Ramadhan telah berlalu, pelbagai pengalaman pastinya telah kita lalui yang akan memberi seribu satu makna dan pengertian. Apakah mungkin kita dapat bertemu kembali dengan ramadhan akan datang atau ini adalah ramadhan terakhir buat kita?
Sememangnya umur dan usia hanya dipinjamkan sekali sahaja pada kita. 1 kali sahaja tiada 2 apatah lagi 3. Begitu juga dengan hidup ini hanya 1 kali juga peluang diberikan kepada kita. Usia muda datang 1 kali juga. bila mana usia remaja dan muda kita luput pasti ia tidak akan datang kembali buat kali ke-2 nya .
Di usia muda, belia dan remaja lah kita mampu bekerja keras dengan sepenuh hati kerana kita memiliki upaya dan kudrat yang secukupnya. Di usia muda juga kita memilki semangat dan daya juang yang tinggi. Jika ingin berbakti pada keluarga dan masyarakat lakukanlah di usia belia remaja sebelum hadirnya usia tua. tapi INGAT ... di usia ini juga nafus sentiasa menghambat dan mengheret ke lembah kebinasaan.
Usia tua biasanya akan diselubungi dengan kekesalan yang berpanjangan kerana mengenangkan usia muda yang sia-sia. Di usia tua juga lazimnya manusia merintih kerana tidak lagi dipedulikan tidak lagi diberikan perhatian dan kasih sayang. Justeru itu benarlah sabda Nabi SAW yang berpesan agar kita curahkan kasih sayang kita kelak kita akan disayangi oleh orang lain. bila? sudah semestinya di usia tua kita ...
Demikian juga halnya nikmat kesihatan, kelapangan, kesenangan malah hidup kurniaan Ilahi ini sendiri. Pagi ini ustaz didatangi oleh ibubapa allahyarham Faqiyyudin Rodhi tg 4 Rahmah yang telah pergi dalam bulan syawal baru-baru ini akibat kemalangan jalan raya. Masih terbayang usaha dia membantu kami dalam Kem Barab PMR yang lalu. Hari dia PERGI TAKKAN KEMBALI buat selamanya . ALFATIHAH buat allahyarham Faqiyyudin Rodhi dan juga allahyarham Farhan Rafine bekas pelajar SPM 2005 yang juga telah kembali buat selamanya ..
Bersamalah kita gunakan peluang yang 1 ini utk melakukan seberapa banyak kebaktian terhadap Allah dan hamba yang memerlukannya.
Kepada semua calon PMR dan SPM hilangnya 1 akan membezakan anda dengan 100 rakan yang lain. Kurang sahaja 1 akan meletakkan anda di barisan B berbanding rakan anda di sof A . 79 B , 80 A hanya dibezakan dengan 1 markah sahaja kan!! Waktu itu kekesalan yang berpanjangan pun tidak mampu mengembalikan kita balik semula ke belakang. Teringat ustaz satu ayat di hujung surah al munafiqun " Ya Allah jika kau tangguhkan saat kematian ku ini di satu detik kebelakang nescaya akan aku sedeqah segala harta benda ku dan akan ku lakukan amal soleh (seberapa banyak yg mungkin) "
Selamat berjuang buat semua calon PMR dan SPM tak lupa calon UPSR yang mula menduduki peperiksaan esok insyaAllah ..
No comments:
Post a Comment