua kembali. Kali ini ustaz ingin melanjutkan bicara kita sebelum ini berkaitan dengan membina hubungan. Kebetulan dalam 2 siri slot ceramah ustaz minggu berkaitan dengan perkara ini.

Untuk tujuan memudahkan ingatan CUT APPLE A adalah prinsip mudah dalam membina sesebuah hubungan yang baik dan harmoni. Kesemua ciri2 ini dimiliki oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW sehingga terangkat sebagai manusia unggul di atas muka bumi ini. Namun terasnya tetap betunjangkan Iman dan Akhlak. Tanpa Iman dan Akhlak maka ciri2 tersebut pasti bisa mengundang bala dan malapetaka dalam hubungan sesama manusia.




Berapa banyak penceraian berlaku kerana "orang lain" bersifat lebih prihatin, mengambil berat dan amat memahami berbanding pasangan? Demikian halnya dengan gejala remaja lari rumah untuk berkahwin dengan pasangan yang amat memahaminya. Pada masa yang sama berapa banyak pula keruntuhan rumahtangga berlaku hanya kerana pasangan tidak dapat menjiwai perasaan masing2 (empathy) dan gagal menjadi pendengar yang baik dan berkesan kepada pasangan? Berapa ramai pula kita yang terperangkap dilembah kehinaan, penderitaan dan kebinasaan kerana tiada kemahiran tegas diri @ berani meluahkan rasa hati ( asertif) dalam interaksi mereka.

Memiliki kemahiran ini dalam hidup kita samada sebagai ketua masyarakat atau pemimpin pelajar, guru atau warden, pengurus atau pentadbir , suami isteri, sebagai anak atau ibubapa bermakna kita memiliki keupayaan untuk menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita samada sesama rakan, adik beradik, jiran tetangga, rakan sejawat, majikan atau sesiapa sahaja. Seterusnya ia mampu menjadikan hidup ini lebih bermakna kerana apalah erti kekayaan harta benda jika kita putus saudara? Apalah erti hidup dengan kuasa , pangkat dan darjat jika menjadi cemuhan segenap masyarakat?



Barisan Kepimpinan Pengawas yang khusyuk mendengar celoteh berkaitan kemahiran asertif dalam kepimpinan organisasi yang diadakan petang tadi di SMK Pengkalan Permatang Kuala Selangor. Syabas dan tahniah atas tumpuan dan perhatian yang diberikan .... terima kasih juga kepada semua guru terlibat .


wajah2 pemimpin masa hadapan ......



Renungan ;
Menurut Imam Ghazali dalam kitab IhyaUlumiddin (1981), akhlak adalah elemen dalaman
diri seseorang yang menjadi asas perhubungan dengan orang lain. Buruk dan baik akhlak seseorang boleh dibentuk dan diubah.

Menurut Imam Ghazali lagi, akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa dan daripada jiwa itu lahirlah perbuatan dan perlakuan yang mudah dilakukan tanpa pertimbangan akal mahupun paksaan kerana ia sudah menjadi satu kebiasaan. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.



Hubungan perkahwinan seperti ini pastinya menuntut 1001 macam kemahiran intra dan interpersonal yang tinggi dari kedua belah pasangan demi menjamin keharmonian dan keutuhan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat ....



Selamat pengantin baharu buat Mak Su ( Raja Kamariah bt Raja Abdul Ramhan ) dan ayah Su , moga bahagia ke akhir hayat




Sunday, February 14, 2010

Latihan i'rab kalimah


-->أعرب ما يأتي
يتحدّث الحكم مع زميله في الملعب
يتحدث : فعل مضارع / مرفوع / بالضمة الظاهرة
الحكم : فاعل / مرفوع / بالضمة
الملعب : اسم مجرور / بالكسرة

perhatikan contoh jawapan di atas .

perkataan ( يتحدث ) dihukumkan dengan marfu' kerana ia tidak didahului dengan mana-mana huruf yang membolehkan hukum baris akhirnya berubah. Seperti huruf nasab, atau huruf jar atau huruf jazam

perkataan ( الحكم ) pula dihukumkan sebagai marfu' kerna ia duduk ditempat yang dipanggil fael atau pelaku bagi perbuatan sebelumnya iaitu bercakap dan tanda bacaannya adalah berbaris depan atau dhommah

manakala perkataan ( الملعب ) hukumnya majrur sebab kata nama ini datang selepas huruf jar . tanda majrur adalah berbaris bawah atau kasrah .


Ulasan

Jawapan lengkap yang meliputi posisi, hukum dan tanda atau alamat memberikan 2 markah penuh kepada calon dalam spm kelak.



Saturday, February 13, 2010

Satu Perjalanan

Jumaat lalu jam 10.30 pagi ustaz memulakan perjalanan dari Sabak Bernam ke Gemencheh N9 untuk mengambil anak di MRSM Tahfiz . Sepanjang perjalanan sorang diri banyak perkara bermain dalam benak dan pemikiran ustaz. Sudah tentunya semua itu menjadi bahan renungan dan muhasabah diri sendiri .....

Dulu ustaz selalu perhatikan dan melihat ibubapa berduyun2 dan berbaris mengambil anak di SBPI Sabak Bernam setiap kali cuti sekolah. Kini tiba sudah masa dan saat serta giliran ustaz untuk berbuat demikian.




Dulu ustaz sering kali berdepan dengan situasi dimana pelajar baru gagal dan bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di SBPI Sabak Bernam ini. Kini ustaz sendiri mengalami bilamana anak sendiri juga mengahadapi masalah yang sama seperti mereka.

Dulu ustaz sering memberi penjelasan dan penrangan kepada pelajar2 yang bermasalah dan ingin berpindah atau keluar dari sistem SBP, kini ustaz sendiri melaluinya.

Dulu ustaz sering meyakinkan para ibubapa dan pelajar betapa segala sesuatu itu meskipun terlalu sukar dan memeritkan untuk ditelan adalah atas kehendak dan ketentuan Allah. Kini ustaz sendiri perlu meyakinkan anak sendiri tentang perkara tersebut.



Dulu ustaz hanya mendengar luahan rasa seorang sabahat apabila menghadapi kerenah panggilan telefon yang tiada masa dan hadnya ... kini ustaz sendiri melaluinya. Demi tanggungjawab dan amanah yang terpikul semua itu kini adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan. Lapangkan dada, redha dan sabar ....

Inilah hakikat kehidupan yang bersifat sementara. Apa saja yang berlaku adalah satu ketetapan dan sunatullah yang hanya menanti masa untuk dilaksanakanNya. Sebagai hamba sudah barangpasti kita perlu bersedia menghadapinya dan menjadikan pengalaman orang lain sebagai panduan untuk diteladani


Perjalanan pergi mengambil masa 6 jam sebab kebtulan solat jumaat. Rasanya ustaz dah jauh sangat dari sabak bernam ni. Rupanya ramai lagi orang jauh yang ambil anak mereka di sana. Sempat juga seorang penjaga yang baru ambil anak di SBPI Sabak Bernam dan terus ke Gemencheh sebab ada sorang lagi di tingkatan satu di situ. Tinggal di Shah Alam. Bayangkan dari Shah Alam ke Sabak 2 kemudian gi ke N9 , lepas tu patah balik ke Shah Alam. Menang ustaz sendiri penat tapi bila melihat kesusahan orang lain... rasa insaf dalam diri dan bersyukur atas kurniaanNya. Sebaik ambik kakak di Gemencheh terus bergegas balik pada jam 4.30 petang. Kali ni lebih memeritkan kerana kereta mula bersesak di jalan raya sempena cuti tahun baharu cina.

Dalam perjalanan ustaz menrima satu panggilan . " Tuan Haji maaf sebab saya tak dapat ambil anak awal" terdengar suara dalam telefon . " mengapa puan? " tanya ustaz. " saya naik bas dari pudu tapi tiket dah abis .. kena naik bas loncat2 ke kuala selangor kemudian ke sabak bernam . Dari Sabak saya ambil teksi ke SBPI untuk bawa balik anak saya" Tanya ustaz lagi " jam berapa boleh sampai nanti puan ? " hanya kedengaran suara sebak seorang ibu dengan penuh pengharapan " ntahlah ustaz " . Jam 6 petang sekali lagi ustaz dikejutkan dengan deringan telefon dari rakan. " ustaz ada sorang pelajar tak balik lagi ni!! Duk sorang2 di lobi sekolah ... macamna? Dari tengahri tak makan lagi sebab DM tutup tadi , penjaga mungkin lewat sampai "
jelas rakan ustaz " cuba hubungi penjaga sebab dah cuba dihubngi tapi tak dapat "

Tak lama kemudian ustaz dikhabarkan si ibu masih belum pun sampai ke Kuala selangor. Sepanjang jalan rasa serba salah dan kebingungan menyelubungi diri. Jam berapa baru sampai Sg Besar? Masuk naik teksi jam berapa pulak sampai SBPI? Si anak macamna sorang2 tu?
Ringkaskan cerita setelah berbincang ustaz setuju cadangan sahabat untuk menghantar si pelajar ke tanjung karang maghrib2 tu juga. Paling tidak memudahkan urusan si ibu yang bersusah payah demi seorang anak!!!!!


Pengunjung yang budiman,

Semua ini hanya sekadar kisah biasa bagi mereka yang tidak mengalaminya. Namun bagi mereka yang merasainya dan bagi diri ustaz yang pernah melalui zaman sukar tinggal di asrama tanpa ada sesiapa yang datang menjengah atau bertanya khabar dari kalangan keluarga sendiri .... situasi sebegini amat terkesan di dalam hati. Justeru itu kalian selalu ustaz didik dan pesan agar belajar MEMAHAMI orang lain, tanamkan nilai dan sifat EHSAN dalam hati agar kita sentiasa bersegera dalam berbuat kebaikan, sentiasa berusaha memudahkan urusan orang dan membantu saudara kita yang berhajat kerana telah dijanjikan Nabi dalam sabdanya bahawa Allah pasti akan sentiasa membantu kita. Bersyukur dengan segala kurniaanNya dan bersangka baik dengan ketetapan Allah. Kalau kita rasa kita susah ..ingatlah di luar sana berjuta manusia yang yang lebih susah dari kita. Kalau kita rasa tertekan , berjuta manusia lain yang lebih tertekan dari kita ....

Perjalanan dari N9 mengambil masa hampir 10 jam. kami tiba di rumah jam 2.30 pagi dengan penuh keletihan, dengan penuh rasa keinsafan dan kesedaran betapa kita mesti bersyukur dengan segala kenikmatan yang kita miliki hari ini. Jika ada kelebihan dari kurniaanNya... bersedialah benghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua anak didik INTESABER kerana menyokong usaha menjayakan dana Tabarru' iaitu dana kebajikan dan pengurusan HEM INTESABER . Moga warga SBPISB akan sentiasa mendapat limpah rahmat dari Ilahi

Motivasi Bahasa Arab SAM ONE Sabak Bernam

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Syabas dan tahniah kepada pengurusan sekolah kerana berusaha utk mempertingkatkan kesedaran dan minat para calon utk terus memburu kecemerlangan dalam Bahasa Arab PMR ini



Walaupun masa kita amat terhad , ustaz amat mengharapkan pertemuan itu mampu membuka lembaran baru utk kalian gigih berusaha .. ustaz doakan kalian akan berjaya kelak.




Buat ustazah Sarimah terima kasih daun keladi , ada rezeki jumpa lagi ...

Tuesday, February 9, 2010

Respon buat sahabat



-->
Kandungan Email ....
" saya nak share kan analisis keputusan PMR sekolah saya, cuba ustaz tengok, Bahasa Arab ramai gagal, selalu Bahasa arab jadi penyumbang tidak dapat 100% di sekolah kami.
ustaz mintaklah share apa2 tips atau kaedah2 PnP bahasa arab yang berkesan utk naikkan peratus tahun2 seterusnya. Masa meeting baru ni kami puas memikirkan kenapa pelajar ramai gagal, kalau nak kata soalan susah ramai juga dapat A malah meningkat dari tahun lepas, tapi yang gagal pun ramai juga.. rasanya kaedah2 menjawab dah pun diterangkan dan ditekankan kepada pelajar saban tahun, tapi setiap tahun ada saja pelajar yang gagal bahasa arab.
Respon ustaz di dahului dengan Jazakallah.

RESPON ;

Terima kasih atas email yang diberi. Apa yang dapat ustaz perkatakan sebagai perkongsian

1. Sabar dan redha atas ketentuanNya. Tidak berputus asa dengan rahmatNya .
2. BERFIKIR, BERFIKIR DAN TERUS BERFIKIR untuk sentiasa berjaya. Terutama guru sebagai nakhoda yang mengendalikan bahtera kelas bahasa arab ini. Jika kita gagal dan malas berfikir untuk mencari jalan dan kaedah bagi memajukan anak didik kita maka gagallah kita.
3. BIJAK mengurus sumber yang ada. Guru mesti bijak menarik perhatian murid utk belajar subjek mereka . Ini dapat dicapainya antaranya dengan penguasaan pedagogi , Kemahiran komunikasi yang tinggi dan kemahiran perhubungan perorangan ( interpersonal) dan penampilan diri yang berkesan oleh guru. Guru mesti bijak menggunakan khidmat rakan yang berkemahiran untuk membantu kerja mereka. Guru mesti bijak mengatur strategi untuk "berperang" supaya kita tidak gagal dalam usaha meningkatkan pencapaian murid kita contoh tempatkan guru yang diminati para pelajarnya dalam kelas peperiksaan dan elakkan sebaliknya. Guru mesti bijak merangsang dan memotivasikan murid supaya bersama2 gigih memburu kejayaan kerana kemahuan membara dan kegigihan para guru tanpa disambut pelajar sia-sia juga akhirnya. Guru mesti bijak merancang tugasan dan kerja murid mereka kerana kerja rumah dan latihtubi akan banyak memahirkan murid untuk menjawab dengan yakin. Jika perlu buat modul yang sesuai dengan aras dan tahap murid kita.
3. Kemahuan dan komitmen guru sememangnya pra syarat utama kejayaan anak didik kita. Mengikut pengalaman peribadi ... jika kita gigih, murid turut sama menjadi gigih. Jika kita leka mereka juga akan leka. Sentiasa memuhasabah diri samada sesama rakan sejawat atau dengan diri sendiri. Nilai diri mengikut kaca mata atau pandangan murid kita. Bagaimana mereka menilai kita sebenar? Berapa markah dan standard yang diberi untuk kita ? Jika kita meyakini bahawa kita diberi penilaian tinggi oleh murid kita, ini memberi isyarat bahawa kita telah berjaya menguasai pemikiran anak didik kita untuk turut sama memberikan komitmen demi sebuah kejayaan.
4. Selain merancang pastikan kita mempunyai masa yang secukupnya untuk bertindak . Jika terlewat buruk padahnya. Justeru itu penguasaan ict akan banyak membantu guru menjimatkan masa dan seterusnya mmberikan fokus pada kecemerlangan pencapaian murid.

sebenarnya teringat ustaz 6 perkara yang dipesan oleh imam syafie untuk sesorang itu memperolehi ilmu atau mencapai kejayaan dalam usaha antaranya bijak, kemahuan membara, kesungguhan dan komitmen yang tinggi, kos, bimbingan guru/ rakan, masa yang panjang ( cukup utk bertindak )


waallahua'lam ...




Motivasi Bahasa Arab PMR

Assalamualaikum ... Salam ingatan dan salam sejahtera buat semua pengunjung.

Alhamdulillah , sekian lama menunggu akhirnya dapat juga meneruskan aktiviti penulisan di blog arab2u ini. Banyak benda nak ditulis terutama berkaitan bahan pengajaran bahasa arab tapi apakan daya ... Allah tak izinkan . Jadi insyaAllah selepas ni dapatlah ustaz meneruskan aktiviti ini .

Memulakan edisi terkini, adalah paparan aktiviti di SMK Bagan Terap Sabak Bernam iaitu Motivasi untuk calon PMR 2010. Terima kasih atas undangan dari ustaz Wan Rusdah juga terima kasih pada semua ustazah yang turut sama malam tu.






Apa yang best .. sempatlah mereka melayari arab2u secara online malam tu. Cuma maaflah lewat sangat post ni ustaz paparkan dalam blog ini.





Bergambar sebaik selesai sesi ceramah . Didoakan semoga SMK Bagan Terap dapat meningkatkan pencapaian dalam PMR 2010 ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails