Thursday, February 2, 2012

Bila Terkenang Masa Lalu


Mengimbau kembali pencapaian PMR 2011 pastinya sesuatu yang menggembirakan. Sesekali turut terharu . Meskipun masih gagal untuk memburu A 100% namun apa yang dicapai sudah cukup memberikan kepuasan peribadi. 8 tahun mengajar B.arab di Intesaber pastinya terlalu banyak pengalaman boleh dibicarakan. Bila berjaya dipuji dan disanjung, bila tidak berjaya dicemuh dan diperlekeh .... itu sudah menjadi asam garam dalam memburu kejayaan.

2004 bermulanya perjuangan untuk melahirkan generasi sulung yang boleh dibanggakan. Namun tidak semudah itu sebenarnya  kerana hampir 15% calon tiada asas B.Arab dan sememangnya saban tahun lebih kurang  10% calon tiada asas ... Masih segar dalam ingatan, 40 orang calon gagal dalam percubaan PMR 2004 . Dengan hanya berbaki 1 bulan sebelum menjelangnya PMR sebenar tiada banyak pilihan pada ustaz waktu itu. Samada mahu memilih jalan merajuk membawa diri atau perlu teruskan usaha seupaya mungkin untuk membantu. Nak jaga calon A dan B atau kelompok GAGAL?  Akhirnya ustaz membuat keputusan utk memberi tumpuan kepada kelompok yang gagal dengan harapan sebahagaian besar boleh lulus.

Akhirnya saat yang dinanti menjelang jua. Sebaik keputusan keluar alhamdulillah 38 orang pelajar lulus berbanding 40 orang dalam percubaan. Ucapan Syukur tak putus ustaz ucapkan saat itu.  NAMUN apa yang paling mengecewakan hati saat itu tatkala ustaz didatangi sepucuk surat meminta penjelasan mengapa pencapaian A menurun dari 28 orang calon kepada 25 orang!!!  Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terpendam di hati saat itu. Apa yang ustaz ingat... surat ditangan ustaz koyak sepuas hati  he.he  ya lah geram dan sakit hati saat tu. Lain lagi sindiran dan cemuhan bila kegagalan demi kegagalan berulang. Sejak itu, tertanam azam di hati... Tak kisah apa nak dapat dalam exam bebudak ni semua... yang penting aku buat yang terbaik dalam kerja aku!!!

Moral dan intipatinya.. bila kita lihat suatu kejayaan yang dikecapi oleh seseorang sebenarnya tersimpan 1001 cerita suka duka yang keadaan sukar utk difahami. Memang tiada jalan mudah utk berjaya tapi tiada apa yang mustahil dengan keizinan Tuhan yang Maha Pencipta . Seperkara lagi, sebuah kejayaan itu tidak hadir tanpa sokongan dan komitmen padu semua pihak terutama dari ahli pasukan, gandingan atau pasangan kerja kita. Ditambah dengan sikap positif dan sentiasa ingin maju dan maju tanpa rasa jemu. Tak perlu kecewa dengan kegagalan sebab sebenar kita tak gagal pun bilamana kita benar-benar telah berusaha.. hanya belum berjaya dengan usaha dan strategi kita itu.  Selamat maju jaya buat calon SPM 2011 yang lalu. Selamat menempa kegemilangan untuk calon PMR dan SPM di SBPI Sabak Bernam di tahun 2012 ini dan tak lupa calon-calon dari SMS Banting  di tahun 2013 nanti. Terima kasih buat isteri tersayang yang menjadi pasanganku dalam membina kejayaan ini.

1 comment:

TeacherAzimah said...

very nice entry lar ustaz. tu mesti rindu kat sbpisb lar tu hehe.. kak ijah, abg cik and sumayyah happy sgt nampaknya kat sini, tetiap ptg main kat luar ramai2. sian kak ijah takde basikal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails