Wednesday, November 25, 2009

Zaman yang berubah

Assalamualaikum buat semua pengunjung,

Seminggu lamanya tak berkesempatan utk update blog ni. Sampai kena usik dek kekawan .. " hei lama tak update blog ustaz ? " he.he. sengeh je lah. Bukan tak mahu tapi memang tak berkesempatan. Mula cuti sekolah... sibuklah pulak dengan pelbagai aktiviti baik berkaitan dgn urusan baru sebagai HEM atau urusan family. Sempatlah balik sekejap ke tganu. 15 jam perjalanan dari Sabak ... memang berbaloi penatnya. Tup ..tup dah masuk bulan Dec 2009 . Hari ni ada meeting PK HEM SBP yang baharu di Bkt Bintang ni .. dapatlah peluang masa lapang utk melepaskan rindu pada blog ni.

Bila berkesempatan bersama anak2 SPM di asrama tu, rasa begitu pantas masa berlalu. Diam2 dah 5 tahun dia orang di intersaber. Ustaz sendiri ... diam tak diam dah nak masuk usia matang 40 tahun. Kekadang konfius pun ada. he.he.he . Rupa memanglah dah berusia tapi hati rasa muda lag!!! Bila ke hotel atau buat urusan rasmi tu dengarlah dia orang sapa : " ya ENCIK .. ada pa boleh kami tolong " , singgah kedai hphone " BANG hphOne baru bang... ni paling latest " , singgah pasar payang kat tganu pun sama gak : " BANG batik comel BANG!! , tapi bila nak beli keropok tu ... " PAKCIK nak keropok berapa rial ? " he.he. baru rasa tua masa tu... Cuma paling seronok ptang tadi puan pengarah sapa ustaz " you dari mana ? " saya ustaz Amir dari SBPISB puan" . nampak dari raut wajahnya macam cuba mengingat sesuatu . " Muda lagi orangnya!! dengar dalam telefon macam dah umur 40 an " he.he. senyum je dalam hati. Ada lagi rupanya orang nampak ustaz ni muda ya ......

Yang pasti hidup ini sentiasa berubah dan kita mesti sentiasa bersedia untuk berubah . Mengapa ? Kerana siang masih sentiasa terus bersilih ganti dengan malam dan bulan bersilih ganti dengan matahari .

Dulu waktu kecil ustaz sentiasa dibawa oleh emak ke kebun getah. Bila mak dan abang2 menoreh ustaz dan abang kembar ditinggalkan bawah pokok getah sambil bermain biji getah. Nyamuk tu dah jadi mainan kami lah. Selesai menoreh kami ke bangsal memproses getah. Bau tak selesa atau busuk tu jangan cerita lah. Lama2 biasa je kami rasa.


Besar sikit, kami diminta jaga atau gembala lembu dan kerbau. Tiap pagi kena bawa lembu keluar dan beri makan rumput kat tepi jalan. Bab tunggu menunggu lembu yang kami berdua tak tahan. Masing2 cuba mengelak . Tu yang selalu bergaduh dngan abang kembar .. yang jadi mangsa .. apa lagi si lembu lah. Bila dah tengok anak2 tak nak jaga lembu, akhirnya orang tua ustaz jual lembu tu sebab geram tengok gelagat anak2 ni ..


Waktu tu tepi rumah dikelilingi pokok kopi. Best gak sebab setiap kali musim memetik biji kopi kami pasti dapat habuan. Satu tin minyak tanah RM4. Masa tu besarlah nilai duit tu. Ya lah .. masa tu mee goreng kat kantin baru 20 sen, air 10 sen je. Macam2 boleh beli ngan duit tu. Lainlah sekarang ni kan ..


Dewasa sikit, bila harga kopi dan getah tak baik, semua kena tebang dan gantikan ngan kepala sawit. Tang ni ... memang memeritkan. Ustaz dah duk asrama. Jadi masa utk tolong family masa cuti sekolah aje lah. Apa lagi ... mangsa deralah ustaz ni. Abang2 memang ambik peluang buli ustaz. Dari kutip biji sawit yang bertaburan, angkut pelepah yang dah dikait atau diptong tu sampailah angkut buah guna kereta sorong tu. Semua kena buat. Alasan dia orang senang je. " ko dik balik sekali2 je. kita orang dah selalu kena. kali ni giliran ko pulaklah". Menangih bawah pokok sawit tu dah jadi biasa pada ustaz masa tu. Bayangkan sebesar2 buah sawit ustaz kena angkot sorang diri. Baru nak letak je tumbang kereta sorong tu. Punya besar kekadang sampai tak bergerak kereta tu bila kena tolak .. rambahan pulak bila di kawasan lembah, musim hujan pulak tu. Peritnya hanya Allah je tahu. Apa azam ustaz???? "Aku tak nak buat kerja ni sampai tua!! aku mesti belajar betul2 !!!


Betullah orang tua kata .... susah tu satu rahmat bagi yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran disebaliknya. Hari ni ... ustaz tak menyesal belajar bersungguh2 dulu sebab hasilnya dapat ustaz berikan pada anak2 sendiri hari ini.

Bila dah berkeluarga dgn orang tganu, fenomena nelayan di pantai mula jadi perhatian ustaz. Bayangkan seharian bersabung nyawa di laut dengan hasil yang tak pasti .... bila sampai di pantai tu ikut suka je peraih nak ambik hasil tangkapan. Soal harga dia orang pulak yang tentukan. Bila kenang2kan benda ni ... memang ustaz tak sampai hati nak menawar harga ikan di pasar . Terutama kalau memang ustaz tahu dia sendiri yang turun ke laut.



Sebaik kerja di sabak bernam ni, pemandangan pokok kepala yang melambai2 pasti mengasyikkan. Kena pulak bila angin kencang bertiup. Sesekali melewati wak-wak atau pakcik2 tua yang khusyuk kopek atau kupas buah kepala ..... sebak rasa hati. Berapa sen upah dia orang tu utk sebiji kelapa. Memang harga kelapa parut mahal di pasaran tapi bagi tuan punya pokok kelapa .. memang tak berbaloi rasanya. Beruk pun dah tak berapa sanggup nak panjat pokok tu sebab habuannya tak seberapa.



Sayangnya ... apa yang ustaz lalui sukar utk difahami oleh anak sebab mereka tak merasainya . kalau cerita pun tak faham222. Senang2 bawak dia orang ke zoo atau keliling kampung sekolah supaya tengok sendiri. Selalu ustaz pesan dan cakap pada anak2 .... " ingat selalu , sedikit kesenangan yang abah dan uumi sediakan hari ini tak kekal. bila2 masa abah ummi boleh pergi tanpa meningalkan apa2 harta pada kamu semua ... jadi belajar sungguh2, usaha gigih sendiri untuk masa depan masing2. " Dengan selamba kekadang dijawab oleh anak2 tu .... ala abah tu dulu !!!! sabar aje lah ... cuma didik tetap terus dididik supaya mereka faham ertinya susah dan zaman sentiasa akan berubah



Tuesday, November 24, 2009

ulangtahun Perkahwinan ke 14 ...



tanggal 24 November 1995 termeterinya janji setia dalam satu ikatan perkahwinan bersaksikan kaum keluarga dari kedua belah pihak. Maka bermulalah perjalanan hidup kami sebagai pasangan suami isteri juga pasangan kekasih yang sah disisi syarak ...

Segalanya bemula dari 0 dari A dengan Hanya berbekalkan doa harapan dan rahmat Allah serta peringatan dariNya .. firman Allah dalam al-Quran, Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

kini .. 14 tahun telah berlalu dengan penuh kesederhanaan dan kebahagiaan. Sedikit tips buat pengunjung ;

1. Jadikan Allah tempat pergantungan mutlak dalam mengukuhkan hubungan suami isteri,
2. Terimalah pasangan seadanya dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya.
3. Berusaha untuk saling lengkap melengkapi dalam segala perkara dan tindakan
4. Kuasai kemahiran komunikasi berkesan kerana ia asas dalam hubungan sesama kita
5. Sabar dan jadilah pemaaf dan sedia memaafkan sesama pasangan
6. Sedia untuk berubah dari segala kelemahan diri ke arah yang lebih baik
7. Banyakkan " memberi" dari hanya sentiasa mengharap untuk menerima sesuatu dari pasangan. Cth ; beri sokongan, beri galakan, beri bantuan dan pertolongan, beri nasihat dan bimbingan


catatan

syukur atas segala kurniaanNya.
SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 14 buat isteri tersayang

Monday, November 23, 2009

Isi penting المجتمع الماليزي


Gerak Gempur Bahasa Arab Tinggi SPM ini diteruskan dengan memaparkan 2 bentuk soalan penting dalam kertas 2 BAT iaitu keluarkan 4 isi penting dari petikan yang diberi .

Keluarkan 4 isi penting dari petikan berikut ;


استخرج من القطعة الآتية أربع أفكار رئيسة

المجتمع الماليزي يتكون من عدة أجناس. الملايويون الأكثرية ثم الصينيون ثم الهنود بجانب الأقليات الأخرى. ومن ناحية الأديان هناك ثلاثة أديان يدين بها سكان ماليزيا. الإسلام وهو دين رسمي للدولة. وجميع الملايويين يتدينون بالإسلام. وأما غالبية الصينيين فيعتنقون البوذية بينما غالبية الهنود يعتنقون الهندوسية. ولكون ماليزيا مجتمعا متعدد الأجناس والأديان ولتحقيق الوحدة الوطنية فيها اتخذت عدة مبادئ للربط بين الأجناس والأديان حفاظا على الانتماء الوطني والوحدة للشعب الماليزي, أهمها الحفاظ على حياة ديمقراطية وبناء مجتمع عادل في توزيع الثروات مع ضمان تمتع الأجناس بحرية التدين والحفاظ على تقاليدهم في مجتمع متقدم يخطو نحو العلم والتكنولوجيا الحديثة


Jawapan


satu
سكان ماليزيا يتكون من عدة أجناس وهم الملايويون والصينيون والهنود وغيرها

dua
الإسلام هو دين رسمي للدولة

tiga
يمارس شعب ماليزيا المتددة الاعراف الديانات المختلفة

empat
في تحقيق الوحدة الوطنية, قد اتخذت الحكومة عدة مبادئ للربط بين الأجناس والأديان حفاظا على الانتماء الوطني

Sunday, November 22, 2009

komputer dan faedahnya

Siri penulisan karangan kita lanutkan dengan paparan isi2 pendek untuk memudahkan pelajar mengingat .


mulakan menulis karangan dengan mengambil isi-isi penting yang pendek dah mudah untuk diingat. Kembangkan ayat menggunakan kata penghubung seperti yang pernah ustaz perjelaskan sbelum ini. Cuba isi tempat kosong di bawah dengan betul dan ingat fakta2 pendek ini untuk kegunaan penulisan di masa akan datang .

Isi tambahan .. faedah internet


فوائد الإنترنت

: استَعْمِلُ الإنترنت لـِ
الإطلاع على احداثِ الساعة والنشرة الرياضية
تَبادُل الْمعلُومات مع الزُّملاءِ عَبْر برنامَج الدّردَشَة
إرْسَال الْبَريد الإلكترونيّ الى الأصدِقَاء
تَنْزِيل الأناشِيد الإسلامية والبَرامج الْمُفِيدَة

Gerak Gempur Mudhodat siri 4

Alhamdulillah siri gerak gempur bahasa arab tinggi SPM ini kita teruskan dengan memaparkan latihtubi perkataan berlawanan . Cuba jawab seperti kaedah sebelumnya .




Untuk memudahkan pemahaman pelajar, kali ini ustaz sertakan makna kalimah sebagai panduan .


Selamat mencuba ..

Friday, November 20, 2009

kisah air mata

Tanggal 19 Nov 2009 lalu adalah antara hari terindah buat ustaz dan mama dalam hidup kami yang pastinya menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dengan gigih dan seikhlas mungkin ...


Hari tu adalah hari kecemerlangan SK Parit Baharu, sekolah dimana dua anak kami bersekolah sejak dari darjah satu lagi. Tempoh enam tahun berulang alik saban hari mengelilingi kampung2 dan pekan Parit Baharu , menghantar dan mengambil anak bersekolah terasa amat singkat dengan perasaan yang telah kami lalui sebagai ibubapa tatkala anak kesayangan dianugerahkan Tokoh Akademik atas kecemerlangan dalam UPSR bersama 3 rakan karibnya.

Namun rasa sebak dan terharu sukar untuk kami kawal bilamana 3 lagi rakan karibnya tiada rezeki untuk meraih kejayaan yang sama. Air mata yang gugur antara kami ternyata amat berbeza makna dan ertinya. Suara esakan dan kesedihan bergema di seluruh dewan ... namun seperti yang sering ustaz ingatkan ... apa yang berlalu tak mungkin dapat kita kembalikan .

Hanya doa dari kami moga mereka tabah mengharungi perjalanan hidup seterusnya. Saat gembira antara mereka diharapkan dapat membangkitkan kembali keazaman untuk terus berjuang memburu kejayaan dan kecemerlangan dimasa akan datang. ...

Buat semua anak yang dikasihi ...

Rebutlah 5 perkara sebelum luput 5 perkara. Tanamkan azam dan tekad untuk membuat perubahan diri demi meraih kejayaan yang diimpikan.


Moga 2010 kelak menjanjikan keceriaan , kegembiraan seperti wajah2 ini pada diri anak2 dan ibubapa kalian tatkala mengambil keputusan peperiksaan PMR dan SPM kelak. amiin....


Tahniah dari abah dan ummi buat anakanda Maryam Husna, Fazira dan Nadia Husna dengan kejayaan meraih 5A dalam UPSR dan Mumtaz dalam PSRA yang lalu.

Tuesday, November 17, 2009

Ghurabaa ?

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat ustaz kembali meluangkan sedikit masa dalam kekalutan bebanan kerja yang baru sahaja terpikul di atas bahu hamba Allah yang kerdil ini. baru 2 hari memulakan tugas sebagai HEM di Intesaber tercinta ini sudah diamanahkan untuk menjalankan salah satu tanggungjawab besar iaitu melaksanakan HUKUMAN keatas beberapa pelajar yang berbuat kesalahan atau salahlaku disiplin.

Kepada anak2 yang terlibat,
Seperti selalu ustaz perkatakan, semua orang boleh saja berbuat kesilapan dan kesalahan dalam hidup. Hari ini mungkin hari kamu, esok lusa mungkin hari ustaz, atau rakan2 yang lain. Apa yang penting kita BERANI bertanggung jawab atas setiap tindakan dan perbuatan yang telah kita buat. Salah dan silap sekali tidak bermakna kita akan hidup berpanjangan dalam kesalahan. Sebaik saja kita sedar akan kesilapan kita setelah menerima teguran guru atau hukuman... perbaikilah diri, bangkit semula , buat perubahan dan teruskan perjuangan untuk masa depan kamu.

Percayalah ... KAMI SAYANG KAMU. KAMI SAYANG INTESABER. apa saja yang kami guru2 buat demi kebaikan masa depan kalian semua walaupun kelihatan seolah mengongkong kebebasan kamu. " Ini tak boleh, itu tak boleh, semua tak boleh!!!!! " Jangan sampai result exam keluar nanti dengan memaparkan KEGAGALAN kamu atau setelah MARUAH DIRI TERGADAI... baru kamu rasa insaf dan sedar akan kesilapan diri. Waktu itu dah terlambat. Menangis air mata darah pun kamu tidak akan mampu memutarkan kembali masa lampau kamu yang telah luput.( ada harapan dan impian dapat kita capai, ada harapan hanya akan tinggal harapan kerana mustahil untuk kita memperolehinya )

Sebenarnya ustaz tidak berhajat untuk menulis artikel berat berkaitan soal jawab agama sebab ustaz fikir ramai rakan2 ustaz dalam dunia maya yang telah memberikan fokus secara mendalam berkaitan perkara tersbut seperti ; tanyalah ustaz.blogspot.com, saifulislam.com dan lain2 lagi. Ada kemusykilan rujuklah mereka.

Namun catatan ini khas buat anakanda norhamizah yang bertanyakan perihal ghurabaa .... Ia yang berasal dari perkataan gharibun ( غُربَاءٌ - غَرِيْبٌ ) yang bermaksud pelik, asing atau ganjil.

Hadith diriwayatkan oleh ABu hurairah dikeluarkan oleh Imam Muslim. "Sesungguhnya Islam dimulai dengan ghuraba dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang Al-Ghuraba"

Dari segi istilah, ia membawa maksud berikut:

( الّذين يُصْلِحُون اذا فسَدَ الناس )
Al-Ladzina yuslihuuna idzaa fasada an-nas
(orang-orang yang berbuat kebajikan ketika manusia rosak)

Untuk lebih jelas dan mudah difahami , ustaz bawakan beberapa contoh yang boleh kita lihat dalam kehidupan seharian ketika di asrama sebagai gambaran .

Katakanlah budaya hidup pelajar di asrama itu, suka solat dalam dorm ( sodom) , tak mahu berjemaah ke surau atau lebih parah lagi tak solat satu perkara biasa atau contoh lain budaya tidak menutup aurat di asrama... tiba2 hadir seorang pelajar baru yang melihat perkara ini sebagai sesuatu yang tidak betul lalu mengajak warga asrama untuk menghidupkan budaya solat berjemaah di surau atau masjid dan menutup aurat.

Bagaimana agaknya reaksi dari "orang lama" di asrama tu? Tentulah orang asing ini dilihat cuba merosakkan budaya mereka! atau mengganggu mereka! Hampir pasti dia dipulau bukan disanjung. Dihina bukan dipuji .... ya lah , cuba buat tindakan pelik yang berbeza dari kebiasaan majoriti yang lain.

contoh lain yang mudah lihat ... seperti pemakaian tudung labuh yang menutup sebahagian besar bahagian dada seorang pelajar perempuan. Memang Islam anjur dan suruh berbuat sebegini. Mengapa? Demi menjaga MARUAH DAN KEHORMATAN seorang wanita. Tapi jika seandainya majoriti pelajar perempuan di asrama tersebut tak bertudung atau hanya mengenakan tudung tirus lagi jarang yang jelas mempamerkan bahagian mahkota mereka dianggap perkara biasa atau kebanggaan dikalangan mereka , sudah pastinya idea pemakaian tudung labuh itu dianggap pelik , ganjil lagi melucukan. Mengapa? Sebab ramai orang atau semua orang tak buat macam tu ( bertudung labuh).

Persoalannya ; Adakah pandangan baru ini tidak betul atau salah hanya kerana dibawa oleh seorang atau dua orang yang dianggap asing lagi minoriti berbanding majoriti warga asrama ? Dalam erti kata lain adakah tindakan atau amalan majoriti itu boleh dianggap benar di sisi syarak (agama) hanya kerana ramai yang berbuat demikian?

INGATLAH ...

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?
Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!
"beruntunglah orang2 yang asing ( kerana mempertahankan Islamnya)"

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. [al-An’aam 6: 116]

Sebagai catatan ; boleh kita senaraikan seberapa banyak amalan kebiasaan yang dilarang dalam agama tetapi telah menjadi perkara biasa kepada anak2 kita atau sesiapa sahaja disekeliling kita. Antara lain, budaya berpasangan ( pada mulanya hanya sekadar kawan lama kelamaan membawa kepada sentuhan sayang , ciuman dan akhirnya terkorban ), menghisap rokok , melihat menonton bahan lucah dan sebagainya.

Jadi beruntunglah mereka yang mengasingkan diri dari perlakuan2 yang dianggap biasa tetapi dimurkai Allah. Untuk semua pelajar yang mengimpikan kejayaan ... ingatlah bahawa ilmu Allah dan kejayaan hakiki tidak akan diberikan oleh Allah kepada kaum yang berbuat maksiat kepadaNya. Jangan sampai ... kita merintih dan merayu tetapi rintihan kita tidak didengari olehNya..... HANYA kerana kita BIASA BUAT perkara yang DILARANG OLEHNYA.

Selamat bercuti buat semua khususnya pada norhamizah .. sayang selalu dari ustaz, mama dan seluruh warga pendidik INTESABER.

Sunday, November 15, 2009

Jamuan Akhir Tahun Kelsof 2009

alhamdulillah ... dengan izin Allah Jamuan Akhir Tahun Kelsoff 2009 dapat dijalankan dengan jayanya di Hotel De Palma Kuala Selangor pada malam Ahad lalu. Dalam suasana hujan lebat sepanjang perjalanan, majlis dapat dilangsungkan dengan jayanya. Syabas pada kepimpinan Kelsoff 2009 dan seluruh AJK yang bertungkus lumus melaksanakannya.



Majlis penyampaian cenderahati dimulakan kepada Cikgu Hisamudin Darmo selaku Pengerusi Kelsoff 2009 diikuti semua AJK dibawah kepimpinnannya.




Terima kasih kepada semua rakan guru yang turut menjayakan majlis tersebut. Antara barisan Guru Kanan ( atas) serta rakan guru dan staf sokongan ( bawah) yang tururt hadir


Selesai majlis sempat juga ustaz curi2 gambar pasangan yang hadir pada malam tu buat tatapan semua .




Tuan punya kamera dan blog kenalah besar sikit .. ( he.he. jangan jelous!)


Hmm ... comel2 dia orang ni semua rupanya yer ...

Tuan Pengetua dan isteri



Turut diraihkan .. guru yang bakal bertukar dari intesaber pada sesi @tahun 2010 akan datang iaitu Pn Naweed Fatima (atas) dan Pn Norhayati Yarib (tidak hadir). Alhamdulillah ustaz tak join sekali ... Untuk rekod 2009 Intesaber kehilangan ramai guru dan staf sokongan antaranya ;
1. Ustaz Jaafar ke Jabatan Pelajaran Selangor
2. Cikgu Faris ke SM Sains Bagan Datok
3. En Hamir Kontang juga ke SMS Bagan Datok
4. Pn Hamidah - kerani
5. Pn Norasyikin - kerani
6. Pn. Syakila Marsella - Juruteknik

Didoakan moga perhijrahan ini akan memberikan suntukan untuk terus berbakti demi agama dan negara. ok jumpa lagi ...

Saturday, November 14, 2009

segalanya anugerahmu ya Allah

Dengan KETENTUAN DAN KEHENDAKMU YA ALLAH .. akhirnya hambaMu yang kerdil ini KEKAL di INTESABER .... sebagai HEM .

Berakhirlah segala teka teki yang bermain difikiran kami sekeluarga dan semua rakan serta anak didik yang disayangi. Bermula Isnin ini 16 November 2009 ustaz akan menjalankan tugas baru di sini yang sememangnya jauh lebih mencabar dan besar tanggungjawabnya. Hanya pasaMu ya Allah hambaMu ini menyerahkan segalanya. Dipohonkan padaMu .. moga tannggungjawab baru ini lebih mendekatkan diri ini kepadaMu ...

Kepada pihak Bahagian SBP & Kluster, KPM khususnya Tuan Pengarah, terima kasih kerana memahami keperluan dan hasrat kami. kepada warga SMAP Kajang khususnya pengetua dan rakan pentadbir.. mohon kemaafan kerana tidak dapat memenuhi hasrat dan impian untuk bersama. Tidak lupa pada anak didik SMAPK yang dah lama kehilangan "bapa" mereka. InsyaAllah akan ada pengganti yang jauh lebih bagus dan baik dari ustaz ni.

Pada rakan sejawat di intesaber terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama selama ini. Diharap dengan perlantikan ni, jangan hanya berdiri di belakang ye ... kiri , kanan dan depan pun kena ada orang gak. kalau idak sapa nak jagakan .. he.he. Walau Apa2 pun diharapkan kita semua dapat bekerja lebih gigih dan bersatu hati kearah mengangkat martabat sekolah dan mendidik anak2 didik semua.

Buat isteri tersayang .. semua ini sudah pasti adalah kurniaan Yang Maha Berkuasa buat kita sekeluarga. Moga kita lebih mensyukuri nikmat kurniaannya ini. Terima kasih atas segala dorongan selama ini ..

Selain itu ....
Antara saat kegembiraan ibubapa adalah saat melihat kejayaan anak dalam usaha mereka. alhamdulillah akhirnya berjaya anakanda Maryam memperolehi MUMTAZ dalam PSRA nya ( exam sekolah agama petang ) baru2 ini. Debaran belum berakhir kerana result UPSR akan diumumkan pada rabu depan 18hb Nov ini.


Nak cerita gembiranya rasa hati ... sukar nak luahkan di sini. Tapi percaya wahai anak didik semua ... tiada siapa dari ibubapa tidak mengharapkan kejayaan dari anak mereka. Gembirakanlah hati mereka dengan seribu satu kejayaan kalian bukan kegagalan yang pasti mengecewakan ....

Buat ibubapa ...

Kejayaan itu pula bukanlah diukur dengan sijil, bukan dengan angka dan nombor semata2. Adakah no 1 bermakna dia telah berjaya? adakah 5A dalam UPSR, mumtaz dalam PSRA , 9A dalam PMR atau A dalam SPM kelak itu merupakan kejayaan HAKIKI? Apalah ertinya nilai A jika akhlaknya E disisi keluarganya, masyarakatnya dan lebih2 lagi disisi Tuhannya! Kerana apa??? pasti NERAKA tempat selayaknya buat mereka di akhirat kelak.

Yang lebih penting usaha dan tangungjawab yang telah mereka laksana dengan cara yang paling TERBAIK. hasilnya kita serahkan kepada Allah. Jika gagal dengan usaha terbaik mereka apakah bermakna mereka akan gagal selamanya? Berapa ramai tokoh dunia yang berjaya sebenarnya bermula dengan 101 kegagalan diperingkat awal mereka? Kita ibubapa perlu memahami hakikat ini semua supaya kita dapat mengawal perasaan di saat kita menghadapi kegagalan dan kekecewaan itu. Kecewa tetap kecewa bila kita menghadapi sesuatu kegagalan cuma kembalilah kepada ajaran al Quran bahawa hidup mati kita semuanya UJIAN Allah untuk melihat siapakah yang terbaik di kalangan kita!

Akhirnya sama2 kita sentiasa berdoa moga Allah kurniakan kejayaan dalam segala usaha yang kita lakukan ... amin.

*** berdebar menanti rabu depan ..

karangan Bahasa Arab festival sukan

Assalamualaikum buat semua.

Tajuk petikan untuk penulisan karangan ini adalah festival sukan bagi permainan tradisional@rakyat.

Perhatikan antara isi-isi penting dalam petikan ini. antaranya ialah
1. hari
2. masa ; bermula dan berakhir
3. perasmi
4. aktiviti atau kegiatan yang dijalankan
5. objektif
6. hasil
7. penutupan yang menggambarkan perasaan kita.

jika diamati dengan baik, segala isi penting adalah sama seperti kaedah yang pernah ustaz jelaskan dalam format PMR sebelum ini. Jadikan kaedah samalah kita gunakan dalam penulisan untuk SPM kelak.
rujukan petikan ; contoh dari buku teks bahasa arab tg 2 edisi baru 2009
aktiviti tambahan ;
pengunjung boleh cuba menterjemah petikan pendek ini dengan menulisnya dalam ruangan ulasan yang tersedia.
1.
2.
3.
selamat mencuba .

mufradat PMR siri 2

Alhamdulillah, dapat kita teruskan siri pembelajaran bahasa arab secara online dalam arab2u ini. Kita teruskan dengan paparan perkataan seerti dan berlawanan bagi sukatan tingkatan 2 edisi terbaru 2009 .

Diharap semua pengunjung terutama calon SPM yang bakal menduduki exam minggu hadapan.

perkataan seerti



perkataan berlawanan



Selamat berjuang.

Wednesday, November 11, 2009

Bengkel Bina Blog SBPISB 2009

Alhamdulillah dengan izin Allah ... bengkel membina blog yang dinanti-nantikan rakan sejawat akhirnya tiba jua. Bermula jam 12 tengahari semua guru SBPISB yang masih berada di sekolah ( sebab tak keluar kursus, mesyuarat dsb ) mula berkumpul untuk makan tengahari di DM. menunya best !!!! ciken chop ..... hmmm .




Sebelum menjamu selera, program di mulakan dengan ceramah tatacara pemakaian tuala tu .. apa nama ustaz pun tak ingat. Ya lah ... masuk lambat sebab ada slot julang BAT untuk f4 . Sampai DM dah tak de orang. Alhamdulillah ada 2, 3 orang rakan yang lewat jugak.


Lepas makan terus, solat dan dengar pulak pengisian rohani dari ustaz fadzlan perihal solat sunat. Ada serba sedikit pengisian kerohanian dalam program gini ok lah .. paking tida mengingatkan kita dari kelalaian duniawi yang mempersonakan ni.


hmm ... tengoklah cerianya sebahagian rakan guru dalam bengkel ni. Apa idaknya ... selesai je bengkel masing2 bakal memiliki blog sendiri. Bolehlah lepas ni pakat mengeblog semua.



Cikgu Rhozali ( kanan) happy dengan blog barunya .. sejarahbest2u.blogspot.com. Dialah antara peserta pertama yang publish postnya ke internet . happy sungguh2 lah ... cikgu Hatta pulak (kiri) khusyuk sepanjang taklimat tapi sayangnya tak dapat menyempurnakan blog kerana kesilapan teknikal. Agaknya bukan khusyuk tuuuu ... tension kot!!! he.he. Tak apa ... esok lusa kita bantu siapkan blog baharu BM dia. Cikgu Nan ( bawah ) dan pasangannya cikgu azizah pulak rasa puas dengan kejayaan menyempurnakan blog masing2. Senanglah lepas ni. Nak cari bahan math ... masuk je lah blog dia orang tu.



alhamdulillah berikut adalah antara contoh paparan blog mereka yang dah siap . hmmm.. seronok benar dia orang bila dah siap hasil penat lelah mereka petang ni. syabas dan tahniah lah kerana berjaya akhirnya menyelesaikan tugasan petang ni. berbaloi-baloi datang petang ni. Pada rakan yang tak hadir jangan cemburu pulak .... bila2 boleh belajar dengan mereka ini .













Terima kasih bebanyak pada rakan blogger ustaz zaki ( tanya ustaz.blogspot.com ) yang turut membantu menjayakan bengkel hari ini. Sebenarnya kami bahagi 2 slot. slot 1 ustaz beri tatacara penyediaan blog. Dari mula buat email dalam google hingga siap tapak blog. Setelah selesai edit dan setting blog masing2, slot 2 diidi pula oleh ustaz zaki iaitu bahagian penulisan artikel, add image dan video dalam post dia orang semua. Ok lah nampak mudah ikut apa yang diajarkan.


Sebelum lupa .. kami ucapkan bebanyak terima kasih pada mentor kami dalam blog iaitu anakanda faka kerana atas daya usaha dan pujuk rayu dialah kami akhirnya kami bergelumang dalam dunia blog ini. Tanpa disangka2 pula ... akhirnya kami pulak yang diberi tanggungjawab utk membimbing rakan lain ke dunia blog ni. Moga segala usaha ini akan diangkat menjadi amal soleh yang membuahkan kebajikan dan manfaat buat semua

InsyaAllah bila semua dah berjalan lancar.. akan datang ustaz akan paparkan list blog mereka buat makluman anak didik intersaber dan pengunjung semua. ok jumpa lagi dalam perkembangan terbari kelak.



ingatlah ...




Hidup berkeluarga bersama isteri dan anak2 memang banyak cabarannya yang semestinya berkehendak kerana sifat sabar seperti yang ustaz coretkan dalam post terdahulu. 1001 kemahiran kita perlukan. soalnya bilalah semua tu kita nak belajar. mana ada masa? malaslah .. rasa tak pentinglah dan pelbagai alasan akan kita lontarkan. Ustaz yakin Demikian sebagai guru yang berhadapan dengan perilaku dan kerenah anak2 didik yang pelbagai. macam2 pulak tu ...



Memenuhi kehendak anak2 adalah cabaran besar. Ada masa kita dapat penuhi, ada kalanya sudah tentunya kita terpaksa halang. nak bersiar2, nak berhibur? nak main games? apa saja lah .... boleh asalkan tidak melampau atau berlebihan dan paling penting tidak keluar dari tuntutan beragama bukan hanya berpandukan apa kita akal fikir dan apa nafsu kata.



Untuk seorang bapa atau ibu menjaga, mengawal sepenuh pergerakan anak sepanjang hari setiap masa ... sudah tentu tidak mudah. Anak2 sendiri bukan mahu kita jaga mereka. rimaslah, lecehlah ... ini antara ungkapan yang mungkin keluar dari mulut mereka. Terutama yang dah meningkat remaja . Bagi kita yang dah dewasa... kita dah lalu zaman mereka. Dah lihat dan rasa kesan akibat dari setiap tindak tanduk mereka. Kita larang bukan bermakna kita nak kongkong semuanya. Nak berpasangan ? ingin disayangi? rasa cemburu dengan rakan sebaya? ingin bebas buat apa saja kita suka? bebas dari mak ayah , dari segala peraturan ? sebutlah apa saja naluri remaja. kita dah lalu .... pendek kata ikut RASA binasa, ikut NAFSU ... LESU akhirnya .

Ustaz nak jaga 5 anak termasuk 2 orang yang sedang meningkat remaja pun kekadang rasa tertekan dengan 1001 macam kehendak mereka. Inikan pula nak layan 500 orang pelajar di asrama seperti ustaz Ahmadi, cikgu syukri, Ckgu Din, Cikgu alai, Cikgu Has, dan rakan2 warden yang lain. hmm.. bayangkanlah ..... bagi anak2 ni, apa mereka fikir ? seronok dan enjoy!! alasan ? remaja sekali je. hidup sekali je. kalau tak enjoy masa ni tak kan nak tunggu tua? Hakikatnya .. mereka yakin ke boleh sampai ke umur dewasa? tahu bila nak mati? sedar apa dia MATI tu?

Selalu ustaz pesan dan didik anak2 sendiri; jaga agama, jaga solat jaga aurat, jaga hubungan dengan orang tua dan rakan , jaga maruah diri. Ingat .. abah ummi bila2 masa akan mati dengan kehendak Allah, maka saat tu jadilah kamu semua anak yatim piatu. Sapa nak jaga kalau tiada berakhlak? tiada beragama? Kat mana berada .. kena sedar bumi ni milik Allah yang maha Mengetahui akan segala sesuatu walaupun abah ummi tak tahu ... Oleh itu pesan ustaz lagi .. biar mati dalam usaha mentaati Allah dari mati dalam kemurkaanNya.

Demikianlah halnya dengan anak didik semua ...

nasihat dan pesanan yang samalah selalu ustaz peringatkan. Tiada harta nak ustaz tinggalkan buat kamu semua .. kecuali nilai AGAMA. Sementara ustaz berpeluang inilah ustaz guna sebaik mungkin. kalau dah tiada ruang dan peluang .... apa boleh buat , lihat sajalah.
Nak gigih berusaha, nak berjuang, nak cemerlang atau apa saja ... masa kita ada kesempatan dan peluanglah. bila? SEKARANG LAH !!!!!! nak tunggu dah habis belajar ? nak tunggu masa dah tua, dah sakit, dah sibuk , dah melarat atau tunggu MATI?

wALAU apa pun .... kalian semua tetap dalam ingatan. ustaz dan mama tetap SAYANG kamu semua meskipun kekadang hati ini terguris ...

Tuesday, November 10, 2009

Hidup perlu Sabar



Hidup di dunia dengan pelbagai masalah memang tidak mudah ...
mesti sabar
hidup sebagai bujang tidak mudah ...

mesti sabar
hidup berumahtangga , tiada anak, pun tidak mudah ...

mesti sabar
hidup berkeluarga , ramai anak lagi lah tidak mudah ...

mesti lebih sabar
hidup bekerja dan bekerjaya tidak mudah ...

mesti sabar
hidup tanpa kerjaya lagi tidak mudah ...

pun mesti sabar
hidup sebagai pelajar , kena ikut peraturan , tidak mudah ...

mesti sabar
hidup dengan tiada pelajaran lagi susah ...

mesti sabar
hidup dalam penjara akibat tidak mahu diajar , lagi susah ...

sabar tetap kena sabar
hidup jadi guru, jadi warden , stress layan kerenah anak-anak ...

selalu kena banyak sabar
hidup di bandar dengan pelbagai kemudahan , sesak sana sini ...
mesti sabar
hidup di kampung terpencil tanpa kemudahan ...
pun mesti sabar



pendek kata .. selagi HIDUP atas dunia, ustaz fikir ilmu paling utama adalah sifat SABAR. Dengan kesabaran kita jugalah... pelbagai pengalaman hidup akan dapat kita lalui dengan baik. Benarlah hadis Nabi ...


SABAR itu sebahagian dari kesempurnaan IMAN.

Sunday, November 8, 2009

mujam kalimah tg 3 siri 2

Salam sejahtera buat semua

Mujam kalimah dibawah akan membantu anda untuk memahami isi kandungan pidato lalu bertajuk " jalan menuju kejayaan " .






selamat maju jaya .... tekadkan azam teruskan usaha memburu kecemerlangan dunia akhirat .



Thursday, November 5, 2009

tv9 pelawa pengacara?

Alhamdulillah segala pujian kehadrat Ilahi atas segala nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga.

Pengalaman baru dan menarik untuk dikongsi ....
Hmm .... al kisah bermula bila mana awal pagi 4hb lalu ustaz buka blog ni seperti biasa sebelum memulakan kerja sebagai pendidik ni. Opss!! apa ni? Pengacara bahasa arab untuk tv9? biar betul ni!!! macam tak nak percaya tapi macam boleh percaya ... tak kan ust Nik Tarannum nak main2. Lagi pun selama ni memang ust tak pernah mengenali beliau kecuali melalui rancangan menariknya " mari bertannum" tu.

Ustaz pun memberanikan diri menghubungi beliau . Hmm ... rupanya memang betul . Sah lah apa yang dimesejkan pada ustaz tu. Setelah berbincang dan minta sedikit penjelasan lanjut, akhirnya ustaz mohon kebenaran pengetua untuk ke sana pagi tu.

Bergegaslah ustaz dari sekolah. Kebetulan di sekolah ada program Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2009 . Sebaik selesai perasmian penutupan, ustaz terus bergerak ke Seri Pentas Damansara. Macam2 perasaan dalam hati ni. Boleh ke aku ni? layak ke? Tapi didorong rasa ingin tahu dan inginkan mencari pengalaman baru ... gagahkan diri jugalah untuk mencuba.

Bak kata mentor ustaz Tuan Haji Rizuan Atan ; " Kalau kita nak apa saja dalam dunia ni .. mesti bertindak untuk mendapatkannya, nak ikan mesti letak jaring. Tak ada jaring besar dan baik .. jaring kecil dan koyak pun tak apa ... asalkan kita dah letak. Ada rezeki dapatlah ikan tu. Tak ada rezeki paling tidak kita dah ada usaha mendapatkannya. Kalau tak usaha ..... cerita panjang lebar berhari-hari pun tak jadi apa. Habuk pun tak ada! "

Maka akhirnya bertemulah ustaz dengan dua orang pegawai yang bertanggungjawab iaitu Puan Aizah Mahani ( kanan berbaju biru ) selaku penerbit dan puan ilmi ( kiri baju oren tu ). Seperkara lagi ... bertembung pulak ustaz dengan saudara mazidul depan pintu sebelum jumpa 2 pegawai tu. He.he. ... bagi kita orang awam dan kebanyakkan ni perasaan suka dan teruja sedikit sebanyak pasti wujud dalam situasi begini. Maklumlah ... selalunya tengok tv je. Manalah berangan sampai nak menjengah ke dalam stesyen tv tu...


Pihak tv9 sedang menemuduga calon2 untuk mengisi slot bahasa arab yang akan diterbitkan tahun hadapan . Jadi panjang lebarlah kami berbual. Apa pun satu pengalaman menarik dalam hidup ustaz. terima kasih pada puan aizah dan puan ilmi atas baikbudi dan layanan baik yang diberi. sempat lagi belanja ustaz makan laksa ... terima kasih lah. Lain kali datang seri pentas ustaz pulak belanja kalian berdua ya ... YANG PENTING bagi ustaz bukan soal pelawaan atau inginkan tugas pengacara tu , tapi bagaimana proses kita MEMBINA HUBUNGAN itu berjalan dalam komunikasi seharian kita baik sesama rakan sendiri yang kita dah kenali termasuk anak isteri suami ataupun dengan orang yang tidak kita kenali dengan rapat. Ustaz fikir dan yakin banyak persoalan dan permasalahan wujud dapat diselesaikan melalui kaedah hubungan baik ini. Dimaklumkan ramai pensyarah dan ustaz2 yang telah menjalani proses pemilihan dari awal pagi. Ustaz datang ... untuk mendapat gambaran jelas tentang pelawaan yang diberi. Tidak mudah, mencabar dan memang memerlukan komitman tambahan dari kita. Ada kemampuan ustaz akan cuba , kalau tidak pun ... ustaz dah mempelajari satu lagi pengalaman baru dalam hidup. betul tak???




Sebelum keluar sempat juga posing depan konti . Kebetulan AG sedang ke udara di radio waktu tu. Sekali lagi syukran atas pengalaman yang diberi. Ustaz doakan mereka dapat menjalani kehidupan harian dan melaksanakan tugas dengan baik serta dirahmati Allah. Lucunya .. kat sekolah dah sibuk cikgu2 panggil ustaz selebriti !!! siap nama baru lagi ... ustaz amir hay . he.he. biasalah kawan2 bergurau




Pesan kepada anak didik semua ;

Serlahkan dan manfaatkan sepenuh potensi diri agar ia memberi kebaikan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk semua


Jumpa lagi .....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails