Friday, July 31, 2009

Gerak gempur mudhodat siri 3

Alhamdulillah kita teruskan lagi siri gerak gempur BA Tinggi ini dengan menjawab soalan mudhodat di bawah ini. Perhati dan fahami dengan baik sebelum menjawab.



Selamat mencuba!!

Thursday, July 30, 2009

Gerak gempur Mufradat siri 3

Alhamdulilah dengan izin Allah kita dapat meneruskan siri latihan dan gerak gempur BA Tinggi khusus untuk menjawab soalan kertas 1 bahagian perkataan seerti dan berlawan. Kita lanjutkan latihan ini dengan menjawab soalan perkataan berlawan. Seperti sebelum ini, calon atau pengunjung hanya perlu klik pada "ualasan" di atas dan jawablah seprti berikut ;
1. b 2. c 3. f dan seterusnya .





Salam perjuangan ....

Cemerlang BAT bersama arab2u.blogspot.com

SANTAI

Alhamdulillah ... gaji bulan julai dah keluar . Hmmm .. biasalah kita guru2 atau kakitangan kerajaan ni, lega rasanya bila dapat gaji. Tapi tak lama pun .. paling kuat atau lama 4 hari habislah untuk bayar pelbagai utility atau bil dan hutang. Ni lah cabarannya!!!

Cam kami di SBP manalah ada masa nak buat kerja luar ... kalau ada pun memang terpaksa dihadkan kerana cabaran dan komitman yang tinggi di SBP. Ada idaknya??? semua nak AAAA!!
Alasan.. semua pelajar masuk dengan A. OK tu no komen .. yang penting buat pada ustaz kita buat dan beri yang terbaik dengan kerja keras dan usaha gigih kita. Soal keputusan atau result tu bagi ust mudah saja... itu urusan Allah! Jika usaha terbaik kita dah berikan pada anak didik kita TAWAKAL saja lah lepas tu. Sapa kita di sisi Allah? Hebat sangatkah ke kita rasa dengan apa yang kita ada? Apa yang usataz YAKIN ...Allah tidak persiakan segala usaha baik dan kerja kita. Kalau ya pun tak dapat .... tentu ada pengajaran Allah nak beri. Sabar je lah ...

Ops .. sambung citer tadi. Bila gaji biasanya ust bawa keluar family makan diluar. Ya lah ... adalah sedikit refreshing dalam aktiviti family kan. Anak2 boleh rasa seronokk, isteri boleh rehatkan minda dan legakan hati , kita pun tumpang happy kan. Di Sabak atau Sg Besar ni tak banyklah pilihan restoran besar dan hebat2 macam di KL tu. Tapi sekadar merasa sikit kelainan tu ada.... contohnya NZR ni ... kita OK lah . Kami ke situ sebab anak2 suka western food cam beef steak, ayam chop!! Kat umah pun boleh buat menda2 tu tapi cam ustaz kata tadi ... biarlah ada penyegaran dalam aktivti hidup kita ni. Betul tak?



hmmm .. tengoklah tu beseleranya dia orang tu.

ewwah... senyum meleret kena belanja abah yer!!

Yang ni pulak menu ustaz terkini kat umah. Sibuk sangat sampe tak menyempat nak pelbagaikan masakan. Udahnya lepas ustaz goreng ikan siakap tu ... letak je sambal kicap special mama tuuuu .. abih gak udahnya. Nak tambah selera, ustaz buatkan sup cendawan . Hmmm ... senyum mama ustz buatkan untuk dia sup!!! " sayangggg .. abang " katanya lagi. Ha ... tu lah ustaz dah pesan pada kamu semua di surau selalu atau dalam kelas kan. Banyak tolong orang mesti orang sayang kite. betulkan???? Nabi pun dah pesan " sesiapa sentiasa membantu saudaranya , Allah akan sentiasa membantu dan mempermudahkan segala urusannya" heyyy.. kamu tak mahu ke jaminan nabi tu. pasal tu lah ustaz suka tolong orang!!


ikan ngan sup ni senang je nak sediakanya.

campak je semua benda dalam kuali ..panaskan lepas tu angkat lah untuk hidangan


Tapi yang kat bawah ni sup special ..... bukan ust yang buat. Warna pun dah lain. kalau malas mcam ust punya tu ... cerah semacam je. yang rajin dan istimewa macam bawah ni ... nampak gelapnya. Yang ni kami makan di Ani Sup Utara di Shah ALam lepas shoping baju raya anak baru2 ni . TTak nak kelam kabut last minit... kami beli awal2 .




Bab shoping .... memang ustaz suka temankan mama ni. kemana pun mesti ust ikut punyalah . Cakap je kat na ... jom abang bawakan. Tapi masa kita free le. Bab jaga baby atau anak .. serahkan pada ustaz. Pandailah aku jaga atau membesorkannya!!! he.he. susah2 sangat kalu dah penat menemankan " ayang" tu .... ustaz letak aje kat longgokan baju2 di shoping center tu. biar dia nganis kejap. Ada lah huburan kite kan.


ha ni ... Ijah akak si sumayyah . Dia pulak yang landing kat adik punya kete.
Penat sangat ikut ummi dia shopping la tuuu .



Orang pompuan ni ... senang je. Kalu kita nampak dia orang tension semacam je .... kita bawak dia pegi shopping. Ya lah bukan senang urus umah , anak2, makan minum, nak jaga suami lagi . Tambahan pulak sama2 bekerjaya. Mana kerja umah, mana kerja pejabat, mena kerenah anak suami,mana pula kerenah kekawan dan bos di opis tu.... stresssss tau !!! Jadi ubat mujarab utk orang pompuan tu lah yang tadi . kekadang bukan nak beli apa puuuun . Tapi bila dengar " jom shopping " hmmm .. hilang lengoh urus umah atau hilang sakit pala tension tuu .. he.he. senang kan?
Tengok lah mama tuuu ... senyum manis aje kan! he.he.
jangan lupa beramal!!! ( macam pernah dengar aje )
Jumpa lagi ...

Tuesday, July 28, 2009

Kuiz Mu'jam Feel siri 1

Salam sejahtera buat semua pengunjung budiman dan salam perjuangan kepada semua calon PMR dan SPM 2009. Kita teruskan siri latihtubi mujam kalimah kali ini dengan memberi penekanan kepada kata kerja atau ( فعل ) . Untuk menjawab klik pada "ulasan" dan isilah jawapan di ruangan komen yang tertera seperti berikut ;
1. bersenam 2. berkelah 3. mendaki dan seterusnya .





SELAMAT MENCUBA ...

Monday, July 27, 2009

Aktiviti Terkini di SBPISB

Alhamdulillah sebaik sahaja selesai Kem Bahasa ARab PMR selesai ... Panitia Bahasa Inggeris turut menganjurkan progarm kem mereka iaitu English In Camp 2009 . Cuma bezanya mereka buat di sekolah. Hmm .. Sir kata " badget BI ciput!!! Mana Arab dapat banyak duit? he.he. tu rahsia kami lah SiR...

Tapi B.Arab kena belajar pengisian program yang bagus2 dan menarik dari BI tu... boleh kan SiR? ha.. nak tahu tak mana kami dapat duit banyak???? hmm.. kenalah share aktiviti ....

cuma ustaz perhati happy semua bebudak tu. Yang penting SEMUA CALON DAPAT A dalam PMR 2009 nanti . Syabas kepada para peserta yang menang dalam pelbagai aktiviti.





terima kasih pada teachers MAs, fatehah , Cikgu Hasfarina .dan guru baru kita cikgu Mahfuzah dan cikgu Azizah ( Bhasa German )






Haaa... ni lah wajah anggota yang bergelar JUARA!!!! sayabas atas komitmen semua



hmmm ... hok hansome tak patut ni tahu sapa? haa... dia Dr Fahrol Rozi dari Motivator dari Mutiara Konsultan . Best!!!! ust pun terhibur sama . Tengok je lah gaya peragawannya tuuuu .





Wednesday, July 22, 2009

Apa yang PENTING .. kerjasama, tolak ansur

Assalamualaikum pada semua pengunjung dan salam sejahtera. Sebingkis coretan buat semua..

Hidup berkeluarga sudah semestinya berbeza dengan alam" membujang" . Jika bujang semua buat sendiri dan memang hanya fikir diri sendiri tapi berkeluarga kena fikir pasal " orang lain". waktu bujang boleh buat suka hati .. tidak lagi setelah berkeluarga. Masa bujang tak kisah banyak benda .. mana mungkin setelah berkeluarga. Pendek kata perlu fikir panjang sebelum berkeluarga. Jasmani, emosi , rohani dan intelek kena seiring dan bersedia menghadapi alam rumahtangga.

Melangkah setapak kehadapan bilamana telah mempunyai cahaya mata. Anak sorang pastinya berbeza dengan anak seramai 5 orang. Di sinilah perlu dan pentingnya kerjasama sesama pasangan hidup kita.

Masa bujang ustaz tak berapa suka makan roti tapi kini setelah beranak 5 .... kini kena sedia pelbagai jenis roti untuk hidangan sekeluarga. Bekalan roti tak putus sepanjang masa. Ustaz suka choco, mama suka butterscotch manakala anak2 suka classic dan keju. macam tu jua cococrunch dan honeystar .... sentiasa tersediauntuk sarapan pagi. Tapi paling best bila kakak @ Maryam Husna sediakan air oren tuuuu ... memang best giler. hmmmm ... sayang abah dan ummi


Hmm .. mee goreng adalah hidang segera kami sekeluarga. Ini kepakaran ustaz. Cuma kena bertolak ansur sebelum menyediakannya. Ustaz suka mee basah, mama suka mee kering @mamak stail, anak2 tak suka sebarang sayuran, Abang Chik suka udang, abang ngah tak suka sotong , ijah suka bilis. Oleh kerana pelbagai cita rasa , akhirnya ikut lah apa ustaz masak . he.he.he. yang penting kena makan semua. Yang ni adalah hidangan terkini. hmmm .. dap!!




Menu ni memang best!!!! sapa rasa sekali mesti ingat mama. betulll tak tipu punya. Namanya Bakso. Asal dari indonesia tapi sekarang ilmu ni dah dikuasai orang ganu kiter pulok! hmm... sup ni best , jadi ia adalah hidangan istimewa utk anak2. Sekali sekala je masaknya. Tu pun kena tunggu betul2 mama free dan relaks. Jadi tak selalulah kami makan bakso ni. Paling syok .. sambal kicap mama. hmmmm... susah nak cari ganti .



Hok ni pung sama gok. Musim durian je boleh kami sekeluarga merasa. Ini ustaz punya favorate menu. Anak2 dok berahi mana. Jadi ini istimewa utk abah dia orang ler. Takde pulut, roti classic kan ada? hmmm.. selagi tak licin, memang ustaz pulun.




Yang ni pulak, ustaz tarik diri awal2. Tak tahan sakit pinggang!!!!! Maklumlah .... hanya yang berkepakaran tinggi sahaja layak melaksanakan tugas ni. Sapa lagi kalu bukan mama. Walau pun ada pengalaman lipat melipat baju sejak di bangku sekolah tapi ustaz tak buat sijil lanjutan utk melayakkan ustaz meneruskan tugas ni. he.he.he. Sebab tulah memasak adalah bidang tugas utama di rumah yang rela ustaz piukul berbanding melipat ni. hey... tak sangguuuup aku!!! Susah sangat kalu tak sempat, masukkan je dalam 5 bakul berasingan. he.he.he. bukan tak biasa buat kan ....


Haa ... ni satu lagi tanggungjawab sosial yang perlu dipikul. Basuh baju. Dulu masa semi auto lagi perit. sekarang ni mesin tu autometik senang lah sikit. Cuma kena tunggu jugak sampai siap membasuh. kalau idak jenuh pasi2 esok nak urus. mana nak jemur, mana nak urus anak mandi? pendek kata , apa yang PENTING ... KERJASAMA.



Alhamdulillah kami bahagia dengan kerjasama dan tolak ansur yang diamalkan. Moga ia berkekalan selamanya ... amin

ABAH SAYANG SEMUA....
ABANG SAYANG AYANG,
ABAH SAYANG KAKAK ( MARYAM HUSNA )
ABAH SAYANG ABANG NGAH ( MUHAMMAD RUSHDAN )
ABAH SAYANG ABANG CHIK ( IBRAHIM ADHAM )
ABAH SAYANG IJAH (KHADIJAH SALSABILA )
SABAH SAYANG SUMMAYAH ( SUMAYYAH KAUTHAR )

Buat semua ...
Tiada jatuhnya maruah seorang lelaki, hanya kerana dia duduk di dapur masak atau berdiri di berandar sambil menjemur baju dan pakaian anak isterinya ..... kerana nabi bersabda ;
" Orang yang paling baik antara kamu adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya"
Bersama kita mencari redha Illahi dengan mengikuti jejak langkah junjungan agung nabi muhammad SAW.

Monday, July 20, 2009

Nostalgia di Lahad Datu

Assalamualaikum salam pada SEMUA PENGUNJUNG BLOG yang budiman

Dalam perjalanan hidup ustaz, pernah seketika ustaz singgah dan berbakti di sebuah bandar sederhana besar di Sabah iaitu Lahad Datu. Bandarnya tak besar mana, tapi bank punyalah banyak tak terkira. Tidak lain tidak bukan itulah SM Sains Lahad Datu .... bumi bertuah dan akan sentiasa dikenang selagi nyawa dikandung badan.

Di situlah bermulanya kerjaya ustaz sebagai guru Agama dan Bahasa Arab . Juga sebagai Kaunselor Pelajar ... walaupun tiada kelayakkan yang sesuai dan sepatutnya tika itu. Namun demi tugas dan amanah ... ustaz tak pernah menolak apa jua tugas yang diberi. Tak tahu ? Itu lah peluang kita meneroka perkara2 baru. Boleh lah kita belajar sesuatu dalam hidup. Tugas kedua sebagai pembantu juru latih bola keranjang sekolah. Satu benda lain yang tak pernah terlinta dalam kepala. Sekali lagi pemikiran positif banyak membantu ustaz menjalankan tugas itu. Dari hanya sebagai "peneman setia tepi gelanggang" satu ketika dulu , melihat gelagat HAMRIN, JAMAL, RIZAL dan lain2 lagi ... akhirnya dalam diam mampu juga membawa team sekolah iaitu SBPI Sabak Bernam ke peringkat Kebangsaan pada tahun 2006 dengan bantuan dan bakat besar anak didik sendiri .... Irfan.

Hmm .. setelah sekian lama ..tak terucap dan tiada kata dapat ustaz nyatakan disini bila menatap bekas pelajar dan anak didik dari SM Lahad Datu, Sabah yang satu ketika dulu ..... halussss, cute, comel loteh, bulat debbok .... kini besar panjang dan telah menjalani hidup sendiri. Hanya iringan doa buat semua agar dapat menjalani hidup dengan baik dan sentiasa mendapat peliharaan serta keampunan Allah.



Zainuddin Minggo & FiR ..

opss .. sorry salah eja. Nurmiyati






Kamal Sakarai

Johan shah

Erviana vista

Al Minraz dan Fiza






KENANGAN BERSAMA KALIAN TETAP KEKAL

DALAM INGATAN...

SALAM INGATAN DAN SAYANG SELALU

DARI USTAZ DAN FAMILY





SMSLD 96-2001


Sunday, July 19, 2009

Membina Hubungan Melalui Kepercayaan



Assalamualaikum wmbt

Alhamdulillah dapat kita kembali bersua dalam medium maya ini . Teringat ustaz kata-kata seorang sahabat ketika bertugas di Negeri Di bawah Bayu satu ketika dahulu. Sebagai salah seorang usahawan yang ustaz anggap berjaya ... pernah satu ketika ustaz bertanyakan rahsia kejayaannya dalam perniagaan yang begitu memberangsangkan. Walau hal ketika ustaz mula bertugas, beliau baru sahaja memulakan perniagaan cold storage nya di ruang pasar yang sempit di Lahat Datu tu.

"Haji apa rahsia yang diamalkan dalam perniagaan ini" Duit ke? Dengan sinis dan tersenyum beliau berkata .. " ustaz , dulu sebelum saya berniaga memang saya fikir hanya dengan ada duit seseorang boleh berjaya dalam apa jua perniagaan . Tapi bila saya telah bekecimpung dalam dunia perniagaan ini baru saya sedar bahawa duit bukan penentu segalanya . Ada yang lebih penting dari duit!!! hmmm... terpenga2 ustaz dibuatnya. "Apa tu bang Haji ? " jawab beliau "KEPERCAYAAN orang pada kita . Bila orang dah percaya pada kita, apa bisness pun kita boleh buat"

Sambung beliau lagi , " pernah satu ketika duit di tangan saya ada RM20 ribu untuk beli barangan nescafe dari pembekal utama dengan harapan dapatlah beli secara hutang selepas tu... rupanya sangkaan saya meleset" Dia orang tak beri hutang pun sebab tak PERCAYA dengan keupayaan saya" ujar beliau lagi. " Jadi ustaz ... jagalah KEPERCAYAAN orang jika ia telah diberikan kepada kita. Sekali orang HILANG KEPERCAYAAN .... kita akan HILANG MARUAH dan HARGA DIRI "

Hmm .. akhirnya baru ustaz faham apa yang dia maksudkan . Apa perasaan anda jika KEPERCAYAAN yang disandarkan dibalas dengan " pengkhianatan" ? Pernahkan dengar pepatah melayu ; beri bunga dibalas tuba? lebih teruk lagi beri bunga lepar tahi! Harapkan pagar, pagar makan padi ! Ustaz penuh YAKIN kekecewaan sukar dibendung bila kita sendiri melalui pengalaman ini .....

Sebagai manusia biasa ustaz fikir kita semua pernah melalui pengalaman ini. Samada sesama rakan di sekolah atau di Universiti , sesama ahli keluarga, dalam hubungan guru dan murid di sekolah , asrama atau kolej, sebagai majikan dan pekerja bawahan , atau dalam kehidupan berkeluarga sesama pasangan suami isteri dan sebagainya. KEPERCAYAAN adalah asas dan tunjung dalam membina hubungan sesama manusia. Justeru itu kita lihat dalam sejarah Islam bagaimana Nabi Muhammad diangkat dan disanjung tinggi di kalangan masyarakatnya kerana baginda memiliki KEBOLEHPERCAYAAN yang tinggi.

Apa tindakan dan reaksi kita bila berdepan dengan situasi begini ? Kecewa pasti kecewa .... cuma apa yang ingin ustaz kongsikan di sini ; bersabar , berfikiran positif dan bertenang lah terlebih dahulu. Ikut rasa binasa, ikut hati mati ... Luahkan rasa kecewa dan marah kita dengan berkhemah atau ikut batas yang sesuai. Tak salah rasanya kita menyatakan kemarahan tapi berhemah. Bawa berbincang dengan rakan lain atau pasangan kita sebelum bertindak. Namun sebagai manusia biasa ; BUKAN NABI yang bersifat MAKSUM... kita tidak terlepas dari nafsu ammarah yang sentiasa mengheret kita ke lembah kebinasaan. Mengawal nafsu ketika marah tidak juga semudah sepertimana diperkatakan orang. Ia memerlukan proses latihan yang panjang dan sifat kesabaran yang tinggi. Sekali lagi sifat sabar kita sebagai manusia biasa terbatas dan ada tahap kemuncaknya. Jika kesabaran hilang ... apa pun boleh berlaku. Cuma apa yang ustaz harapkan ... walau apa pun tindakan dan reaksi yang mungkin terbit dari rasa kemarahan itu harus dikawal dan tidak melampaui batas norma kemanusiaan.

INGATLAH hakikat bahawa ... semua kejadian itu ada Maha Perancangnya. Sehebat mana kita merancang, perancangNya mengatasi segalanya. Melihat sesuatu kejadian dan peristiwa secara positif dari sudut kaca mata agama adalah langkah bijak kearah penyelesaian yang lebih harmoni. Jadikan semua peristiwa itu sebagai proses MUHASABAH DIRI dengan melihat apa kelemahan diri kita sebelum kita mencari kesalahan orang lain. Kelemahan Diri yang telah dikenalpasti cuba pula kita perhalusi dan perbaiki. Ini lebih baik dari mencari kesilapan orang demi menutup kelemahan dan kesalahan diri sendiri.

Sebagai guru di SBP ini ustaz teringat kata pengetua. " Pelajar kita di SBP ini boleh DIHARAP tapi JANGAN PERCAYA " . Pada mulanya ustaz hairan juga kenapa bos cakap gitu? Lama kelamaan baru ustaz sedar akan hakikat bahawa orang yang pandai dan bijak tu memang boleh kita harapkan tenaga dan buah fikiran mereka dalam segala perkara tetapi untuk memberi sepenuh KEPERCAYAAN pada mereka akan mengundang kesan negatif kerana mereka juga BIJAK MENGAMBIL PELUANG DAN KESEMPATAN untuk manfaat diri mereka sendiri.

RENUNGAN

Pernahkah kita terfikir bahawa kepercayaan itu adalah antara rahsia utama kejayaan kita dalam hidup? Atau kita bersikap MENGAMBIL PELUANG atas kepercayaan orang kepada diri kita? Berhati-hatilah dengan KEPERCAYAAN orang terhadap diri kita. Ia bisa meninggikan maruah kita dan ia juga bisa meruntuhkannya.

RASA PERCAYA terlalu amat penting dalam hubungan sesama manusia tapi berpada-padalah jika ingin mencurahkan sepenuh kepercayaan kita kepada orang lain kerana ia boleh memelihara kita dari kebinasaan dan kekecewaan yang melampau walaupun pada pasangan dan ahli keluarga sendiri. Belajar MENGHARGAI kepercyaan orang terhadap kita dengan melakukan perkara yang sepatutnya dan meninggalkan perkara yang sebaliknya.

bersua kembali ... dalam siri tazkirah akan datang

Saturday, July 11, 2009

Kuiz Mu'jam Kalimah siri 4

Assalamualaikum salam sejahtera buat semua pengunjung,

Kita teruskan siri gerak gempur dan latih tubi bahasa arab on line ini dengan kalimah yang seterusnya. Seperti sebelumnya, para pengunjung hanya perlu menulis jawapan seperti berikut ;
31. askar 32. lembu 33. awan dan seterusnya . Selamat mencuba ....




TERUS CEMERLANG DALAM PMR DAN SPM

bersama kami di ; arab2u.blogspot.com


Monday, July 6, 2009

Kursus Profesionalisme Guru Bahasa Arab Selangor


دورة المتمارسين في اللغة العربية للمدارس الثانوية
لولاية سلانجور
الموعد : 5 – 7 يوليو 2009

( الأحد – الثلاثاء )

Kursus Profesionalisme Guru Bahasa Arab Negeri Selangor
Tarikh : 5-7 Julai 2009
Tempat : Pangkor Bay View Resort
Anjuran : JPNS

التسجيل
التعليمات الأستاذ أحمد زمري


المحاضرة التشجيعية الأستاذ سعودي عبدالله


الورشة الأولى طرق التدريس الفعّالة الأستاذ سعودي




الورشة الثانية عدة النشاطات الأكادميكية الأستاذ غزالي هارون


الورشة الثالثة اللغة المؤثرة في الإتصال .... جولة علمية حول جزيرة فغكور
الأستاذة نورمة و الأستاذ أمير براو



الإستعداد قبل التجوّل والتنزّه حول جزيرة فغكور



بحث الكلمات العربية في المكان والموقع المعين

مثل شاطئ البحر و المكان التأريخي والسوق والعيادة وغيره






عرض نتائج الورشة




التذكرة الصباحية

الأستاذ جمال الدين من كاجغ


الأستاذ جمادى من تنجوغ كارغ


الأستاذة عائشة من جرم ، كوالا سلانجور

حفلة الإختتامية



Gambar Kenangan Peserta Kursus Mengikut Kumpulan



6- Suharni , Siti Nor, Ku Zainab, Nur Hanani , Aisah , Nurul Huda,

Nossafiyati, Hasnita





4 - Noraini , Shariyah , Noor Aini , Sharifah , Maizatul Akmam ,

Siti Aziah, Norlizah , Sarimah





7 - Norazlinda , Shamsiah , Dayang Anni , Rasyidah , Raizan ,

Zainnor Raini , Normala , Zamzarina





3 - Maznah , Rabaah , Ruzana , Radhiah , Rahimah , Sazlina ,

Zunaidah , Wan Noriah





2 - Siti Hamizah , Normaini , Nik Azmazuraida , Zainab , Norwati , Zakiah ,

Sharifah Rabi'ah, Siti Rohani




5 - Zainun , Suhaila , Rodziah , Nor Aitika, Seri Kenanga,

Fazilah , Siti Sinarmaya





1 - Mohd Jumadi , Jamaluddin, Amran, Rizuan , Mohd Asri ,

Mohamad Amir, Mohamad Ishak, Mohd Sahfrizal , Rusnizam



JURULATIH UTAMA KURSUS


Barisan Jurulatih Utama Bahasa Arab , JPN Selangor


Ustazah Noraizan , Ustaz Amir,

Ustaz Ahmad Zamri Shamsuddin

(Penolong Pengarah Bahasa Arab , JPNS )


Ustaz Ghazali Haron dan Ustazah Normah



شكرا على حسن انتباهكم وتعاونكم في التنفيذ هذه الدورة
وأخيرا .... عليكم بالتوفيق والهداية

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails