Salam kasih sayang dan ingatan dari ustaz buat semua anak-anak yang bakal dan sedang menduduki PMR untuk tahun 2012 ini. Didoakan moga Allah membantu kalian dalam segala usaha dan ikhtiar yang telah dilakukan selama ini. Selebihnya kelak berserah dan pasrahlah dengan KETENTUAN Ilahi yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Hadapilah segala kemungkinan dengan hati dan jiwa yang berani serta tabah. Dunia tidak tamat hanya kerana kegagalan kita dalam memburu impian dan kejayaan kerana telah terbukti mereka yang berjaya adalah orang yang berani bangkit dan belajar dari kegagalan
Ribuan kemaafan ustaz hulurkan kerana ketidakupayaan untuk memenuhi semua cadangan dan permintaan pengunjung dalam menyalurkan maklumat yang diperlukan kerana kekangan tugas dan masa yang terhad.
No comments:
Post a Comment