Friday, June 18, 2010

Sehari ke Kuala Selangor

Alhamdulillah cuti-cuti sekolah ni dapatlah luangkan masa lebih bersama keluarga terutama anak-anak. Lama tak berkesempatan bersantai sama2 anak seronok juga walaupun hanya sekadar di belakang rumah. Yang penting dapat meluangkan masa bersama mereka.

Jadi sebaik selesai exam PTK baru ni dapatlah ustaz dan mama bkunjung ke Bukit Melawati Kuala Selangor ... naik keretapi. Kita orang tua memang tak rasa apa kan tapi bagi anak2 yang kecil memang bestttt ..




Paling bestnya bila tengok gelagat monyet melayan kita para pengunjung ni .. hmm memang happy anak yang kecik2 tu ... kita pun boleh tumpang seronok .


Kasih si ibu memang sejati meskipun si anak tak sama warna dan bulunya . walau apapun berlaku tetap anak dalam pelukan dan pangkuan, nak dibuang macam kita manusia ???? jauh sekali ....







Taman Ikan Air Tawar tak juga berapa jauh. paling best pada anak bila berpeluang melihat sendiri ikan bermulut buaya ... maklumlah selama ni hanya tengok dalam tv jer .



Habis pusing K.Selangor , sempat lagi kami bergerak ke Shah Alam. Kononnya nak bawa anak melihat Balai kesenian Islam tapi sayang sekali tak de pameran berlangsung. Yang ada majlis kendiri kahwin




Sempat juga mengunjungi balai kesenian yang mengandungi pelbagai hasil seni khat yang sanagt cantik dan mengagumkan .

1 comment:

joonie-girl said...

eh eh eh taman malawati!

dekat dgn tmpat tgl saya, hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails