STAR dan LRT ... best bila tengok dia orang happy melalui pengalaman pertama mereka

Bagi anak2 yang first time naik ketapi ni memang melahirkan rasa teruja pada mereka. rasanya seribu satu perasaan ada kot. Takut, kecut, suka semua ada bila melihat raut wajah mereka tu.


Sebenarnya ustaz dan keluarga naik STAR tu untuk ke PWTC . Tengok KLIMS 2010 ... Pendekkan cerita memang best la pameran permotoran tu . Boleh cuci mata dengan pelbagai teknologi terkini. Rasa bangga melihat pencapaian Malaysia hari ini.

Ha yang ni... boleh dipertimbangkan untuk dimiliki nanti. he.he ada sapa nak sumbang tabarru pada ustaz sebagai amal jariah????

Sempat lagi nak beraksi depan batman tu ha ... kalau dah kanak2 kan, kanak juga ya

Penat dan lapar ... faham2 saja lah bila dah meronda keliling bangunan tu. atas, bawah, tengah semua pusing. Akhirnya landing di Rasa Ayamas di KL Central semula . Lega rasanya bila boleh relaks. Harga makanan di tempat sebegini biasalah lebih sikit kan tapi nak buat camna semua dah mogok lapar .... hulur saja lah duit yang ada.
1 comment:
waah, seronoknya pergi KLMS :))
selamat bercuti, ustaz!
Post a Comment