Thursday, March 15, 2012

Format Baharu SPM B.Arab 2012

Alhamdulillah lama juga tak dapat nak update blog arab2u ni. Cuti-cuti sekolah ni dapat jugalah menukilkan sesuatu buat tatapan umum. 2012 pastinya memberikan dimensi baharu buat seluruh calon Bahasa Arab SPM seluruh Malaysia kerana bermula tahun ini format peperiksaan telah berubah sedikit dari format sebelumnya. Sedikit info awal untuk makluman semua calon, kertas 1 masih mengekalkan format lama cuma  bilangan soalan yang sedikit berubah mengikut pecahan Nahu, Saraf dan balaghah. Di sini ustaz paparkan bentuk soalan terbaharu tersebut iaitu kertas 2 Bahasa Arab SPM  .

 
Soalan 1 (30m):

5 soalan, pilih 1 sahaja
- 1 soalan bentuk hikam
- Soalan dan bentuk karangan berdasarkan tajuk di dlm buku teks
                          
Soalan 2 (30m) :

3 soalan yg wajib dijawab iaitu :
i- kefahaman  ditambahkan 1 soalan berbentuk balaghah dari 6 kpd 7 soalan (21m)
ii- menulis karangan pendek (30 pp) berdasarkan situasi tertentu (5m)
iii- mensyarahkan/pengajaran dari petikan hikam (4m)

Soalan 3 & 4 (40m)

Pilih satu soalan sahaja

bentuk soalan 3
i- membina ungkapan berdasarkan situasi yang diberikan ( 5 soalan = 10m)
ii-membina ayat berdasarkan arahan (5 soalan = 10m)
iii- soalan berkaitan dengan sarf cnth : wazan, masdar dll (5 soalan = 10m)
iv- soalan balaghah             (5 soalan =10m)

bentuk soalan 4
i- membina ayat berdasarkan rangkaikata (5 soalan =10m)
ii- tukar ayat kepada keadaan tertentu berdasarkan arahan ( خاطب/حول إلى...) )5 soalan=10m)
iii-sarf (sda): ism fail, maf’ul dll (5 soalan=10m)
iv- balaghah ( 5soalan=10m)

InsyaAllah bentuk soalan format baharu ini , akan ustaz paparkan kelak. Selamat meneruskan perjuangan dan buat calon SPM 2011 lalu mudahan keputusan yang bakal keluar tak lama lagi akan memberikan kepuasan setelah kalian berusaha gigih selama ini.





6 comments:

ukhti rnajieha said...
This comment has been removed by the author.
ukhti rnajieha said...

agak-agak susah x format baru ni ?

ust amir said...

susah senang bergantung kepada tahap persediaan seseorang calon dan bentuk latihan dan pengukuhan yang diberikan kepada calon. Bezanya calon perlu berkemahiran membina ayat kerana ada 2 bentuk penulisan karangan iaitu soalan 1 dan soalan 2 bahagian 2 menulis karangan pendek (30 pp) berdasarkan situasi tertentu (5m). Meskipun 5 markah tetap menyumbang kejayaan calon dalam kertas ini

Anonymous said...

SALAM,ni bahasa arab tinggi ke komunikasi???

Muhammad asyraf said...

Ustaz , tolong saya .macammana nak cari guru bshasa arab tuk m.pel b.arab tinggi ( b.arab tinggi)

Muhammad ASyraf said...

Kalau ustaz ada bole tak bg no tel. Seng nak contact.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails