Saturday, February 13, 2010

Satu Perjalanan

Jumaat lalu jam 10.30 pagi ustaz memulakan perjalanan dari Sabak Bernam ke Gemencheh N9 untuk mengambil anak di MRSM Tahfiz . Sepanjang perjalanan sorang diri banyak perkara bermain dalam benak dan pemikiran ustaz. Sudah tentunya semua itu menjadi bahan renungan dan muhasabah diri sendiri .....

Dulu ustaz selalu perhatikan dan melihat ibubapa berduyun2 dan berbaris mengambil anak di SBPI Sabak Bernam setiap kali cuti sekolah. Kini tiba sudah masa dan saat serta giliran ustaz untuk berbuat demikian.




Dulu ustaz sering kali berdepan dengan situasi dimana pelajar baru gagal dan bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di SBPI Sabak Bernam ini. Kini ustaz sendiri mengalami bilamana anak sendiri juga mengahadapi masalah yang sama seperti mereka.

Dulu ustaz sering memberi penjelasan dan penrangan kepada pelajar2 yang bermasalah dan ingin berpindah atau keluar dari sistem SBP, kini ustaz sendiri melaluinya.

Dulu ustaz sering meyakinkan para ibubapa dan pelajar betapa segala sesuatu itu meskipun terlalu sukar dan memeritkan untuk ditelan adalah atas kehendak dan ketentuan Allah. Kini ustaz sendiri perlu meyakinkan anak sendiri tentang perkara tersebut.



Dulu ustaz hanya mendengar luahan rasa seorang sabahat apabila menghadapi kerenah panggilan telefon yang tiada masa dan hadnya ... kini ustaz sendiri melaluinya. Demi tanggungjawab dan amanah yang terpikul semua itu kini adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan. Lapangkan dada, redha dan sabar ....

Inilah hakikat kehidupan yang bersifat sementara. Apa saja yang berlaku adalah satu ketetapan dan sunatullah yang hanya menanti masa untuk dilaksanakanNya. Sebagai hamba sudah barangpasti kita perlu bersedia menghadapinya dan menjadikan pengalaman orang lain sebagai panduan untuk diteladani


Perjalanan pergi mengambil masa 6 jam sebab kebtulan solat jumaat. Rasanya ustaz dah jauh sangat dari sabak bernam ni. Rupanya ramai lagi orang jauh yang ambil anak mereka di sana. Sempat juga seorang penjaga yang baru ambil anak di SBPI Sabak Bernam dan terus ke Gemencheh sebab ada sorang lagi di tingkatan satu di situ. Tinggal di Shah Alam. Bayangkan dari Shah Alam ke Sabak 2 kemudian gi ke N9 , lepas tu patah balik ke Shah Alam. Menang ustaz sendiri penat tapi bila melihat kesusahan orang lain... rasa insaf dalam diri dan bersyukur atas kurniaanNya. Sebaik ambik kakak di Gemencheh terus bergegas balik pada jam 4.30 petang. Kali ni lebih memeritkan kerana kereta mula bersesak di jalan raya sempena cuti tahun baharu cina.

Dalam perjalanan ustaz menrima satu panggilan . " Tuan Haji maaf sebab saya tak dapat ambil anak awal" terdengar suara dalam telefon . " mengapa puan? " tanya ustaz. " saya naik bas dari pudu tapi tiket dah abis .. kena naik bas loncat2 ke kuala selangor kemudian ke sabak bernam . Dari Sabak saya ambil teksi ke SBPI untuk bawa balik anak saya" Tanya ustaz lagi " jam berapa boleh sampai nanti puan ? " hanya kedengaran suara sebak seorang ibu dengan penuh pengharapan " ntahlah ustaz " . Jam 6 petang sekali lagi ustaz dikejutkan dengan deringan telefon dari rakan. " ustaz ada sorang pelajar tak balik lagi ni!! Duk sorang2 di lobi sekolah ... macamna? Dari tengahri tak makan lagi sebab DM tutup tadi , penjaga mungkin lewat sampai "
jelas rakan ustaz " cuba hubungi penjaga sebab dah cuba dihubngi tapi tak dapat "

Tak lama kemudian ustaz dikhabarkan si ibu masih belum pun sampai ke Kuala selangor. Sepanjang jalan rasa serba salah dan kebingungan menyelubungi diri. Jam berapa baru sampai Sg Besar? Masuk naik teksi jam berapa pulak sampai SBPI? Si anak macamna sorang2 tu?
Ringkaskan cerita setelah berbincang ustaz setuju cadangan sahabat untuk menghantar si pelajar ke tanjung karang maghrib2 tu juga. Paling tidak memudahkan urusan si ibu yang bersusah payah demi seorang anak!!!!!


Pengunjung yang budiman,

Semua ini hanya sekadar kisah biasa bagi mereka yang tidak mengalaminya. Namun bagi mereka yang merasainya dan bagi diri ustaz yang pernah melalui zaman sukar tinggal di asrama tanpa ada sesiapa yang datang menjengah atau bertanya khabar dari kalangan keluarga sendiri .... situasi sebegini amat terkesan di dalam hati. Justeru itu kalian selalu ustaz didik dan pesan agar belajar MEMAHAMI orang lain, tanamkan nilai dan sifat EHSAN dalam hati agar kita sentiasa bersegera dalam berbuat kebaikan, sentiasa berusaha memudahkan urusan orang dan membantu saudara kita yang berhajat kerana telah dijanjikan Nabi dalam sabdanya bahawa Allah pasti akan sentiasa membantu kita. Bersyukur dengan segala kurniaanNya dan bersangka baik dengan ketetapan Allah. Kalau kita rasa kita susah ..ingatlah di luar sana berjuta manusia yang yang lebih susah dari kita. Kalau kita rasa tertekan , berjuta manusia lain yang lebih tertekan dari kita ....

Perjalanan dari N9 mengambil masa hampir 10 jam. kami tiba di rumah jam 2.30 pagi dengan penuh keletihan, dengan penuh rasa keinsafan dan kesedaran betapa kita mesti bersyukur dengan segala kenikmatan yang kita miliki hari ini. Jika ada kelebihan dari kurniaanNya... bersedialah benghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua anak didik INTESABER kerana menyokong usaha menjayakan dana Tabarru' iaitu dana kebajikan dan pengurusan HEM INTESABER . Moga warga SBPISB akan sentiasa mendapat limpah rahmat dari Ilahi

3 comments:

TeacherAzimah said...

semoga kakak terus tabah di bumi mrsm tahfiz.
bila baca tulisan ustaz mengenai pljar sbpisb itu, teringat sy zaman di semesti. ya sy slh seorang yg berhadapan dgn situasi yg hampir sama dgn pljr td. dr f1-f5 sy blk ke kg dan balik ke semesti dgn menaiki bas loncat. sesekali mak dtg menjenguk time form 1 juga menaiki bas loncat. Allah saja yg dpt membalas jasa mak...

hem sbpisb said...

Amin harapnya begitulah , tapi zaman kita dulu susah memang masa tu semua agak susah tapi zaman sekarng hampir semua senang dan mudah tapi yakinlah masih ramai di luar sana orang yang dalam kesusahan ... sama2 kita fikirkan

Engku Afnan said...

teringat dulu zaman skolah parent sll dtng amik lmbt...mmg lapar dibuat nyer sbb DM tutup...tyme tu naseb baek ada encik khalid, penyelia asrama blanja mkn...terima kasih x terhingga kpd sume warga pendidik dan staf intesaber yg mengambil berat psl kami..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails