Tuesday, February 23, 2010

Bina hubungan?

Alhamdulillah dengan izin Allah jua kita bersua kembali. Kali ini ustaz ingin melanjutkan bicara kita sebelum ini berkaitan dengan membina hubungan. Kebetulan dalam 2 siri slot ceramah ustaz minggu berkaitan dengan perkara ini.

Untuk tujuan memudahkan ingatan CUT APPLE A adalah prinsip mudah dalam membina sesebuah hubungan yang baik dan harmoni. Kesemua ciri2 ini dimiliki oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW sehingga terangkat sebagai manusia unggul di atas muka bumi ini. Namun terasnya tetap betunjangkan Iman dan Akhlak. Tanpa Iman dan Akhlak maka ciri2 tersebut pasti bisa mengundang bala dan malapetaka dalam hubungan sesama manusia.




Berapa banyak penceraian berlaku kerana "orang lain" bersifat lebih prihatin, mengambil berat dan amat memahami berbanding pasangan? Demikian halnya dengan gejala remaja lari rumah untuk berkahwin dengan pasangan yang amat memahaminya. Pada masa yang sama berapa banyak pula keruntuhan rumahtangga berlaku hanya kerana pasangan tidak dapat menjiwai perasaan masing2 (empathy) dan gagal menjadi pendengar yang baik dan berkesan kepada pasangan? Berapa ramai pula kita yang terperangkap dilembah kehinaan, penderitaan dan kebinasaan kerana tiada kemahiran tegas diri @ berani meluahkan rasa hati ( asertif) dalam interaksi mereka.

Memiliki kemahiran ini dalam hidup kita samada sebagai ketua masyarakat atau pemimpin pelajar, guru atau warden, pengurus atau pentadbir , suami isteri, sebagai anak atau ibubapa bermakna kita memiliki keupayaan untuk menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita samada sesama rakan, adik beradik, jiran tetangga, rakan sejawat, majikan atau sesiapa sahaja. Seterusnya ia mampu menjadikan hidup ini lebih bermakna kerana apalah erti kekayaan harta benda jika kita putus saudara? Apalah erti hidup dengan kuasa , pangkat dan darjat jika menjadi cemuhan segenap masyarakat?



Barisan Kepimpinan Pengawas yang khusyuk mendengar celoteh berkaitan kemahiran asertif dalam kepimpinan organisasi yang diadakan petang tadi di SMK Pengkalan Permatang Kuala Selangor. Syabas dan tahniah atas tumpuan dan perhatian yang diberikan .... terima kasih juga kepada semua guru terlibat .


wajah2 pemimpin masa hadapan ......



Renungan ;
Menurut Imam Ghazali dalam kitab IhyaUlumiddin (1981), akhlak adalah elemen dalaman
diri seseorang yang menjadi asas perhubungan dengan orang lain. Buruk dan baik akhlak seseorang boleh dibentuk dan diubah.

Menurut Imam Ghazali lagi, akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa dan daripada jiwa itu lahirlah perbuatan dan perlakuan yang mudah dilakukan tanpa pertimbangan akal mahupun paksaan kerana ia sudah menjadi satu kebiasaan. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.



Hubungan perkahwinan seperti ini pastinya menuntut 1001 macam kemahiran intra dan interpersonal yang tinggi dari kedua belah pasangan demi menjamin keharmonian dan keutuhan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat ....



Selamat pengantin baharu buat Mak Su ( Raja Kamariah bt Raja Abdul Ramhan ) dan ayah Su , moga bahagia ke akhir hayat




2 comments:

isteri ustaz said...

Salam, terima kasih suamiku kerana menjadi teman setia yang saangat memahami diri ini

adik ipar ustaz @ maksu said...

terima kasih abang iparku yg baik hati dan menyayangi kakakku...terima kasih atas gambar itu... hehehhe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails