Tuesday, June 30, 2009

Rangkuman berita terkini SBPISB

Dikemaskini pada hari ini ; July 2, 2009 ( Khamis )

Alhamdulillah dapat juga akhirnya melapangkan masa untuk membuat catatan di sini. Sejak 2 minggu lalu sememangnya kami di SBPI Sabak Bernam ni dihidangkan dengan pelbagai kegiatan yang tiada penghujungnya. Bermula dengan karnival Kerjaya, Nadwah peringkat sekolah, Hari Kokurikulum kali ke 4, Interaksi Waris tg 3 dan 5 hari Rabu , Interaksi Waris tg 1, 2 dan 4 pada hari khamis . InsyaAllah tugas ustaz akan bersambung dengan kursus profesionalisme guru-guru bahasa arab negeri Selangor di Pulau Pangkor pada 5-7 julai depan.


menikmati hidangan roti aneka pilihan rasa malaysia , hmm.. berselrea nampaknya


contoh yang baik.. masih sempat bertazkirah walaupun di tengah kebun



tu masak ke mandremmmmm ..


saat dan detik yang dinanti-natikan ...


Oh ya , berkaitan hari koko tu banyak yang menarik nak diceritakan sebenarnya. Maklumlah masing2 berlumba2 nak cari untung 2 tahun sekali. macam2 kerenah dapat dilihat. Ustaz dengan bantuan team basket alhamdulillah dapat melaksanakan misi kali ini dengan gemilangnya ..... walaupun cuma berniaga petang jumaat dan hari sabtu saja sebab kena balik kampung di banting utk kenduri kahwin anak saudara di kg tapi dapat juga menyaingi jualan rakan2 lain yang all out sampai tengahari sabtu tu. Hmm .. top 4 lah dalam jualan tertinggi. First PERSIS rm1620+- ( cayalah mama and the gang) , ragby rm1560 pas tu , basket rm1523 leee he.he . Badar pun kencang jugak dengarnya. Tapi tak kurang yang sugul dan bersedih sebab tak dapat bersaing dengan baik. biasalah adat berniaga.... ada untung ada rugi. cuma dalam perkiraan ust ... pentingnya kemahiran dan ilmu dalam mengusahakan apa jua bidang kerja tanpa mengenepikan tawakal dan konsep rezeki yang semua dengan kehendak Allah jua. Dalam persaingan jangka pendek tempoh hari ... sapa bersedia dengan strategi dan peka terhadap perubahan persekitaran dapatlah meraih keuntungan lebih berbanding pesaing lain.



usahawan gigih ... ustaz Ahmadi dengan produk halal HPA nya





haa... ni nak tunjuk cara buat air yang powerrr... tengok .. jangan pandang belakang

Tapi penatnya memang tak terhingga. maklumlah semua buat sendiri. bermula dengan penyediaan air dirumah hinggalah memasak di gerai tu. alhamdulillah geng basket bagi full komitmen.... terima kasih pada hafizudin, hazim, khair, mimi, intan,ros nadia, ilham dan ramai lagilah . so dengan hasil pendapatan ini .... projek baru dah dirangka utk team basket. sekarang kira nak bisness jer. he.he. Sasarannya apa lagi .... pagi ahad lah kami buat bisnes seterusnya. tahu2 je lah duk asrama tu lapar memanjang. prep tak seberapa ...... makan nya lebih !!!! he.he gurau je. bukan SBPISB sekolah lain lah.

alhamdulillah ramai gak bekas pelajar yang hadir .... hmmm .. pelbagai rupa dan gaya yang terpapar. tapi yang penting ingatan kalian pada kami semua di SBPI ni. cuma pesan ust... pandai2 bagi haluan hidup di luar sana. ikut hati, mati, ikut rasa binasa...... ikutlah panduan agama, selamat dunia akhirat.


" subhanallah .. la haiii .. jadi jadi anak dara kamu semua ni"
rasa macam baru keluar je dia orang ni ..

Pelajar PMR minta ustaz buat kem macam tahun lepas di hulu bernam. memang dah uruskan tempat tu di ulu yam cuma dia orang pulak yang berbelah bagi nak buat ke idak. ya lah semua nak pakai duit. dengarnya masing2 lepas pmr dah plan nak buat trip. ada ke utara, pantai timur dan mana lagi ntah.... tu yang tak berapa nak bersungguh nak buat kem ni. tahun lepas saja badget rm10 ribu lebih. cuma untung nya kami rancang dan bertindak awal tahun lagi. tahun ni masing2 tak bergerak sebab tiada lagi konsep permata 3 atau 2 seperti tahun lepas. jadi malulah nak angkat diri jadi leader kan .. kang orang kata apa pulak. hmm.. bukan salah dia orang kalau tak berinisiatifkan. alhamdulillah semalam semasa interaksi waris form 3 dan 5.. persetujuan dan kesepakatan dapat diambil. jadi kira on lah program ni. insyaAllah akan berlangsung di batang kali pada 17-19hb depan. mudahan semuanya berjalan lancar.


Program Interaksi Waris pun berjalan baik dan lancar. Ramai juga yang hadir walaupun hari bekerja ... terharu melihat komitmen dan pengorbanan para ibubapa demi sebuah kejayaan untuk anak tersayang ...


kaunter panas form 5.... apalagi??? fizik kimia biologi lah jawabnya. BAT tu ... cool sikit


ha.. mentor ustaz tuan Haji Rizuan Atan (Guru Cemerlang Gred Khas C ; bahasaMelayu )



Ha.. kiranya hari ni interaksi waris form 1,2 dan 4 pun cam nilah lebih kurangnya. Exam kelas yang lain ada program Julang . so setakat ini laporan terkini dibawa khas untuk anda semua dari kami di ; arab2u.blogspot.com

jumpa lagi dengan berita selanjutnya di masa akan datang. Wassalam.


Kuiz Mu'jam siri 3

Assalamualaikum pada semua pengunjung..

Alhamdulillah setelah beberapa ketika terhentinya aktiviti me"ngeblog" ini akhirnya dapat ustaz menyambungnya kembali. Kali ni kita teruskan dengan siri mu'jam kalimah. Moga ia dapat menambah dan memperkayakan perbendaharaan kata bahasa arab kita semua. Anda hanya perlu menjawab dengan mencatat no serta makna kalimah dengan tulisan rumi sahaja. contoh ;
21. terbang 22. terjun 23. dalam 24. laut dan seterusnya ...



Selamat mencuba!!

Friday, June 26, 2009

Iklaneka

Jika anda berminat dengan produk-produk berikut,sila klik pada banner di bawah
[Sebahagian besar komisyen yang kami terima akan disedekahkan kepada badan-badan kebajikan & dakwah]














Thursday, June 25, 2009

KARNIVAL KOKURIKULUM SBPISB


KALI KE 4 TAHUN 2009

TARIKH 26 -28 JUN 2009
JUMAAT - AHAD


ACARA :

* GERAI JUALAN
* SENAMROBIK
* DERMA DARAH
* PEMARAN AGENSI KERAJAAN
* PELBAGAI PERTANDINGAN
- MEWARNA, MELUKIS, NASYID
- PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SABAK BERNAM
- PERTANDINGAN NASYID
- PERTANDINGAN KUIH TRADISIONAL / GUBAHAN HANTARAN
- PERTANDINGAN HASIL PERTANIAN
- PISANG TANDUK PALING BERAT



hmmm ... seperti biasa petang ni bermulalah kesibukan guru dan pelajar mengurus bahan dan persiapan tempat untuk jualan di gerai masing-masing. Ada kelapangan .. jemputlah datang.

Basketball team semestinya tidak ketinggalan untuk mengadakan jualan. Maklumlah ada "untung" dalam jualan sempena Hari Pendidikan Kerjaya SBP minggu lepas tu. Nantikan laporan akhir dalam blog ini.

Sunday, June 14, 2009

Gerak Gempur BAT2 bina jumlah mufidah siri 5

Kita teruskan siri latih tubi dan gerak gempur BAT SPM balam Belajar Bahasa Arab Online ini iaitu soalan kertas 2 ; bina jumlah mufidah dari arahan yang disediakan. Berhati-hati memahami arahan dan jangan kelam kabut untuk menjawabnya.

Disini seperti biasa ustaz permudahkan latih tubi ini untuk kegunaan semua. Hanya perlu klik pada ruangan "ULASAN" dan jawablah soalan ini spt berikut ; 1a, 2b, 3c hingga selesai. Selamat mencuba ..




Sebagai pengukuhan ; cuba amati dengan teliti sekali lagi setiap contoh yang diberi dan fahami kembali arahan soalan agar dapat mengelakkan kekeliruan di masa akan datang.



Teruskan kecemerlangan anda bersama
"BELAJAR BAHASA ARAB ONLINE .. arab2u "





Saturday, June 13, 2009

Kupasan Modul Cuti Terancang

Assalamualaikum kepada semua pengunjung khususnya anak didik dari SBPISB. Atas permintaan beberapa pelajar, ustaz akan cuba mengulas beberapa perkara berkaitan modul cuti terancang yang telah diamanahkan untuk dilaksanakan sepanjang cuti ini. Moga siri latih tubi dan gerak gempur pembelajaran Bahasa Arab Online ini dapat membantu anak2 semua.

Dalam modul yang dibekalkan, beberapa tajuk khusus telah dipilih antaranya ;
المنصوبات ، التوابع ، الحروف و أنواعها ، المجرورات
التمييز ، الممنوع من الصرف

Apa yang penting, pertamanya pelajar mesti memahami dan menguasai tajuk yang diberikan di atas ini. Kedua nya pelajar mesti memahami maksud dan kehendak soalan yang dikemukakan. Kegagalan pelajar memahami kehendak soalan itu... akan mengundang kepada salah faham dan terkeluar dari skema pemarkahan yang sepatutnya. Hal ini akan ustaz huraikan kemudian nanti.
Mari kita lihat satu persatu soalan yang diberikan ;

الممنوع من الصرف ialah satu kata nama yang dikecualikan dari baris كسرة ataupun تنوين pada akhir hurufnya kecuali bilamana ia dalam 2 keadaan iaitu beserta dengannya alif lam atau dalam keadaan Idhofah . Jika ia dalam 2 keadaan tersebut maka dengan sendirinya perkataan tersebut berhak menerima baris bawah dan tanwin yang terlarang sebelumnya . Perhatikan arahan soalan yang diberi ;

ابحث الممنوع من الصرف فيما يأتي
( cari mamnuk min sarf pada ayat berikut )
contoh soalan

وصلت ليلى الى منزلها متأخرة
dalam contoh soalan di atas, jawapannya ialah kalimah ( ليلى ) kerana ia adalah kata nama yang diakhiri dengan huruf alif maqsuroh iaitu salah satu dari bahagian mamnuk min sarf

شكّل الكلمات التي تحتها خط
( bariskan perkataan yang bergaris dibawahnya)
contoh soalan
يستريح الضيوف في فنادق كبيرة


أعرب الكلمات التي تحتها خط
( I'rab perkataan yang bergaris dibawahnya )
contoh soalan
افتتحت المدارس الينية في جميع أنحاء البلاد

Perhatikan kalimah ( فنادق ) dan ( المدارس ) . Keduanya adalah mamnuk min sarf kerana terbina atas wazan ( مفاعل ) iaitu salah satu bahagian mamnuk min sarf . Tetapi adakah kedua-dua kalimah tersebut tidak berhak menerima baris bawah ( كسرة ) dan tanwin ( تنوين ) atau sebaliknya.

Perlu diingat, sebelum menjawab kenal pasti adakah kalimah tersebut memenuhi syarat utk menjadi mamnuk min sarf atau sebaliknya seperti penjelasan di atas tadi.

Seterusnya kita teliti perbahasan kedua iaitu ( المنصوبات ) . Perhatikan 4 jenis arahan dalam bahagian ini dan cuba fahami dengan baik.


soalan 1 ( masukkan huruf nasab dalam tempat kosong berikut )
أدخل أداة من أدوات النصب في الفراغات الآتية
huruf-huruf nasab itu ialah :
( أن ) =
( لَنْ ) = tidak sama sekali
( اذَنْ ) = jadi
( كَيْ ) = supaya

soalan 2 ( tentukan mafu'l bersama penjelasan jenisnya dalam jumlah ayat berikut)

عيّن المفاعيل مع بيان أنواعها من الجمل الآتية

Soalan ini menghendaki calon mencari mana satu perkataan maf'ul dan
tentukan jenisnya iaitu :
( المفعول به ) ( المفعول مطلق ) ( المفعول لأجله ) ( المفعول فيه ) ( المفعول معه )

soalan 3 ( jelaskan sebab nasab dan tandanya bagi perkataan bergaris )
وضّح سبب النضب و علامته للكلمات التي تحتها خط

Soalan hanya menghendaki calon sebab nasab sahaja tanpa perlu menjelaskan hukum dan tandanya yang tertentu

soalan 4 ( jelaskan kedudukan i'rab bagi perkataan manssub yang berikut )
بيّن موقع الإعراب للكلمات المنصوبة الآتية

Soalan memerlukan calon menjawab kedudukan i'rab sahaja. taidak perlu jelaskan hukum dan tanda hukum dengan lengkap.


Huraian lanjut ... nantikan seterusnya

Thursday, June 11, 2009

Kalimah seerti (muradifat ) siri 2

Assalamualaikum ... Tahniah pada pengunjung yang berjaya menjawab soalan latih tubi dan gerak gempur bahasa arab tinggi SPM bahagian membina jumlah mufidah siri ke 4 lalu. Untuk meneruskan siri latih tubi dan gerak gempur bahasa arab online sekarang kita teruskan dengan soalan berikutnya ;
Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris dibawah ini


Seperti sebelum ini , untuk jawab hanya klik ruang "ULASAN " dan buat pilihan jawapan seperti ; 1a, 2b, 3c dan seterusnya. Selamat maju jaya bersama BAHASA ARAB ONLINE!!

Wednesday, June 10, 2009

Gerak Gempur SPM BAT2 bina jumlah mufidah siri 4

Assalamualaikum

Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada pada pengunjung yang masih sudi mengunjungi blog ini. Sukacita diingatkan siri latih tubi dan gerak gempur ini diubah suai dari format soalan BAT SPM sebenar bagi memudahkan calon dan para pengunjung menjawabnya secara langsung dalam blog ini.

Dalam format sebenar BAT kertas 2, calon hanya dikehendaki membina ayat dari rangkai kata yang disediakan sahaja sepertimana dalam kotak kecil tertera. Justeru itu, setiap calon mesti mengetahui makna rangkai kata yang diberi. Di sinilah kesukaran calon . Jadi ustaz permudahkan disini utk kegunaan sebagai latihan.

Keruntuhan akhlak = الإنحلال الخلقي
Projek = المشروعات
Dadah = المخدرات
Menghapuskan / meniadakan = الإعدام
Asing = الأجانب
Bantuan / biasiswa = المحنة


Selamat menjawab latih tubi dan gerak gempur ini .....

Tahniah dan syabas kepada pengunjung yang BERANI mencuba!!

JAWAPAN Gerak Gempur BAT2 bina jumlah mufidah siri 1 dan 2

Syabas dan tahniah kepada pengunjung dan calon
yang telah mencuba menjawabnya.


jawapan siri 1
املاء الفراغ مستخدما التراكيب الآتية
1.c 2.d 3.a 4.b 5.e


jawapan siri 2
كون كل ما يأتِي في جمل مفيدة

1.b 2.d 3.c 4.a 5.e

Kuiz Mu'jam Kalimah siri 2

TAHNIAH kepada Ainaa yang berusaha untuk menjawab soalan latih tubi dan gerak gempur bahasa arab mujam siri 1 yang lalu. Kepada para pengunjung budiman sekelian, juga dialu-alukan untuk turut serta menjawabnya pada siri-siri yang berikutnya. Kita teruskan dengan siri ke 2 ...



BERANI mencuba untuk menjawab latih tubi ini .... silalah MENCUBA!!

Monday, June 8, 2009

Gerak Gempur BAT2 bina jumlah mufidah 3

Seperti sebelum ini, hanya perlu menjawab soalan ini dalam ruangan ulasan . Selamat menjawab

Sunday, June 7, 2009

Saling Memahami dalam membina hubungan


prinsip CUT APPLE A seterusnya ialah (U) UNDERSTANDING atau kemahiran untuk MEMAHAMI orang lain. Dengan kemahiran ini bukan sahaja orang selesa untuk terus bergaul dan berdamping dengan kita malah ia mampu membawa perhubungan ketahap yang lebih baik iaitu saling percayai mempercayai antara satu sama lain dan rasa amat dihargai.

Kemahiran ini juga akan menjadikan kita seorang yang amat bertolak ansur dalam hubungan atau interaksi seharian kita. Ini kerana kita sedia menerima mereka seadanya, melihat kelebihan dan kekurangan orang lain sebagai pelengkap dalam hubungan kita.

Namun mengapa sering terjadi anak memberontak dengan tindakan kedua ibubapa? isteri atau suami membawa haluan sendiri setelah bertahun membina mahligai rumahtangga?
Pada masa yang sama berlaku hal SEBALIKNYA atau lebih buruk .. suami atau isteri menjalin hubungan sulit dengan orang lain, anak lari bersama pasangan, bos dan staff,guru dan murid menjalin hubungan sulit diluar batasan dan seumpamanya.


JAWABNYA mudah.. "si A tidak FAHAM manakala si B.. AMAT MEMAHAMI perasaan dan kehendak atau keperluan saya".

Oleh itu, suka ustaz mengingatkan diri sendiri dan para pengunjung budiman, BELAJARlah MEMAHAMI ORANG LAIN dan gunakan kemahiran tersebut untuk mencari redha Ilahi ...

BERHATI-HATI ...
Jika anda mula merasakan orang lain memahami perasaan atau kehendak anda sepenuhnya maka di situ akan ada ruang untuk orang lain MENGAMBIL KESEMPATAN terhadap diri anda.

SELAMAT BERAMAL dengan prinsip CUT APPLE A dan semoga hidup anda hari ini lebih baik dari kehidupan semalam ....



Saturday, June 6, 2009

Kuiz Mu'jam siri 1

Seterusnya marilah kita mempertingkatkan keupayaan bahasa arab kita dengan menguasai seberapa banyak yang mungkin perbendaharaan kata bahasa arab. Salah satu cara dan kaedahnya adalah melalui aktiviti kuiz mu'jam ini. Semoga pertambahan slot baru ini akan menyemarakkan minat dan semangat para pengunjung khususnya calon PMR dan SPM . Seperti biasa, pengunjung hanya perlu memberi jawapan pada ruangan komen yang tersedia. selamat mencuba.



Friday, June 5, 2009

Gerak Gempur BAT2 bina jumlah mufidah 2

Assalamualaikum buat para pengunjung budiman.
Kita teruskan siri gerak gempur bahasa arab tinggi kertas 2 ini dengan bahagian membina jumlah mufidah . Seperti sebelum ini, kaedah dan cara latihan ini ustaz ubah suai bagi membolehkan para calon menjawab terus dalam blog ini. Apa yang lebih penting semua calon mengetahui, memahami serta dapat menguasai bahagian ini dengan baik. Baca arahan dan fahami kehendaknya dengan baik serta padankan jawapan pada ruangan ABCD atau E. Selamat menjawab ....


فناء = padang

مدح = memuji

salam pantai timur

Alhamdulillah .. perjalanan jauh selama 9 jam dari SBPI Sabak Bernam ke pantai timur yang amat memenatkan akhirnya terubat hari ni setelah dapat berehat seharian di rumah "Tuk" di Kubang Tepak , Manir Kuala Terengganu ni. Lebih menyeronokkan bila melihat kegembiraan anak-anak dengan kunjungan sepupu sepapa mereka ke rumah "tuk" dia orang ni.


Tension sekejap "tuk" dibuatnya dengan riuh rendah cucu-cucu yang bertandang ke rumah. Apa idaknya ... rumah tuk dia orang ni rumah kayu. Selangkah dah berbunyi. Bila bekejar sesama sendiri ... apa lagi bagai nak runtuh dibuatnya. " tak pe lah tuk ... sekali sekala cucu datang ni" . Antara yang bestnya bila balik kampung ganu ni, pagi makan nasi lemak ikan ayer ( tongkol) mek yeni , petang makan mee sup ganu wahab atau kerpok lekor. hmm best!!!

Cuma kelainan ketara balik kali ... PANAS yang amat!!! walhal umah tuk ni terkenal dengan kedinginannya terutama malam hari. Ni lah kesan pemanasan global yang benar2 dah kami rasai sendiri. hmmm azab2 .... sabar jerlah. kesiannya baby sumayyah lah asyik menangis kepanasan. Apa lagi,hayun tak henti bawah kipas angin le.

Buat ayah ngoh dan family semoga selamat tiba di johor untuk bercuti. Pada bro raja salam dan raja rashid ... good luck dalam pelajaran. Tak lupa pada raja najihah, nabila dan nordina bertiga tu ... rajin2 belajar ok!!









Gerak Gempur BAT2 bina jumlah mufidah 1

Alhamdulillah kita masih dapat meneruskan siri perbincangan dan diskusi ini. Kali ini ustaz akan memaparkan siri latihan gerak gempur BAT2 bahagian bina jumlah mufidah. Calon hanya perlu menjawab dalam ruangan Ulasan ;
1a 2b 3c dan seterusnya. Selamat menjawab

عصر العولمة = era globlalisasi
دولة = negara
حقوق = hak-hak
زرنا =kami telah melawat
استخدام = penggunaan
تزكية النفس = penyucian jiwa



Jawapan mutaradifat dan mudhodat 1

Berikut adalah jawapan untuk latihan gerak gempur BAT 1 bahagian mutaradifat dan mudhodat 1

Wednesday, June 3, 2009

Gerak Gempur BAT SPM mudhodat 1

Baca dan teliti soalan gerak gempur BAT SPM bahagian mufradat ini. Dalam latihan mudhodat ini, sekali lagi dipermudahkan cara dan kaedah agar semua calon dapat mengakses dengan mudah tanpa ada halangan.

Calon hanya perlu menjawab dengan menulis bilangan soalan dan jawapan seperti latihan gerak gempur sebelum ini dalan ruangan ULASAN . Skema akan dipaparkan pada sesi paparan akan datang. Selamat mencuba.


Gerak Gempur BAT SPM mutaradifat 1

Soalan dan skema soalan bahasa arab tinggi SPM ini digubal dan disusun semula sebegini rupa bagi membolehkan semua calon mengakses dan membuat latih tubi sendiri .

Cuba perhatikan soalan gerak gempur BAT SPM bahagian mutaradifat ini. Calon boleh menjawab hanya dengan menuliskan nombor soalan dan jawapan seperti mana berikut ;
1. a 2.b 3.c

Skema jawapan akan dipaparkan pada siri akan datang . Selamat menjawab

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails