Sebaik selesai solat raya ... sempat kami singgah banting untuk bergambar
Berkunjung dan merayakan aidilfitri bersama adik beradik memang satu kemestian bagi kami. Almaklumlah adik beradik ramai 10 orang semuanya. Happy mesti happy bila semua berkumpul .. penat tak penat pun sempat juga abiskan kunjungan kami ke rumah saudara mara terdekat
Aidilfitri ke 2 adalah hari ulang tahun kelahiran anakanda sulung kami Maryam Husna . Sebagai menghargai minat dan kecenderungan nya yang suka membaca, tahun ni kami bawa dia ke Putrajaya khusus ke kedai buku MPH untuk membolehkan dia mencari buku2 kegemarannya. Sehari suntuk kami di sana ... riuh rendah kedai tu dengan suara 2 puteri kenit kami Kak Ijah dan Sumayah
Tumpang gembira bila melihat kegembiraan anak-anak
Syawal ke 4, kami bergerak hala sabak bernam untuk mengunjungi saudara mara dan rakan di sana. Pertama sekali pastinya rumah pengasuh kak Ijah dan Kak Sumayyah iaitu mak Uji dan Wak Tamin .
Happynya dia orang sebab dapat melepaskan rindu terpendam . Perjalanan diteruskan hingga ke Taiping Perak . Kali ni kami terus ke Hotel Seri Malaysia sebab dah bercadang untuk bawa anak-anak terus bercuti sekejap. Apa lagi.... kolam lah renang lah tumpuan utama mereka. Manda sakan sapi kecut kulit badan dibuatnya... Abahnya pun tumpang sama sebab nak jaga keselamatan dia orang tu semua
Berpeluang akhirnya mereka mengenali adam... antara nama orang utan yang menjadi penghuni di pusat orang utan Bukit Merah tu . Selain itu, taman herba juga boleh memberikan sumber inspirasi baru untuk membuat lanskap sekeliling rumah atau sekolah sekiranya mahu ...
Kesesakan lebuhraya memaksa kami menggunakan jalan dalam untuk balik ke KL. Dari Taiping terus ke Trong, Pantai Remis dan Setiawan sebelum ke Teluk Intan dan Sbak Bernam. Meskipun memang memenatkan... tapi berbaloi bila dapat meluangkan masa dengan ahli keluarga
No comments:
Post a Comment