
Tuesday, September 29, 2009
Selamatkah kita?

Kuiz Mu'jam Kalimah siri 7
Siri latihtubi dan gerak gempur bahasa arab diteruskan dengan kuiz mujam kalimah berikut. Seperti sebelum ini, para pengunjung boleh cuba menjawab dengan hanya klik pada "ulasan" dan jawab dengan tulisan rumi seperti berikut ;
61. tidur , 61. bangun dan seterusnya .
Selamat mencuba ...
Kepada para calon PMR , selamat menduduki peperiksaan pada 7hb oktober hadapan. Terus cemerlang bersama arab2u.blogspot.com
Sunday, September 27, 2009
nota balaghah tg5 Iqtibas
CERITA RAYA LAGI
Assalamualaikum ... buat semua pengunjung budiman.
Alhamdulillah kami aselamat tiba akhirnya di kuaters SBPISB ni sebentar tadi jam 11.30 pagi. Tiba dari tganu malam tadi lewat pagi. Jam 2.00 pagi baru sampai di rumah Bandar Sri Ehsan tu . Maklumlah dah berumur ni ... tak larat mana mata nak berjaga malam. tu pun .... tuhan aje yang tahu tak laratnya nak memandu .. Sebaik saja landing +- 3 jam, badan pun segar bangun pagi. terus bersiap2 utk balik ke sabak. Kul 7 pagi tadi , kami pun mukla bertolak .
Sebelum terlupa ... sempat ustaz ambik gambar terkini SM Sain Hulu Terengganu di Kuala Berang. hmmm.. comel kan! mesti best mana2 cikgu dapat bertugas di sana . Dengar2 tahun depan dah mula beroperasi . Betul2 tepi jalan besar. Bangunan pun ada kelainan dan SMS yang lama 2 tu. Ngan SBPISB kita ni ada mirip2 lah ustaz tengok . Apa2 pun good luck pada mana2 student dan guru yang bajkal menghuninya nanti. Pada ustaz .... tempat tu tak penting . mana2 kita masih boleh berjaya. P0koknya orang bilang HATI & SIKAP !!!! betul tak?


Balik semalam dari tganu ke KL memang sama mencabarnya macam masa balik raya tempohari. Hujan lebat, jalan sesak ngan kenderaan. Nyaris2 juga kami terlibat kemalangan sebab masing bawa terlalu rapat. Bila kecemasan tuuu... masing2 kelam kabut brek! Alhamdulillah ok semua

Stesyen minyak, kedai makan ..... usah cakap sesaknya. semua full house!! Alhamdulullah kami dah siap2 bawa sikit bekal utk makan dalam perjalanan. Berenti buang air je ... tu pun kalau anak2 dah tak leh nak tahannn lagi. he.he. biasalah.

bila balik kampung .. ginilah rupa innova kami ..Seperkara paling menarik , ha.... kami jumpa kak ecah mardhiah!!! ingat lagi tak? ha.. sekarang sambung di mesir ambik medic. Kami jumpa di RnR temerloh malam tadi. Sebaik saja kak maryam abis solat dia kata " macam kenal je kakak sorang niii? tapi ..... eheh .. salah orang nanti maluuu .. diam aje lah. " si kak ecah kamu pulak dah abis solat senyum je kat Maryam. lagilah dia konfius!! Keluar surau dia meluru bagi tahu ummi dia .. " ummi, ummi kakak jumpa macam kak aisyah laaa ... " ya ke ? " sahut umminya. Tak lama lepas tu muncul lah si ecah nya depan mata. " ya Allahhh ... panjang umur kamu " ustaz sapa. Rupanya dia pun baru balik kampung di Besut.

Walau apa pun buat aisyah dan anak didik intesaber yang lain , dimana saja kalian berada baik di mesir, australia, amerika , mahupun di bumi M'sia tercinta ... kami doakan selamat berjaya dalam memburu cita2 duniawi. Yang lebih utama akhirat usah dilupa ... hebat mana kita atas dunia ni tak keman pun. kerana kelak kita pasti kembali jua ke alam akhirat hanya dengan membawa apa yang kita AMALKAN DI DUNIA ni. Jadikan sifat EHSAN sebagai benteng menghadapi dan mengharungi cabaran dunia.
Kepada para pengunjung khususnya calon exam .. maafkan ustaz sebab seminggu dua ni asyik berceloteh citer macam2. maklumlah demam raya kan. Lepas ni bolehlah kembali menulis nota dan bahan periksa tu ya ..
Esok Isnin, sekolah kembali bermula dengan misi memburu kecemerlangan dalam PMR dan SPM nanti. Moga impian menjadi kenyataan .... SELAMAT BERJUANG DAN TERUSKAN PERJUANGAN !!!
WASSALAM ...
Friday, September 25, 2009
Pecutan Akhir
Hari ini Sabtu, kami akan memulakan perjalanan balik ke selangor dari tganu kite. Balik dari Sngor ke Tganu baru ni 12 jam juga perjalanan tu. Tengahri ni tak tak tahu lah.. insyaAllah kami singgah umah di Bandar Seri Ehsan dulu sebelum sambung semula esok pagi utk ke Sabak.
Kepada calon PMR hanya menanti hari saja lagi. Minggu depan kita berperang.... harapan ustaz dan mama kamu semua dapat memberikan fokus dan tumpuan sepenuhnya pada baki2 hari yang mendatang ni. Usah fikir nak create benda2 baru yang tiada kaitan dengan peperiksaan tu. Yang lah... remaja katakan. Semangat mencuba tinggi orang kata. Cuma kekadang tak kena tempat dan caranya. Ingat ya...
Bahan latih tubi yang diberikan siapkan sepenuhnya dan bawa berbincang sesama kawan. Guna kawan grouping utk bincang. Tak sempat jumpa kami... jangan nak tunggu2 lagi ya. kita berjuang abis2 an ..... ingat matlamat kita!!!! impian kita!!!!! Tiada apa yang mustahil dengan IZIN ALLAH asal saja kamu ada kemahuan utk mencapainya.


Sunday, September 20, 2009
SALAM AIDILFITRI

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Buat semua pengunjung budiman
Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir batin dari ustaz dan seluruh ahli keluarga. Moga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa hendaknya.


Thursday, September 17, 2009
horey.. merdeka!!!
Apa jua keputusan bukan persoalannya , apa yang penting adalah kesungguhan dan kegigihan berusaha untuk sentiasa berjaya. Tak berjaya , tidak cemerlang dalam periksa tidak bermakna gagal buat selamanya.




Buat rakan-rakan seperjuangannya .. alia, izzati, hikmah, ulfa, nadia, fazira,fatihah, puteri, anis, syaza, kamilia, izzatie, natirah dan nasyuha serta semua rakan seangkatan ... moga kalian turut berjaya. amiin.
TERJAWAB AKHIRNYA
Semalam 16 september 2009 secara rasminya ustaz melaporkan diri ke SMAP Kajang pada pukul 6.30 petang setelah 3.30 jam perjalanan dari SBPISB. Satu perjalanan dan pemanduan yang pastinya amat berbeza dari sebelum2 nya. Sukar untuk ustaz nyatakan di sini. Cukuplah sekadar ustaz katakan ... bukan mudah keputusan ini nak ditelan. Apapun kami redha dan tawakal dengan ketentuan dan perancangan Allah.
perjalanan sulung dihidangkan dengan jalan jem pulak ...
Depan sekolah yang terbentang ngan bazaar ramadhannya
Terima kasih pada Puan Pengetua Hajjah Aminah, Penolong Kanan Cikgu Reza, Kaunselor Ummi Nafisah atas kesabaran menanti dari pagi lagi. Sempat kami berbuka puasa bersama sebelum ustaz kembali semula ke sabak bernam
Terima kasih juga atas keprihatinan pengetua ... membenarkan ustaz menangguhkan tugas dan terus membantu anak2 didik intesaber menghadapi exm pmr dan spm.
Proses seterusnya menguruskan perpindahan mama dan anak2 pula. Harap semua berjalan lancar. Ada rezeki kami bersama sebumbung lagi kot. Sejak ustaz bertugas ... memang tak pernah berasingan sekolah lagi ngan mama . Serasi dan sejoli kooot . hu.hu.
buat anak2 didik intesaber ... ingat pesan ustaz
1. hiduplah ikut gaya macam mana kamu nak tapi ingat akhirnya kamu tetap mati ;
2. sayanglah siapapun kamu mahukan akhirnya akan terpisah jua
3. Buat apa je kamu suka ( ikut suka hati akulah) tapi ingat .. setiap perbuatan kamu pasti dihitung .
Kepada sesiapa jua yang menyayangi kami. Tu lah hakikat yang mesti kita semua belajar menerimannya. Selama ini, semua anak didik yang kami sayangi pergi meninggalkan kami di intersaber... mungkin tiba giliran kami pula perlu meninggalkan kalian di sini. Ditinggal dan meninggalkan adalah lumrah kehidupan dunia. Bersabarlah menghadapinya ...
Walau apapun ... kalian tetap kami sayangi dan tersemat kekal dihati ini.
sayang selalu dari ustaz dan mama .....
Monday, September 14, 2009
AKU DI PESIMPANGAN
Hidup di dunia adalah satu perjalanan singkat menuju ke dunia Akhirat. Maka beruntunglah mereka yang mampu berjalan di atas jalan lurus dengan mendapat bimbingan dan rahmat Ilahi. Apa bekal kita ? Sebaik2 bekalan pastinya TAQWA .... IMAN DAN EHSAN sebagai perisai .
Namun perjalanan ini bukanlah mudah. Di hadapan, di tepi kiri dan kanan kita pastinya ada onak, duri yang menghalang perjalanan kita atau juga menggagalkannya. Jalan ini juga tidak sentiasa lurus! ada bengkang bengkoknya. ntah apa di hadapan sana kita sendiri tidak pasti ...
Ada lubang ke? tanah runtuh ke? macam2 ada yang kita sendiri tidak pasti dan mengetahuinya.
Kepada yang bakal nak balik raya niii ... sediakanlah kenderaan sebaiknya. Berhati2 ketika memandu. Cuma yang pasti bila dijalan raya ... bertawakallah padaNya dan berdoalah moga diberikan keselamatan.
lebuhraya Guang Musang-Kuala Berang
Berlaku juga sesuatu yang tidak diingini ??? Walhal segalanya persediaan, perancangan rapi telah dibuat ..... Bersangka baiklah dengan Allah. Bersabar menghadapinya . Itu UJIAN Allah kepada kita untuk melihat apakah kita benar2 beriman kepadaNya atau hanya sekadar dibibir sahaja !

selekoh depan masjid BNO
Hari ini 24 Ramadhan @ 14 sept 2009 . Seperti biasa ustaz ke sekolah bersama anak dan isteri tersayang. Namun hati dan perasaan tidak seperti kebiasaan dan selalu. Sebenarnya rasa tak karuan sejak 3 hari lalu sebaik sahaja menerima sepucuk surat dari Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster . " Pemberitahuan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah " Bunyi surat pun dah memberikan maksud tiada pilihan melainkan menurut perintah . Ditukarkan ke salah sebuah SBP Agama berkuatkuasa 16 sept depan sebagai PK HEM. Rabu ni .... Seingat ustaz ini kali ke 4 dalam tahun ini ustaz menerima pelawaan ke jawatan seumpama ini. Mulanya di Labuan, kemudian JPNS , selepas tu ke Klang . Tapi semua tu ada rundingan terlebih awal. Jawapannya semua ustaz tolak. Kali niii... tiada rundingan lagi . Pengetua diminta melaksanakan arahan surat tersebut sahaja .

simpang 3 Gua Musang menuju ke Cameron Highland
Hmm ... Isteri tinggal sorang diri uruskan 5 orang cahaya mata! Ada baby .. anak ke 4 tiap malam jerit nama abahnya ni! Kesibukan bebanan tugas lain cerita. Macamana isteri bakal menghadapi semua ini ya ?? PMR pulak lepas raya ni, SPM pun dah tak lama lagi. Bagi ustaz yang mengajar PMR dan SPM sudah pasti kerisauan pasal dia orang tak dapat disembunyikan Macammana dia orang semua ? Siannya ....
Apa yang pasti ... para hambaMu merancang ya Allah , musuhMu juga merancang ... namun PERANCANGANMU pasti yang terbaik .
HANYA PADAMU YA ALLAH KU SERAHKAN SEGALANYA .... KEPADAMU AKU BERTAWAKAL ... MOGA SETIAP KEPUTUSAN MEMBERIKAN KEBAIKAN BUAT AGAMA, DIRI INI DAN KELUARGA.
AKU PASRAH ATAS KETENTUANMU YA ALLAH .....
Sunday, September 13, 2009
Air Mata Rasulullah S.A.W

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku? ''Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak? ''Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'' ( peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.') Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi . Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
NB: Apakah kita masih berkesempatan bertemu Ramadhan tahun depan atau esok lusa kita bakal menyusul mengikut jejak kekasih Allah ini. ? Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.
http://myusra74.blogspot.com/2009/09/air-mata-rasulullah-saw.html
Saturday, September 12, 2009
Nota balaghah tg5 Uslub Insyaie
Assalamualaikum
setelah kita sama pelajari dan amati tajuk uslub khobari sebelum ini, marilah kita teruskan dengan perbincangan tajuk balaghah berikut ini.
Friday, September 11, 2009
nota qawaid 2 : الإسم المذكر والمؤنث
Sunday, September 6, 2009
Dalam Kenangan


Dengan ucapan ; teruskan perjuangan memburu kecemerlangan. Kami sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan lutfi dan keluarga di sana.
Saturday, September 5, 2009
Nota balaghah tg5 Uslub khobari
Dalam tajuk ini, terdapat 3 pecahan seperti dapat dilihat pada contoh contoh berikut ;
Jika diperhatikan pada pecahan 1 di sebelah iaitu jenis IBTIDAIE@ KHOLIYU AZ ZIHNI semua ayat yang digunakan tidak mengandungi sebarang huruf taukid@ huruf penegasan seperti "sesungguhnya" atau wau sumpah seperti pecahan ke 2 dan 3 dibawah ini.
Jika ia mengandungi 1 huruf taukid maka ia dinamakan TOLABI @ MURADID manakala jika mengandungi 2 huruf taukid atau lebih ia dinamakan INKARI@ MUNKIR
Perhatikan kesilapan calon ketika menjawab soalan berkaitan ;
Selamat mengulangkaji ....










