Monday, December 28, 2009

Mesyuarat .. banyaknya kerja?

Assalamualaikum buat semua,

Menjelang tahun baharu 2010 ... semua orang memperkatakan sesuatu yang baharu. Azam baharu , harapan tahun baharu . Pada ustaz , semua tu tak lari dari konsep hijrah atau perubahan yang sememangnya fitrah alam. Mahu tak mahu , rela atau tidak kita tetap akan diubah dan sememangnya setiap saat kita kena berubah. Dari sehari ke sehari, dari semasa ke semasa.

Hari ini kita di alam kanak2, esok kita melangkah ke alam remaja, atau ke alam lebih dewasa dan tua seperti ustaz ni. Hari ini kita di zon selesa dengan kepimpinan yang kita senangi , esok lusa kita tak pasti apa perubahan akan berlaku. Hari ini kita aman, esok lusa ntah bagaimana ... yang penting kita berfikiran positif , melihat sesuatu dengan mata hati kerana Allah maha bijaksana lagi maha mengetahui apa2 yang kita tidak tahu.

Sebagai warga pendidik, rutin kami bila menjelangnya sesi baharu ... kita bermsyuarat untuk merangka, menyusun, merancang pelan tindakan tahun hadapan. Contohnya hari ini kami meghadiri mesyuarat pengurusan sebelah pagi, petang mesyuarat kurikulum, esok pagi pengurusan Hal Ehwal Murid, belum lagi mesyuarat Bidang, Panitia dan macam lagi. Lancar atau tidak program 2010 ... bergantung bagaimana kita merancang perjalanan tersebut dan seterusnya melaksanakan. Gagal kami merancang bermakna kami meracang untuk menemui kegagalan di tahun 2010 kelak.

"Jadi cikgu mudah, senang je, pergi sekolah pagi, tgahri dah balik." Itulah ungkapan biasa bila sebut pasal cikgu . Kekadang rasa geram dalam hati tapi apakan daya ... dah itu pandangan orang. bersabar aje lah. Itu belum lagi sindiran atau penghinaan dari golongan tertentu yang rasa hebat dalam diri. " cuma jadi cikgu aje? " Walhal sapa dia tanpa cikgu ? Boleh dia hebat tanpa golongan bernama guru ini?

Nak cerita bebanan kerja ..... hanya Allah lebih mengtahui. Bayang setiap guru kena urus semua perkara berkaitan tentang diri seorang murid. Kecemerlangan akademiknya, peranganinya, kehebatan kokurikulum nya. Dia lah guru kelas, dialah jurulatih permainan di padang, dialah guru keceriaan sekolah, dialah nak ajar ngaji di surau, dia lah kena bawak murid sakit waktu malam .... bayangkan tanggungjawabnya. mungkin yang tak pernah rasa atau bukan guru tak percaya tapi yang dah melaluinya ... itulah hakikat seorang cikgu. Satu masa ustaz terima SMS dari seorang rakan : " mana boleh cam tu banyaknya tugas saya, bukan sikit tanggungjawabnya, koko kena, HEM lagi, Kurikulum lagi ... saya memang tention lah macam tu " ; Setengah yang lain pulak " benyaknya kerja, lepas mesyuarat ni !! "

Cuma pesanan ustaz pada rakan guru ... lapangkan dada, positifkan minda, mulakan dengan niat yang ikhlas, lakukan kerja kita itu dengan pemahaman yang baik dan betul akan setiap tugas kita agar bila sahaja kita bertemu Allah segala kerja kita diangkat menjadi amalan soleh disisi Allah. Jadikan kerja menjadi IBADAH. Hanya Allah dapat membalas segala usaha dan pengorbanan mu wahai guru.

Teruskan perjuangan ...

Wednesday, December 23, 2009

Bingkisan buat calon SPM 2009

DOA DI PANJATKAN MOGA KALIAN AKAN SENTIASA BEROLEH BIMBINGAN ILAHI DI LUAR SANA. INGAT PESAN JIBRAIL PADA NABI ;

" HIDUPLAH BAGAIMANA CARA KAMU MAHU TAPI INGAT ... KAMU AKAN MATI

SAYANGILAH SIAPA KAMU MAHU TAPI INGAT ... KAMU AKAN BERPISAH JUA AKHIRNYA

BUATLAH APA KAMU SUKA TAPI INGAT ... SETIAP PERBUATAN KAMU PASTI AKAN DIBALAS ALLAH "












kalian semua tetap dalam ingatan ..... Selamat Maju Jaya


CATATAN ;

Pada calon Sains Teknikal maaf bebanyak ... terlepas nak ambil foto kalian. kalau ada dalam simpanan email pada ustaz kemudian ya ..


Tuesday, December 22, 2009

FATIEN @ Mohammed Fadzil bin Bahari?

PERKARA YANG DILAKNAT ALLAH ..... NAMUN PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA

Fatine (kiri) bersama suaminya, Ian Young semasa perkahwinan mereka. -Foto FACEBOOK-

LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil bin Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.

Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.

Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.

"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.

Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.

"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.

Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.

"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.

Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.

Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".

Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".

Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur reda.

Fatine "berkahwin" dengan Ian Young, 30, pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah dalam satu upacara sivil Mei lalu, menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa 'Leave to Remain' ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri ekoran foto "salah".

Permohonan kedua yang disertakan foto berukuran pasport berlatar belakang putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula, namun permohonan itu juga telah ditolak Oktober lalu.

Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Right to Family Life (hak untuk kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain.

Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, Jabatan Imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.

Ini kerana katanya, pihaknya memandang serius kes rakyat Malaysia tinggal melebih tempoh di luar negara.

Young bagaimanapun menegaskan permohonan Fatine masih sedang diproses oleh Agensi Sempadan UK. Justeru, katanya, Fatine tidak sepatutnya dikategorikan dalam golongan yang tinggal terlebih tempoh di UK.

"Setahu saya, pihak berkuasa tidak dibenarkan menahannya buat masa ini," katanya.

Ekoran laporan tersebut yang tidak memaparkan perkara sebenar, Young mendakwa, orang ramai beranggapan cerita mereka merupakan satu penghinaan kepada Islam sedangkan mereka tidak berniat berbuat sedemikian.


Fatine (duduk) kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk bersama dengan lelaki yang dikasihinya.

"Kami cuma mahu berkahwin, hidup bahagia bersama. Satu-satunya cara kami dapat berbuat demikian adalah di UK," kata Young.

Tambahnya, laporan tersebut juga seolah-olah menggambarkan mereka menghina undang-undang Islam.

"Ekoran gambaran sedemikian, saya berasa kami akan berada dalam keadaan bahaya jika kami cuba tinggal di Malaysia," ujarnya.


SUMBER ;

http://sahabatraudhah.blogspot.com/


KUPASAN ;

1. Fatine (duduk) kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk bersama dengan lelaki yang dikasihinya.

***** Umat Islam pasti lebih KESAL kerana Fatien tidak MEMAHAMI Siapa diri sebenar? Dari mana asal kejadiannya? Apa tujuan penciptaannya? kemana akhirnya dia akan pergi?


2. "Saya bimbang akan keselamatan saya,"

**** Dia Tidak BIMBANG matinya kelak akan mendapat LAKNAT ALLAH? tidak TAKUT akan siksaan Allah?


3.
(hak untuk kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain.

**** bagaimana hak Agama Allah dalam soal kehidupan berkeluarga ?


KESIMPULAN ;
Kefahaman hakikat Islam sahaja dapat menjadi benteng dari terjebak dalam pengamalan perkara2 yang dilaknat Allah seperti ini. Apakah anak cucu kita akan terlepas dari ancaman fahaman seumpama ini? Sesiapa sahaja bisa terjebak jika kita semua tidak berusaha memelihara syariat Islam. Hari ini Mohammad Fadzil , esok lusa mungkin abu .. amran ... atau sesiapa sahaja .. Moga Allah terus memelihara kita dari kesesatan . Belum terlambat untuk bertaubat kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penerima Taubat .







Thursday, December 17, 2009

hijrah rumah baharu

Hari ini semua menyambut tahun hijrah yang baharu 1431 H . Hijrah tu pindah dari satu
tempat ke tempat yang lain. Berubah dari satu keadaan kepada suatu keadaan yang lain.
Hijrah perlukan pengorbanan, kesabaran, komitmen dari dalam diri agar matlamat hijrah itu sendiri dapat digapai.

Tidak mudah dalam melakukan perubahan. Setiap perubahan pasti menghadapi krisis dan konflik. Justeru itu pemahaman kita terhadap setiap perubahan yang berlaku atau kita lalui perlu jelas agar kita tidak hilang arah tuju atau teraba2 seperti berjalan seorang diri dalam kegelapan malam yang tidak berbintang.

perancangan dan langkah untuk bertindak perlu kita sediakan agar semua perubahan tidak menambahkan masalah.

Terima kasihlah pada semua anak didik SPM 2009 kerana membantu ustaz berpindah ke rumah baharu .

Banyak2 barang yang kami gerakkan ... nilah paling bernostalgia dan bermakna pada ustaz. Hehe.he Bukan apa .... sendiri angkat confirm tak terbuat. Perabot antik ustaz ni hanya layak diangkat oleh orang2 perkasa macam dia orang ni. Beratnya ya ampunnnn ...


Bila berpindah macam biasalah ginilah rupanya. Apa lagi ... bawah tanga jadi mangsa lah untuk koleksai barang yang kurang berfungsi . Longgok je semua bawah tangga. Alhamdulillah anak2 bujang ustaz tolong2 gak sapu dan mengemas semua barang.



Hmm ... ni ruang menonton tingkat atas yang dicat secara rewang atau gotong royong. Selain jadi ruangan menonton keluarga di disi juga ditempatkan bahan bacaan untuk seisi keluarga . " Cat betul2 ... jangan menitik2 ya " .. OK abah !!! kami janji .





Yang ni pulak ruang makan di bawah. Bukan apa... biar selera nak makan !!! tu cat ceria2 sikit.
Bukan main lagi posing tuuu ...



Ni lah antara tetamu awal ke rumah baharu ustaz. Ruang tamu bawah kami cat warna cream sebenarnya. Bila dah cat ... jadi kuning pulak. Camna ya???? Ha .. bila dah mula berumur memang mata tak berapa terang .... krim jadi kuning, hijau jadi biru .. biasalah. Terima kasih atas kunjungan muhibbah kalian semua. Ada masa lepas SPM ni ... jemputlah singgah ke rumah.



Ha... nilah rumah baru kami. Berjiran dengan ustaz Ahmadi mantan PK HEM. Sekarang dalam perancang naik tarap bahagian belakang utk ust jadikan kebun tanaman ... kecil2 la. Sambil tunggu anak2 balik sekolah, main di padang bolehlah tanam apa yang patutkan



Apa pun ... dengan penghijrahan ini, maka bermulalah era dan tagnggungjawab baru yang amat berat untuk dipikul. Kerjasama semua anak didik amat diharapkan moga kita sentiasa mendapat rahmat Ilahi. Sekali lagi ... terima kasih pada semua kerana banyak membantu. Selamat berhijrah ke arah kebaikan bersama .

nostalgia sahabat lama

Cuti perskolahan kali ini dipenuhi dengan macam2 kerja. Dalam banyak kegiatan tu ustaz berpeluang bertemu semula dengan rakan2 lama samada ketika sama2 belajar atau pun waktu bekerja.

Keciknya dunia ni kan. Pantas juga masa berlalu. Rakan ustaz yang bersongkok ni Ust kamarudin dulu sama2 belajar di KUSZA. ORang kemaman tganu tapi dah menetap di johor. Yang sihat tu pulak ust jamil memang orang johor. kami sama2 bertugas di Lahad Datu dulu. Sekarang di JPN Johor. Seronok juga sesekali bila berjumpa ..



Yang dibawah ni bekas anak2 murid usatz di SMS Lahad Datu. Baju biru tu rakan lama baru jadi PK HEM baru di SMS Lahad Datu. Anak2 muurid ustaz ni masing2 pun dah masuk 30 tahun. Ada polis, manager . Maknanya ..... dah masuk zon tualah ustaz ni. he.he.. Ada yang dah beranak 6 pun dia orang ni. Tahniah lah .... Tapi yang masih solo tu ( si husin, fazli ) ... jangan lama ba ... ingat ust pesan apa !!!


Terbaharu minggu ni ust jumpa sahabat lama dari Lahad Datu juga. Seorang usahawan berjaya ustaz kira. Mula2 kenal dulu ... hanya di kedai kecil macam stor asrama.... 13 tahun berlalu kini bukan sahaja mengekalkan perniagaan awalnya sebagai pengedar barangan sejuk beku di sekitar Lahad Datu tapi dah mula memgembangkan perniagaannya ke bidang penternakan lembu dan proses menyembelihan sendiri. Tu dia Haji Yusop Nanong pemilik Riduan Trading di Lahad Datu.


Kanan sebelah ustaz tu lah anak sulongnya bernama Riduan .... si comel tu hafiz. Moga satu hari kelak mereka mewarisi peribadi bapanya yang baik hati, rendah diri, jujur dan gigih dalam segala usahanya.

Selain datang untuk meningkatkan kemahiran dalam pemprosesan dan pembukusan daging, Haji juga merancang untuk mengembangkan sumbangannya dalam masyarakat dengan membuka pusat pengajian pondik atau tahfiz sendiri. Mog Allah memudahkan segala usaha murninya .

Bagi ustaz , Semangat hijrah kearah berbuat kebaikan perlu sentiasa kita pupuk dalam diri agar kita dapat sentiasa berkongsi kebaikan dengan orang lain. Selamat maju jaya buat semua ..

Monday, December 14, 2009

Contoh Karangan tema PERANAN

Assalamualaikum buat semua pengunjung, terutama anak2 SPM yang bakal menduduki SPM Esok pagi . Maaf atas ketidaksempatan ustaz untuk update contoh bahan karangan ini lebih awal. Harap usaha ini dapat membantu semua.

Perhatikan petikan di bawah. Ia contoh mudah untuk menjawab pelbagai soalan karangan berkaitan tema PERANAN ( MASJID , QURAN, ILMU ) DALAM MEMBINA ( MASYARAKAT, NEGARA ) CONTOH seperti Peranan masjid, Al Quran, Ilmu, Solat dan sebagainya. Calon hanya perlu menukar ruang kosong dengan tajuk yang keluar kelak.



perkataan ( min ahadin ) untuk tajuk2 yang merujuk kpd muzakkar spt masjid, ilmu manakala ( min ihda ) untuk tajuk dari kalimah muaannas spt zakat, solat dan sebagainya.



Pada perenggan 3 terakhir bolehlah ditulis mana2 ayat al Quran yang sesuai yang merujuk kepada penyucian hati dan jiwa spt ( beruntunglah sesiapa yang menyucikannya yakni hatinya dan rugilah sesiapa yang mengotorinya ). Perkataan ( min samma ) selepas ayat quran ini bermaksud ... justeru itu .

Buat semua calon BAT , ustaz doakan kejayaan kalian dalam peperiksaan esok . Bertenang dan bertawakkal atas segala usaha yang dicurahkan.

Selamat menjawab ..


Thursday, December 10, 2009

Terengganu ku oh Terengganu

Alhamdulillah sempat juga ustaz balik bercuti ke Tganu awal cuti perselolahan ni . Cumanya tak lama , hanya 4 hari je. Maklumlah banyak benda terpaksa kena urus. Meeting yang menanti, dan urusan pindah rumah lagi. Jadi tak lama lah.

Lamanya dimana nak tahu????? atas jalanraya lah 15 jam dari sabak bernam ke Manir , Kuala Terenganu. Alhamdulillah kami lalu jalan pantai buka jalan Jerangau Jabor. Tuhan je tahu ... sesaknya jalan dengan kenderaan. LEpas tol gombak lagi dah menampakkan tandanya.



Walaupun singkat ... ok lah. Yang penting dapat jumpa dan bermanja dengan keluarga di sana. MAsa orang tua masih adalah kita susah2 sikit pun. Dah tak de nanti ... sapa lagi kita nak ziarah selain adik beradik. Bila anak2 Jumpa sepupu sepapanya .. apa lagi projek macam2 lah dia orang buat. Pengalaman kopek kelapa menggelikan hati gak. ya lah dah tak biasa nak buat camna? Terkial2 dibuatnya .






Cuma yang lebih happy sapa lagi ???? Isteri tersayang le. Kebetulan depan rumah abang ipar tu ada gedung Desa Murni yang membuat twaran giler2 ... macam tak caya . Sebut je jenis tudung, jenis kain, balik sutera ... semua ada !!!




Masa ni ... ustaz jaga baby sumayyah le. Tu pun ok gak . Asalkan mama happy, ustaz lagi happy. Bila tengok gelagat orang2 pompuan yang macam kena "rasuk" ( he.he. ) ketawa dalam hati aje lah . Apa idaknya , masa memilih tu tak hirau kiri kanan, depan belakang dah , janji dapat idaman hati . Nak kata camna??? dah itu hobi dia orang kan ... kenalah belajar memahami !!

ok jumpa lagi .........

Thursday, December 3, 2009

Berlibur bersama anak

Alhamdulillah di awal cuti baru ni sempat jugalah bawa anak2 ke zoo Taiping. Kebetulan pulak PASTI di Teluk Rhu tu buat program tu ... jadi join sekalilah ikut dia orang. Memang dah lama tak pegi. Seronok tengok gelagat anak2 le ...

Ha.. nilah trio "perkasa" di PASTI tu. Otai kampung dusun ? Kg Pinang Sebatang? semua ada wakil. Sebelah Ibrahim tu adalah Hafiz anak cikgu Tajul Ahmar. Hmmm ... baik sangat le berdua ni. Masing2 mengigau sebut nama kawan. " bila nak pegi umah hafiz abah? umah Ibrahim abah?" .. jenoh nak menjawabnya



Ok memang ok untuk anak2 berseronok .


Yang bestnya ... masa nak sampaikan hadiah main2 dulu. Budak2 tahu ajelah. Nak makan kena nyanyi2 , nasyid2 dulu hu.hu enjoy betul dia orng semua. Ya lah tahun akhirkan ... 2010 dah berpisah semua. ntah bila lagi nak bersama semula ...... terkenang masa ustaz tadika dulu2222 tu. Aktiviti utama kami masa rehat , nak tahu apa? makin kahwin2!!!! hari ni si fulan jadi pasangan ustaz, esok kawan lain pulak bersanding . Ya lah asyik tu je yang kita nampak kat kampung masa tu. he.he.



Ok la .. taiping lain kali jumpa lagi. Ada kesempatan ruang kosong, sempat jugak ustaz menjengok2 pusat Tahfiz Sains di Jugra. Walau pun jauh dari Sabak tapi dekatlah ngan
kampung ustaz di Banting tu. Tempatnya ok, kemudahan ok, perancangan sekolah pun ok. Memang hasratnya nak masukkan si kakak tu ke tahfiz.

Bersebelah dengan maahad Tahfiz ni terletaknya Istana Bandar Jugra dan masjid Sultan Alauddin . Hebatlah dulu2 jugra ni kan .... di sinilah tempat dan pusat pemerintahan lama Selangor ni




Sambil jalan balik tu sempat menjengah satu lagi SM Sains baru yang bakal dibuka dalam 2 tahun akan datang . SM Sains Banting !!! ha ... ni lah rupanya. Ada peluang ke ustaz ke sini pulak??????? he.he. hanya Allah yang maha mengetahui rahsia akan datang.


Ok la .... jumpa lagi .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails