Tuesday, January 5, 2021

الفصل 4 : مهارة اللغوية 1

 

أُعَيّنُ نَوعَ الفِعْلِ فـي الجملة الآتية وأُبَيّنُ وَزْنَهُ :

 menentukan jenis perbuatan di dalam ayat berikut dan menjelaskan wazan nya

 

يُفْهِمُ الأستاذُ الدَّرْسَ لِطُلاَبِهِ

الرَّجُلُ شَجَّعَ فَـريقَـهُ الـمُفَضَّل

اسْـــتـَرِحْ  يا أخِي على الكُرسِيّ

شَارَكَ الطالِــبَةُ فِـي الـمُسابَقَةِ

تَسْتَخْدِمُ الـمُدَرِّبةُ الـحَــبْلَ


Apa yang perlu murid fahami dari arahan di atas, murid dikehendaki mengenalpasti perkataan kata kerja @perbuatan dari potongan ayat yang diberikan.  Seterusnya murid perlu menentukan apakah wazan @ acuan kata kerja yang digunapakai dalam pembetukan perkataan kata kerja tersebut.

Pertamanya murid perlu faham bahawa kata perbuatan terbahagi kepada ( أمر ) (  مضارع  )  ( ماضي ) .  Mulakan  langkah awal dengan mengenepikan semua kata nama ( الأسم ) dan  huruf ( حرف )  dari potongan ayat. 

Kata nama (  الأسم ) boleh dikenalpasti dengan adanya huruf  alif lam (  ال )  pada perkataan tersebut. Maka murid akan dapat melihat dengan jelas semua perkataan kata kerja @ perbuatan yang digunakan di dalam ayat tersebut. 

Setelah menentukan semua kata perbuatan , langkah berikutnya adalah menjelaskan apakah wazan ( وزن  ) yang digunakan . 


الكلمَاتُ

 نَوع الفِعْلِ

   وَزْنــهُ

يُفْهِمُ

فعل مضارع

أفعَلَ  يٌفْعِلُ

شَجَّعَ

فعل ماضي

فَعَّلَ    يُفَعّلُ  

اسْـــتـَرِحْ  

فعل أمر

استَفْعَلَ يَسْتَفْعِلُ استَفْعِلْ

شَارَكَ

فعل ماضي

فاعَلَ  يُفَاعلُ

تَسْتَخْدِمُ

فعل مضارع

استَفْعَلَ يَسْتَفْعِلُ


Berikut disertakan maksud penuh potongan ayat di atas


ustaz memahamkan pelajaran kepada pelajarnya

Lelaki itu mendorong pasukan kegemarannya

Saudaraku, berehatlah atas kerusi.

Pelajar itu telah menyertai pertandingan ini

Jurulatih sedang menggunakan tali 


Sila amati potongan ayat berikut. 


يُفْهِمُ الأستاذُ الدَّرْسَ لِطُلاَبِهِ   (  a  )

الرَّجُلُ شَجَّعَ فَـريقَـهُ الـمُفَضَّل   (  b  )


Kamu akan dapati potongan ayat(a) dimulakan kata kerja @ perbuatan ( فعل  ) . Maka ayat ini dinamakan Jumlah fi'liyyah (  جملة فعلية  ) . 

Potongan ayat (b) pula dimulakan dengan kata nama ( اسم  ) maka ayat ini dinamakan Jumlah Ismiyyah (  جملة اسمية  ).  


Perlu difahami bahawa struktur jumlah ayat ini akan menentukan kedudukan i'rab (  موقع الأعراب  )  yang berbeza antara (  فعل  )  dan ( اسم ) dalam ayat tersebut.


sila rujuk pautan di bawah untuk info tambahan : 

https://arab2u.blogspot.com/2010/03/mari-irab-kalimah.html



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails