mari kita amati contoh yang diberikan .
contoh 1 bermaksud ; bapa telah balik ke rumah " dalam keadaan tersenyum " . Perkataan مبتسما atau tersenyum menjelaskan perihal keadaan bapa sebagai pelaku dan ia dihukumkan sebagai MANSUB kerana berada dalam kedudukan HAL dan diberikan BARIS ATAS kerana ianya murfad
contoh 2 bermaksud ; Ahmad datang ke masjid " dalam keadaan menunggang" basikal . Perkataan راكبا atau menungang menjelaskan perihal keadaan Ahmad sebagai pelaku dan ia dihukumkan sebagai MANSUB kerana berada dalam kedudukan HAL dan diberikan BARIS ATAS kerana ianya murfad
contoh 3 bermaksud ; Saya dapati kanak-kanak lelaki itu " dalam keadaan menangis " di depan rumah Perkataan باكيا atau menangis menjelaskan perihal keadaan kanak-kanak lelaki sebagai مفعول به dan ia dihukumkan sebagai MANSUB kerana berada dalam kedudukan HAL dan diberikan BARIS ATAS kerana ianya murfad
contoh 4 bermaksud ; Dua orang murid lelaki itu telah mengambil keputusan peperiksaan " dalam keadaan gembira" . Perkataan مسرورين atau gembira menjelaskan perihal keadaan 2 orang murid lelaki sebagai فاعل dan ia dihukumkan sebagai MANSUB kerana berada dalam kedudukan HAL dan ditukarkan ALIFF MUSANNA kepasa YA kerana ianya musanna
Paparan di atas ini pula adalah jenis-jenis HAL
No comments:
Post a Comment