Cuti Tahun Baru Cina yang lalu alhamdulillah berkesempatan juga kami sekeluarga balik ke kampung di terengganu sejenak. Perjalanan 12 atau 13 jam adalah perkara biasa pada kami. Hanya kesabaran menjadi peneman dan semangat sepanjang perjalanan.
Terengganu sememang terkenal dengan penghasilan keropok Lekornya. Tapi kali ini ... sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Secara jujurnya pada ustaz keropok Losong telah hilang serinya. Kalu dulu memang kami mesti masuk ke kg losong untuk dapatkan kepok lekor tu tapi hari ini tidak lagi. Samada balik melalui Kelantan atau Kuantan ... sepanjang jalan telah sedia ada penjual kepok lekor yang tidak kurang enaknya.
Pada pandangan ustaz, jika pengusaha kepok Lekor tidak berubah dan mencari altenatif baru .. tak lama lagi semakin ramai pengusaha kepok lekor akan gulung tikar di kampung tu. Kualiti kepok sudah semesti perlu dijaga untuk menarik pelanggan tapi saingan sengit dari pengusaha lain "diluar" mampu melenyapkan identiti kampung losong tu.
Salah satu pengusaha kepok lekor yang ustaz fikir semakin mendapat tempat adalah di kg kelulut ini. Tak jauh dari kg Rusila iaitu pusat pengajian Tuan Guru Haji Hadi Awang. Bukan sahaja mudah dilihat sebab lokasinya ditepi jalan atau laluan utama tapi kualitinya juga baik. Ramainya pengunjung subhanallah. Lamanya kami terpaksa menunggu di luar kedai. Pekerje yang membungkus sahaja tak kurang 10 orang. Itu pun tak cukup tangan nak melayan. Bayangkan sajalah sorang berdiri tak kurang rm30 , malah ada hingga rm70!!
Apa pun rezeki Allah tu luas dan ada dimana-mana saja asalkan kita sanggup usaha keras untuk mendapatkannya. Cuma tabiat orang kita tak leh tengok orang lain berjaya .. ada saja hasad di hati nak menjatuhkannya. Tapi InsyaAllah selagi berpegang pada Allah, Allah tatap akan memelihara kita.
No comments:
Post a Comment