Sunday, October 30, 2011

Bermulanya Perjuangan Baru


Assalamualaikum, Saat ini  detik perpisahan antara kita sudah mula dirasai. Sudah pasti tidak mudah untuk ustaz dan keluarga melalui saat2 seumpama ini. Bermula dengan jamuan pelajar PMR 2011 di Teratak Ummi milik Tn Haji Idris pada malam jumaat lalu terasa amat masa berlalu begitu pantas. Suasana dingin dengan limpahan air dari hujan ribut menjelang petang hingga ke malam mengiringi jamuan kami malam tersebut.




Hidangan ayam, ikan bakar dan lainnya amat menyelerakan kami semua namun itu detik bermulanya perpisahan ini. Terima kasih semua. terima kasih rakan2 guru. terima kasih anak2 didik ku. Kalian semua amat bermakna buat kami, buat ustaz buat mama. Hadiah pemberaian kalian semua pastinya akan ustaz abadikan sebaik mungkin.













Sabtu malam Ahad ;

Majlis ke2 adalah jamuan istimewa rakan2 warden asrama. Dihadiri oleh semua rakan warden dan keluarga dalam keadaan santai di medan ikan bakar aroma Jeram, Kuala Selangor malam tadi. Sebak rasa dihati atas apa yang telah diusahakan.


Terima kasih Din, Huda, Has, Ust Kamal, Aja, Farid serta rakan2 lain yang tidak hadir Azlin ( cuti sakit ) , Erza dan Mail atas segala sokongan selama ustaz melaksanakan tugas sebagai ketua warden kalian. Teruskan komitmen yang telah diberikan selama ini dan santunilah anak2 intesaber seperti anak2 atau adik2 sendiri.





InsyaAllah hadiah ini akan terpapar dibilik pejabat ustaz yang baru di SMS Banting sana sama seperti kemeja putih pemberian Excel 3 ini. Terima kasih semua dan doakan perjuangan baru ini mendapat redha Ilahi.

1 comment:

Nur Madihah Hassan Borhan said...

semoga abah dan mama sentiasa mendoakan kami anak2 didik walaupun di mana berada..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails