Tuesday, February 15, 2011

Tiap Kebaktian Ada Ganjarannya

Pagi ni ada perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi. Ada pulak program explore riadah sirah nabawiyah yang dianjurkan BADAR untuk semua pelajar. Selesai membantu dan memantau aktiviti dia orang semput ustaz jengok kebun di belakang rumah ni. Tak sangka dah berbunga rupanya pokok bunga kantan tu. Bertambah semangat dalam hati untuk terus berbakti pada bumi Allah yang luas terbentang.

Betul orang tua kata " Berbudi pada tanam kita akan tuai hasilnya" Allah pun dah ingatkan bahawasanya setiap manusia akan memperolehi hasil dari tiap usaha dan kerja yang dilakukan. Tidak di dunia .... di akhirat tetap akan menerima habuannya. Baik atau buruk bergantung apa yang kita usahakan.



akhirnya berputik jua bunga kantan yang ustaz tanam setahun yang lalu.. benarkan.. usaha dan sabar itu ada ganjarannya di sisi Allah. hhmmmm ... tak sabar nak buat laksa penang


Firman Allah ;
"Khabarkan berita gembira kepada mereka yang beriman dan beramal soleh bahawa sesungguhnya untuk mereka ganjarannya adalah syurga yang mengalir dibawahnya air sungai dan mereka akan kekal selamanya di dalamnya "

Moga ceramah ustaz Ashraf Suarin , Imam MAsjid Kuala Selangor dalam sambutan Maulidur Rasul tempohari akan tersemat dalam jiwa sebagai panduan dan ingatan kita semua. Berbakti dan berbuat kebaikanlah seperti dipinta oleh Nabi kelak kita menyesal jika bertemu Allah tanpa membawa bekal dan amal ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails