Monday, May 9, 2011

Pameran dimana-mana

Alhamdulillah dalam kekalutan kerja harian di sabak bernam ni, dapat juga kami memenuhi permintaan anak2 untuk bekunjung ke pameran buku di PWTC tempohari. Walau perjalanan hampir 3 jam ... sesekali dapat memenuhi hajat dan permintaan anak-anak memang berbaloi.


Ramainya pengunjung hanya Allah sahaja yang tahu. Sesak? jangan cerita lah rupa dan keadaannya. Macam2 perasaan sepanjang berada di pameran tersebut. Keadaan rimas dengan pengunjung yang berasak-asak amat tidak selesa ditambah pulak dengan keranah anak yang masih kecil . Dari impain nak cari satu dua buku , akhirnya jadi pengasuh sepanjang kunjungan tu.


Apa yang menariknya, ustaz dapat berjumpa dengan seorang rakan jauh dari Labuan yang pada mulanya hanya dikenali dalam talian sahaja. Seronok di hati memang tak terkira. Abang Bo nama diberi . Pegawai di Pusat Kewangan Pesisir Labuan. Lagipun kesibukan tugas beliau yang sering keluar kawasan tak memungkin kami berjumpa dengan mudah. Dengan izin allah bang Bo menginap di hotel seri Pasific bersebelahan PWTC tu. Sempat berehat dalam bilik hotel bang bo lagi. terima kasih lah beri ruang kami sekeluarga berehat sejenak. fuhhh lega rasa hati ... Lain kali ajak kami yer..














Hujung minggu baru ni pulak bertempat di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru Sabak Bernam Ketua Polis Negara turun padang dalam program kemasyarakat Polis bersama rakyat. MEriah juga sepanjang 2hari program berlangsung




















Pelbagai pameran dan aktiviti sampingan dilaksanakan. Sesekali bawa anak meilhat pameran tu memang menyeronokkan. kita pun boleh tumpang seronok ler ... Bukan selalu dapat mereka menyaksikan sendiri kelengkapan dan kekuatan pasukan polis dan angkatan tentera kita kan. Semua benda nak dipegangnya. Ingat juga masa kecil dulu. Sama aje kan ... nama pun budak


















Apa yang penting di sini adalah masa yang kita dapat luangkan untuk bersama anak-anak semasa kecil ni. Waktu nilah kita dapat pupuk rasa sayang, dan pelbagai nilai yang sepatutnya dipupuk dalam hati mereka. Sibuk macam mana sekali pun ... saat bersama keluarga dan anak amat penting. Jangan disesal bila ruang yang ada dipersiakan dan hanya merintih bila semuanya telah berlalu.

3 comments:

muhammad fakhruddin said...

Ustaz pergi pesta buku bila?

Kalau Puan Ainon Mohd tauke PTS tengok gambar Ustaz tu mesti tersenyum ke pipi.

ust amir said...

hari sabtu. Terkejar2 juga faka. tak sempat nak cari koleksi peribadi sebab jaga di comelll tuuu... tak pe yang penting dapat tunaikan hasrat kakak tu untuk mengunjungi pameran pesta buku tu. dapatlah dia menumpul koleksi buku bacaan dia. teruskan istiqomah dalam perjuangan moga sentiasa diredhai Allah

Zahiruddin Zabidi said...

Assalamualaikum ustaz, syukran kerana sudie menjadi pembaca buku-buku terbitan PTS, semoga beroleh barkah insya-Allah, amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails