Friday, May 29, 2009

Jadi Kawan Blog

Memandangkan sambutan pisang goreng panas terhadap blog ini,Ustaz rasa elok buat 1 ruangan bertukar-tukar link.Buat permulaan,Ustaz link terus pada blog/salah satu blog anda ye.Jika ada follower yang takde blog tapi ada akaun Friendster,Myspace,Facebook,Twitter dll yang hendak bertukar-tukar link boleh juga beritahu di ruang komen.Begini format komennya...

Nama:
*Siapa Anda?:Ustaz(Bahasa Arab)/Ustazah(Bahasa Arab)/Kaunselor/Guru(selain daripada yang disebut tadi)/Pelajar sekolah....(untuk bekas murid & anak murid kini)
*untuk ruang ini tulis salah satu sahaja
Blog/Link:

Hal ini terpaksa Ustaz buat supaya dapat kenal pasti,mana satu kawan,mana satu x-student. Lagi satu,untuk Ustaz dan Ustazah yang mengajar bahasa Arab senang Ustaz tambah di bahagian rujukan maya tu.

Cikgu,Kaunselor,Ustaz & Ustazah
[Ustaz Arifin Aziz][Cikgu Rozita Jayus][Ustazah Ilina][Tinta Murabbi][

Anak Didik
[imaneiqyn][Nadirah Arifin][Anis Fatina][Kamil][Izzati][Izzati Abdul Rahim][Zayani Syazwan] [Aqilah Ahmad][Noor Irshad][Ainaa Najihah][Atiqah][Ahmad Irfan][Afnan][Fariha Abdullah]
[Atteya][Nik Emir Arif][

BencintaPencinta Blog Ini
[abu muaz][D'Rimba][Mohd. Adha Mohd. Zain][S.Y.A.Z.A.N.A][Suhaimi Said][Fauzi Sabri] [Nuruddin][Choose To Be Change Or Not To Be][Lenggang Kangkung][

الإجازة المدرسية

اليوم يوم الجمعة . تبدأ الإجازة المدرسية لجميع المدارس في ماليزيا
ماذا ستفعلون في هذه الإجازة؟
هل عندكم برامج خاصة ؟
كيف تملؤون الوقت الفراغ ؟
كما هو معلوم .... التخطيط السليم أساس النجاح في جميع الأعمال
فلا بد عليكم جميعا أن تخططوا أعمالكم لتكون منظمة منسقة
عليكم أيضا أن تُؤدّوا الواجبات المدرسيّة و يُطالِعُوا الْكُتُب







Teringat masa waktu remaja dulu sepertimana kalian ni . tak sabar nak balik kampung.... happy . Tapi happy tu tak lama .... masa sibuk2 mengemas, masa atas bas dan akhirnya waktu jumpa mak dan bapak. Dah sampai rumah ... tak sabar nak balik semula ke asrama. Sebab di kampung tak de sapa cari ustaz. Kawan2 lama asyik cari abang kembar ustaz je.... boring... boring. Duk asrama gak lebih menyeronokkan. kawan ramai.... macam2 ada dan boleh buat.

Macamana pun selamat bercutiiiiii. Sayang selalu dari ustaz, mama dan family.

SPM maksimum 10 subjek mulai tahun depan

NILAI: Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Serentak dengan itu, beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.

"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek hari ini.

Muhyidin, yang juga Menteri Pelajaran, diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Muhyiddin berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.

Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.

Muhyiddin berkata kementerian amat serius untuk merapatkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar walapun perbezaan jurang ini tidak sejauh mana.

"Sebenarnya jurang ini tidak terlalu jauh tetapi masih ada perbezaan yang agak ketara daripada sudut lain dan ini dilihat daripada segi keputusan peperiksaan," katanya.

Pembaharuan yang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-10 membabitkan pembangunan prasarana, tenaga guru dan cara pembelajaran murid, katanya.

"Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar ini terdapat ramai orang bumiputera Melayu, bumiputera yang agak miskin, kurang berkemampuan. Kita mahu pembangunan sekolah-sekolah di luar bandar sama tahapnya baik daripada segi infrastruktur, cara pembelajaran sebagaimana yang terdapat di kawasan-kawasan yang sudah maju," kata Muhyiddin.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di pedalaman merupakan cabaran utama bagi kementeriannya melaksanakan pembaharuan itu.

Walaupun kementerian ada menawarkan elaun sebanyak RM1,500 sebagai insentif sejak dari tahun lepas untuk mereka datang ke kawasan pedalaman misalnya di Sabah dan Sarawak, masih banyak cabaran lain perlu ditangani.

Beliau sedang memikirkan cara untuk menyenangkan kehidupan guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman ini kerana walaupun mendapat elaun, kementerian sedar masalah lain seperti perumahan menjadi asas utama perlu diatasi.

Kompleks Pendidikan yang dilawati Muhyiddin hari ini terletak di kawasan seluas 400 hektar dan menempatkan kompleks Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Kos keseluruhan projek ialah RM1.3 bilion dan sebahagiannya dijadual siap pada penghujung 2010. BERNAMA

*** Bagi ustaz ; setiap perubahan pasti memerlukan pengorbanan. Siapakah yang terkorban atau berkorban ??? Adakah ia memberi impak pada survival melayu Islam ? Bagaimana nasib anak2 melayu Islam disekolah2 agama seluruh malaysia? Bagaiamana dasar untuk melahirkan teknokrat Muslim yang hafaz Al Quran ? Dengan 10 subjek mana nak letak BAT tu? hmmm ... pandangan dan ulasan pengunjung amat dialukan

CATATKAN komen dan ulasan anda di bawah.

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH MULAI HARI INI.............


Thursday, May 28, 2009

Slumdog Millionaire

Awal pagi tadi ustaz bangun jam 4.15 pagi. pertamanya khadijah menangis dan keduanya memang kena bangun awal sebab kena bawa rombongan ke UKM untuk program permata pintar. Siapkan basuh baju dalam mesin terus kejutkan anak2 di asrama takut tak terjaga lagi sebab janji bergerak jam 5.00 pagi.

Rupanya tiba di asrama sebahagian anak2 tu tengah menonton MU vs Barca final piala Eropah. Tak pa lah sebab memang dah tahu dia orang minta kebenaran ustaz ahmadi dan warden. Kesian mama ... ustaz tinggalkan dia dengan tak sempat jemurkan baju anak2 . Biasanya tu rutin ustazlah tiap pagi sebelum ke sekolah. Hmm ... mesti ustaz boleh bayangkan betapa kelam kabutnya mama tanpa ustaz di awal pagi. Pendek kan cerita ... kami tiba di UKM jam 9.45 pagi. Rupanya majlis tak mula lagi. Sabar jer lah .... Ada sarapan disediakan pulak tu. walhal sebelum kami dah berenti sarapan sebab takut terlewat dan tak disediakan makanan. Terbang rm4@5 .... Sebaik saja selesai uruskan rombongan dengan bantuan cikgu mahfuzah ( guru baru praktikal subjek KHB dari UPSI asal Johor) ustaz teruskan teman pacik Hamir uruskan perihal bas.

Selesai acara lebih kurang jam 2.30 petang terus bertolak balik. Sempat singgah di Klang Parade ... apa lagi bebudak tuuuuuu , shopping sakan lah. Mc D lah, ais krim lah , pop corn .... ntah apa 2 lagi. Ya lah bebudak asrama memang cam ni... sesekali boleh keluar asrama tu lah pun hiburannya. Ustaz membesar dari kecik malah menua pun di persekitaran asrama, jadi dah masak sangat keperluan dan kehendak bebudak asrama. Tu sebab ust minta izin ustaz ahmadi,ust jaafar untuk menyinggah jap sebelum balik ke asrama. Kesian Nabihah sebab demam . Sempat belikan panadol lepas tu minta dia berehat di surau jer .

Sempat gak ustaz dan paksin Hamir tu main bowling sementara menunggu. Yang menariknya untuk dikongsi sebenarnya adalah pasal cerita india yang ditayangkan dalam bas tu. Amierul Rieza lah yang membelinya ....

Kisah Jamal Malik pemuda berusaia 18 tahun dari Mumbai yang memenangi hadiah utama berupa 20 juta rupee india dalam program " Who Want to be a Millionaire? " . Sangat menarik kisahnya malah bagi ust amat memberi makna.
PENGALAMAN HIDUP kita akan menjadikan kita dewasa. Apa jua bentuk pengalaman yang kita lalui, sesukar mana sekalipun atau sederita mana ia tetap ada HIKMAH disebaliknya yang kita tidak tahu kerana semua itu adalah PERANCANGAN dan KETENTUAN Allah ke atas setiap dari kita. Kita fikir mungkin ia satu keburukkan dan azab tetapi sebenarnya ia adalah senjata sulit yang akan memenangkan kita di masa hadapan. Atau mungkin kita rasa sesuatu pengalaman hidup itu amat indah dan membahagiakan ... tetapi sebenarnya ia adalah titik tolak DERITA yang berpanjangan di penghujungnya. SIAPA TAHU PERANCANGAN ALLAH?
Dari seorang kanak2 yang hidup berpelesaran, dalam sebuah , masyarakat yang melarat dan merempat, tiada pendidikan dan berpelajaran malah buta huruf akhirnya menjadi jutawan sekelip mata!!!! Ironinya setiap soalan yang dikemukakan kepadanya mempunyai jawapan hasil dari pelbagai pengalaman dan liku-liku hidup yang pernah dilaluinya sebelum ini. Bermula dari kegilaannya terhadap bintang pujaan Amitah Bachan sehingga kepada kematian ibu di hadapan mata sendiri dan kehilangan kekasih yang dicintainya.

apa rahsaia KEJAYAAN Jamal Malik ??????
KESABARAN DALAM MENGHARUNGI CABARAN DAN PENDERITAAN HIDUP.

Adakah kita cukup derita dalam hidup ini? Derita sangat ke duk kat asrama yang dibekalkan makanan RM10 sehari berbanding zaman ust dulu2 RM4.50? ( ntah tak berapa ingat dah ) atau tak tertahankah kamu belajar di SBP hingga meronta2 untuk berpindah?????? Ingat dan insaflah .... sesusah-susah kamu, sederita-derita kamu, ramai lagi rakan-rakan kamu yang lebih derita di luar sana. fikir-fikir dan renung-renungkan lah .

Terima kasih kepada semua anak-anak yang terlibat kerana patuh arahan dan memudahkan kerja ustaz sepanjang program berjalan. Kamu sememangnya anak2 yang baik dan bijak.
Buat Isteri tersayang ... terima kasih membantu menguruskan anak2 di rumah dengan baik. terima kasih kerana menjadi seorang sahabat yang amat memahami dan penyabar . Pengorbananmu tak kan ku persiakan.

** Ust bersyukur dengan setiap apa yang ada, usaha perbaiki kelemahan yang ada, cuba lakukan yang terbaik dalam setiap kerja .... sementara masih ada kesempatan yang diberikan oleh Allah.

Tuesday, May 26, 2009

Yang Terbaik dalam dunia


Assalamualaikum kepada pengunjung budiman ..
satu perkongsian dari rakan blogger untuk tatapan bersama .

berdiri , ditempat yang paling tinggi sekali dengan ISLAM !


Siapakah yang hidup dengan mensasarkan untuk menjadi yang terbaik di dalam dunia ini?
Ya, terbaik dalam dunia. Bukan hanya di dalam kelas, bukan hanya di dalam negara, tetapi terbaik, mengatasi sesiapa sahaja di dunia ini. Siapakah yang menyimpan cita-cita sedemikian?
Mungkin, ada yang akan menyatakan bahawa, mereka tidak berimpian sedemikian kerana itu adalah mustahil. Ya, mustahil untuk kita menjadi yang terbaik di dalam dunia, dalam apa jua bidang sekalipun. Hal ini kerana, dunia ini luas, dan terdapat pelbagai jenis manusia di dalamnya. Hem… Benarkah?


“ Kita mesti jadi yang The Best In The World!”
Itu adalah laungan yang sering kedengaran di Musolla MATRI hampir setiap kali ketika Perhimpunan Mingguan dijalankan. Kata-kata itu akan dilaungkan oleh orang yang sama, dengan penuh bersemangat. Nama orang itu adalah: Mohd Abdoh bin Zainal Abidin, atau mesra dengan gelaran ‘Sir’.
“ Kita mesti menjadi yang terbaik dalam……?” Gaya jeritan ini juga kadangkala menggantikan tempat jeritan yang pertama.
“ DUNIA!” pelajar-pelajar MATRI akan menyahut dengan penuh semangat.


Terbaik di dalam dunia. Bagi sebahagian orang, mungkin dia akan melihat bahawa jeritan-jeritan semangat ini hanyalah omongan kosong sahaja. Ya, macam yang dikatakan di awal artikel, mustahil untuk menjadi terbaik di dalam dunia. Ada ramai orang yang lebih hebat dari kita.
Tetapi, saya tidak nampak jeritan seorang Sir Mohd Abdoh bin Zainal Abidin saban minggu adalah omongan kosong sahaja. Malah, kata-katanya itu menyuntik semangat yang besar dalam jiwa saya.


Menjadi yang terbaik di dalam dunia, bukanlah bermaksud, kita mesti mendapat tempat pertama tanpa tandingan dalam medan yang kita ceburi. Tetapi, menjadi yang terbaik yang dilaung-laungkan Sir Mohd Abdoh adalah, kita berusaha memberikan yang terbaik dalam segala apa bidang yang kita ceburi.

Kenapa? Adakah kerana hendak mengharumkan nama sekolah? Tidak. Tetapi adalah kerana kita membawa imej ISLAM dalam kehidupan kita. Kita adalah refleks kepada ISLAM itu sendiri.
ISLAM itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari ISLAM. ISLAM lah satu-satunya deen yang diredhai ALLAH SWT.
“ Sesungguhnya deen di sisi ALLAH itu adalah ISLAM” Surah Ali-Imraan ayat 19.


Justeru, kita sebagai manusia yang menggalas deen ini dalam kehidupan, perlu memberikan yang terbaik dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Kalau anda lihat di MATRI, kata-kata ini seakan-akan terserap dalam perjalanan pelajarnya. MATRI, walaupun hanya sekolah kampung yang tidak mendapat bantuan kerajaan, walaupun hanya sekolah di hadapan kebun getah yang tidak mempunyai budget besar untuk persediaan pertandingan, walaupun hanya merupakan sekolah daif tanpa kelengkapan sukan yang lengkap, MATRI tetap berjaya menjadi sekolah terbaik di Perlis, dan dikenali di Malaysia. Pasukan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah MATRI, adalah johan 7 tahun berturut-turut semenjak tahun 2002-2008, menewaskan segala sekolah yang ada. Pasukan Hoki MATRI dan Pasukan Bola Tampar MATRI pernah menjadi johan, menewaskan sekolah projek dalam sukan-sukan itu. Di dalam pelajaran, walaupun guru-guru MATRI ramai yang merupakan guru bersara, pelajar-pelajarnya ramai juga yang mendapat A berderet, malah ada yang pernah menjadi pelajar ke-2 terbaik STAM Malaysia, ada pelajarnya yang mendapat tempat 10 terbaik SPM dan PMR Perlis.

Tetapi, kami dididik bahawa itu semua bukan untuk sekolah semata-mata. Sebab sekolah akan berakhir bila tiba masanya. Laungan menjadi yang terbaik di dunia bukanlah untuk sekolah, tetapi untuk ISLAM, yang kita semua bawa sebenarnya. Sebab kita akan membawa deen ini, sehingga kita berdiri di hadapan ALLAH di akhirat nanti. Kejayaan kecemerlangan kita, hakikatnya adalah satu bentuk ibadah juga.

Maka, kita perlu mendaki, menjadi yang terbaik, dengan niat dan harapan, untuk mempamerkan kepada dunia bahawa, ISLAM adalah satu sistem yang benar dan menepati kehendak fitrah insani.

Sebab itu, selain hebat dalam pelajaran, seorang muslim dituntut mempunyai tubuh badan yang sihat, syakhsiah yang baik, akhlak yang menyenangkan, ilmu sampingan yang luas dan mahir dengan kemahiran hidup. Semuanya adalah untuk menterjemahkan ISLAM dan mempamerkannya kepada masyarakat.

Sebenarnya, dengan iltizam dalam ISLAM, mengikuti perintah ALLAH, dan meninggalkan larannganNya, itu sahaja sudah menjadikan kita yang terbaik di dunia. Hal ini kerana, yang tidak berada di dalam ISLAM, tiadalah mereka melainkan manusia yang rugi sahaja.
“ Barangsiapa yang mencari jalan hidup selain ISLAM, maka tidak akan diterima daripadanya segala sesuatu, dan dia di akhirat kelak tergolong di kalangan orang yang rugi” Surah Ali-Imraan ayat 85.


Dan jangan salah sangka bahawa ISLAM ini adalah berkenaan solat, zakat, puasa, haji, Al-Quran semata-mata. ISLAM ini adalah kehidupan. Menggapai kecemerlangan dunia dan akhirat!
“ dan dari kalangan mereka ada yang berdoa, wahai RABB kami, berikanlah kami kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka” Surah Al-Baqarah ayat 201.

Saya, sehingga hari ini masih teringatkan laungan yang terbaik di dunia itu.
Hal ini kerana, saya sedang berusaha, bergerak di atas jalan laungan itu. Walaupun saya mungkin terjatuh, tersungkur, berkali-kali, saya tetap akan berdiri semula dan bangkit bergerak di atas jalan laungan itu.


Berusaha menjadi yang terbaik!

nukilan dipetik dari :

http://ms.langitilahi.com/yang-terbaik-dalam-dunia/

Sunday, May 24, 2009

Kata Pujangga 4

Soalan dan skema bahasa arab tinggi SPM kertas 2 ;
bahagian hikam wal amsal


كأنّك تضرِبُ حديدًا باردًا

Seolah-olah kamu menempa besi yang sejuk


اذكر فكرتين اساسيتين من هذه الحكمة
التربية لا بُدّ من الصٍّغَرِ في الْعمر
مِنْ أسْبابِ النَّجاحِ فِي التربية الإسْتِقامة

Pengajaran ;

Pepatah melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru itu, pendidikan mestilah bermula dari kecil atau seawal yang mungkin dan dilakukan secara istiqomah agar ia membuahkan hasil dan kejayaan dalam usaha tarbiyyah atau pendidikan. Apa jua bentuk nilai dan akhlak yang diingin diterapkan mesti dilakukan seawal yang mungkin agar ia benar-benar memberikan impak positif ke atas gaya didikan kita.
Kelewatan kita bertindak dalam memberikan nilai dan akhlak seumpama kita menempa besi yang telah sejuk . Selamat beramal ...

أطرُقْ الحديدَ ما زالَ حامِيًا
منمفا بسي بياله كتيك فانس
menempa besi biarlah ketika panas


اذكر فكرتين اساسيتين من هذه الحكمة
التأجِيلُ في الْعملِ من صفة مذمومةٍ
عَلَيْنا أنْ نَنْتَهِزَ الْفُرصة قَبْلَ فَواتِ الأوَانِ
Pengajaran ;
Bertangguh dalam sesuatu amalan dan perkerjaan itu adalah antara sifat tercela . Bersegeralah berbuat kebaikan. Rebutlah apa jua peluang dan kesempatan yang ada sebelum ia terluput dan terlepas daripada kita. Usah sesal bilamana nasi sudah menjadi bubur.

Friday, May 22, 2009

Usrah PUTERI SBPI Sabak Bernam

"Alhamdulillah .. setelah sekian lama menyepi akhirnya
MAMA muncul kembali "



Begitulah antara ungkapan yang terpacul dari bibir anak didik aspuri di Intersaber ini sebaik sahaja dapat berita Ustz Raja atau panggilan manja "mama" dikalangan pelajar puteri akan menyampaikan tazkirah dalam usrah mingguan. Program mingguan yang dikhususkan untuk pelajar puteri ini diadakan setiap hari Jumaat ketika mana kaum adam bersolat Jumaat.




Hmm ... happy sakan bebudak aspuri nampaknya. Kebetulan pulak mama dia orang bawa laptop dan LCD sekali. Yang malas datang pun pakat bergegas ke surau pasal nak tengok tayangan.

Tak tahu lagi tajuk minggu ini " Perkara paling dekat kita ... kematian " . Haaa... sebaik sahaja tayangan dimulakan semua terdiam dan rasa insaf . Baguslah kalau gitu .... TAPI bila blogger datang ....... senyummmmm semua . Senyum ada apa-apa makna ke?





Yang penting pengajaran dan iktibar yang mampu diambil dari program tersebut. Ustaz doakan semoga pengisian ini mampu membina jati diri dan sahsiah warga pelajar di SBPISB ini.

Kepada semua rakan ustazah ... ustazah Hajah Rogayah (tiada di gambar ), Ustazah Siti Zainab, (kanan ) Ustazah Mariah ( kiri ) Mama (tengah) dan semua guru yang sama-sama menyemarak surau tu terima kasih bebanyak .. hanya Allah jua yang dapat memberikan ganjaran


Thursday, May 21, 2009

الطريق الى النجاح

Alhamdulillah bersua kembali .... seterusnya kita akan membicarakan dan mengupas satu tajuk petikan untuk dijawab dalam kertas BAT SPM supaya calon mengetahui berbezaan skop soalan dan skema bahasa arab PMR dan SPM dengan lebih jelas.



Perhatikan pelbagai bentuk soalan yang boleh dikeluarkan dari petikan ini untuk kertas Bahasa Arab Tinggi SPM .

Contoh soalan kertas BAT 1
هات معاني الكلمات الآتية
مهم = ضروريّ
هات أضداد الكلمات الآتية
النجاح = الفشل
بيّن موقع الإعراب فيما يأتي
السليم = نعت / صفة
اعرب الكلمة الآتي اعرابا تاما
التخطيط = مبتدأ مرفوع بالضمة
هات وزنا مناسبا للكلمات التي تحتها خط في القطعة الآتية
المرسومة = المفعولة

Kegagalan calon memahami arahan soalan akan mengundah padah. Pastikan anda dapat memahami kata tugas atau arahan soalan dengan jelas.

Contoh soalan kertas BAT 2

استخرج من القطعة الآتية أربع أفكار رئيسة
كون جملا مفيدة مستخدما التراكيب الآتية

Catatan : Teruskan usaha dan komitmen anda untuk cemerlang. Tiada jalan pintas untuk berjaya sebaliknya menuntut pengorbanan, komitmen dan usaha gigih pada setiap detik dan ketika. Mereka yang menyusuri dan sentiasa berada di atas JALAN LURUS DAN BETUL PASTIKAN SAMPAI ke matlamat yang dituju.

Tuesday, May 19, 2009

Sikap Ambil Berat Dalam Hubungan




CIRI-CIRI ;
•MENUNJUKKAN SIFAT PENYAYANG DAN MENGAMBIL BERAT.
•MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA IDE DAN PERASAAN ORANG LAIN.
•BERSIFAT SEDIA MEMBANTU DAN MEMBERI KHIDMAT



Huraian ;
Dalam perbincangan ini ustaz ingin membawa pengunjung untuk melihat kepentingan prinsip CUT APPLE A dalam pembinaan perhubungan seharian dengan orang di sekelilinga kita. prinsip CUT APPLE A yang pertama ialah (C) CARING atau sikap mengambil berat . Cuba anda bayangkan ....... seharian hidup anda dikelilingi oleh insan-insan yang mempunyai keperibadian dan watak " CARING" seperti di atas. Ibubapa atau pasangan hidup di rumah yang penyayang. Majikan dan bos yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan anda. Rakan sepejabat , sebilik atau sekuliah , yang memahami perasaan anda. Guru-guru yang sentiasa memberikan perhatian kepada anda serta dikelilingi oleh insan yang sentiasa bersedia membantu kerja seharian anda.

Apakah anda masih rasa tersisih ? terhina ? tidak dihargai ?
Zahirkanlah sifat "CARING" anda agar manusia di sekeliling anda rasa BAHAGIA dengan kewujudan anda.

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA .....


Huraian lanjut dan iktibar ;

Nabi Muhammad saw pernah bersabda " sesiapa yang tidak menyayangi (sesama manusia) maka dia tidak akan dikasihi ( oleh Allah, para kekasih Nya juga makhluk Nya) " .

Hadis yang pendek ini sebenarnya memberikan makna yang besar dalam konteks hubungan kemanusiaan baik antara sesama rakan, ahli keluarga , sahabat handai atau masyarakat.

Pernahkah anda melihat seseorang atau sekelompok manusia yang hidup terpinggir ? tidak dihiraukan kewujudannya ? orang tak peduli ? Pernah melihat golongan warga tua yang merempat atau ditinggalkan di pusat asuhan orang tua sedangkan anak-anak masih ada dan "berada " ? atau melihat rakan yang keseorangan terpinggir sendirian tiada berteman ?
Ustaz pasti kita semua pernah melalui , mengalami atau melihat peristiwa ini. Mungkin dalam ahli keluarga kita, di pejabat, di sekolah atau asrama malah sebenarnya dimana-mana kita dapat menyaksikannya.

Hadis di atas sebenarnya memberikan isyarat jelas kepada sesiapa yang mahu berfikir bahawa kita akan dapat yang yang kita berikan pada orang lain. jika kita berikan kebaikan maka kita juga insyaAllah akan menerima kebaikan. Jika keburukan dan kebencian kita berikan kepada orang di sekeliling kita .. maka kita akhirnya juga akan menerima kebencian dari mereka. Jika tak peduli dan tidak kisah tentang perasaan, keperluan orang lain maka satu saat .... kita tidak dipedulikan oleh sesiapa .

Dalam erti kata lain , kita pastinya akan menerima jua balasan dan akibat dari perbuatan kita sendiri. Akibat atau balasan ini mungkin ditangguhkan sehingga di hari pembalasan atau kita menerimanya di atas dunia ini lagi .

Justeru itu para pengunjung budiman ...

Berikan nilai kebaikan dalam diri kita , paparkan sifat penyayang, perihatin dan sikap ambil berat kita pada orang di sekeliling kita. Hormati pandangan, fikiran dan perasaan orang lain. Hulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. BUKAN DENGAN NIAT MENGHARAP BALASAN ! tapi YAKINLAH bahawa Allah tidak pernah sesekali membiarkan amal baik kita begitu sahaja.

AWAS!!!

"caring" yang anda terima mestilah berpada-pada dan bertempat. Jangan ada ruang untuk orang mengambil kesempatan terhadap diri anda dengan sifat "caring" mereka walau apa jua alasan dan tujuannya. "Caring" sebagai abang? sebagai ayah? sebagai kakak? atau siapa saja tetap ada sepadannya. Jangan sampai anda menjadi mangsa " caring" kerana telah banyak insiden haruan makan anak dalam masyarakat kita. Harapkan pagar.. pagar makan padi !!!


Selamat beramal dengan prinsip CUT APPLE A yang pertama ini dan semoga hubungan kita sesama insan akan menjadi lebih bermakna . Salam ukhuwwah dari ustaz ...

Sunday, May 17, 2009

Prinsip CUT APPLE A dalam pembinaan hubungan

RENUNGKAN .... PERNAHKAH PARA PENGUNJUNG BUDIMAN MENGALAMI SITUASI SEPERTIMANA BERIKUT ;

1. Di asrama, sekolah atau di IPT ; dipulau, disisih, sering dihina, tiada kawan
2. Di rumah ; sering bertengkar dengan ibubapa dan adik beradik,
3. Di pejabat ; rasa tidak dihargai, sering berselisih faham dengan majikan atau rakan sekerja

JIKA INI BERLAKU ... Kehidupan sosial anda sebenarnya telah TERJEJAS. Anda memiliki HUBUNGAN SOSIAL yang RENDAH. Ini boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan anda. Emosi, mental, fizikal, prestasi kerja dan pencapaian semuanya boleh tergugat hanya kerana anda gagal membina hubungan yang baik dengan orang di sekeliling anda.

Sesungguhnya dalam penciptaan manusia yang berbilang bangsa dan keturunan , pelbagai bahasa dan budaya mempunyai satu rahsia dan matlamat untuk dicapai iaitu saling berkenal-kenalan, membina hubungan dan seterusnya mencari keredhaan Allah dengan jalan TAQWA.

Namun usaha dan hasrat ini tidak mudah dicapai melainkan dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu. Guru sebagai pembimbing dan anak-anak pelajar bakal pemimpin di masa hadapan perlu memahami dan memiliki kemahiran membina hubungan ini agar dapat berfungsi dan berperanan dengan baik serta berkesan

Dalam kesempatan ini, ustaz akan kongsikan ciri-ciri atau nilai-nilai penting sebagai panduan dan tips asas untuk rakan, sahabat atau menjadi pembimbing yang berkesan.





Ikuti siri huraian lanjut dalam blog ini ........ ustaz akan cuba berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu berkaitan kegunaan prinsip CUT APPLE A dalam membina hubungan sesama manusia samada di rumah, di sekolah, di tempat awam, di tempat kerja atau di mana juga. Keyahui, fahamai dan hayatilah prinsip CUT APPLE A ini dan cuba amalkan dalam hidup seharian anda.

Selamat beramal dengan prinsip CUT APPLE A!!!!!!

Kata Pujangga3

القِراءَةُ مِفْتاحُ العلمِ .العلمُ والمعرفةُ مفتاحُ الحَياةِ
Membaca itu kunci Ilmu.
Ilmu dan pengetahuan itu pula kunci kehidupan




قال الرسول صلى الله عليه وسلم

مَنْ أرادَ الدُّنْيا فعليه بالْعِلْمِ ومَنْ أراد الآخِرة فعليه بالْعِلْم
ومَن أراد هما معا فعليه بالعلم




Saturday, May 16, 2009

Kata Pujangga2



: اذكر فكرتين اساسيتين من هذه الحكمة
اجتهدْ ولا تكسلْ فالندامةُ عقبى لِمَنْ يتكاسل


Bersungguh-sungguhlah dan jangan malas
Penyesalan itu untuk mereka yang malas

Pengajaran


الاجتهاد أساس النجاح

المرء سيندم إذا فشل في تحقيق أمله


TERIMA KASIH ATAS INGATAN




BUAT SEMUA ANAK DIDIK


TERIMA KASIH ATAS INGATAN KALIAN SEMUA PADA USTAZ (ABAH ) DAN MAMA ( UMMI ) SEMPENA HARI GURU 2009

TERLALU BANYAK UCAPAN KAMI TERIMA MELALUI MESEJ. TAK TERBALAS....

DOA KAMI MOGA KALIAN SEMUA BERJAYA DALAM KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT


SALAM SAYANG BERKEKALAN DARI KAMI

SELAMAT HARI GURU

KEPADA SEMUA WARGA GURU
Sabda nabi junjungan :

Jika mati anak adam ( manusia ) itu maka akan terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara;
1. SEDEQAH JARIAH
2. ILMU YANG BERMAFAAT
3. DOA DARI ANAK YANG SOLEH

Maka BERSYUKUR dan BERBANGGA lah dengan profesion kita ini kerana kita dapat menyumbangkan ketiga-tiga kebaikan tersebut kepada anak didik kita.

SELAMAT BERJUANG dari kami ;

Ustaz Amir bin Berau
Ustazah Raja Fatimah binti Raja Abdul Rahman

Maryam Husna
Muhammad Rushdan
Ibrahim Adham
Khadijah Salsabila
Sumayyah Kauthar

Kata Pujangga1


العلم بلا عمل كالشجرة بلا ثمر

علمو تنفا عمل اومفما فوهون تيدق بربواه

Ilmu yang tidak diamal umpama pohon tidak berbuah


Pengajaran


طلبُ العلم فريضةٌ على الإنسان

علينا أن نعملَ بِما نَعلَم


Wednesday, May 6, 2009

BERITA MUAT TURUN SOALAN PMR DAN SPM

Assalamualaikum kepada semua pengunjung

BERITA BAIK ...

Alhamdulillah dengan izin Allah dan kehendakNya jua ... mulai HARI INI semua pengunjung boleh memuat turun contoh-contoh soalan Bahasa Arab Komunikasi PMR dan BAT SPM dari blog ini. Kami sedang berusaha untuk mempertingkatkan kualiti blog ini dengan menyediakan seberapa banyak bahan PnP dan set-set soalan beserta skema untuk kemudahan semua.

Semoga para pengunjung mendapat manfaat dan kebaikan darinya.

Sila kunjungi ruangan muat turun untuk tujuan tersebut

Monday, May 4, 2009

Kemahiran Kaunseling dalam PnP

Assalamualaikum kepada rakan guru dan pengunjung budiman

Dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya fikir dan yakin amat penting dalam profesion kita sebagai guru iaitu kemahiran KAUNSELING.



Saya mengamalkan ilmu dan kemahiran kaunseling sejak mula mengajar lagi. Walaupun pada peringkat awal memang tiada kursus khas yang saya hadiri sehingga melayakkan saya untuk mendapat pengiktirafan seperti sijil atau diploma tetapi saya mengaplikasikan ilmu berkaitan kaunseling dalam kehidupan seharian saya. Namun akhirnya dapat juga saya mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu di Maktab Perguruan Islam Bangi untuk mendapatkan sijil kaunseling pada tahun 2005 lalu.


Sebagai seorang guru, kita MESTI dan perlu memiliki kemahiran2 ini untuk mempertingkatkan kualiti diri kita bila mana berhadapan dengan para pelajar. Kegagalan kita mengenalpasti kemahiran ini dan mengamalkannya dalam proses PnP , sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi hubungan kita dengan para pelajar.

Sebaliknya dengan memiliki dan menguasai ilmu ini, bukan sahaja akan mampu mempertingkatkan kualiti hubungan antara murid dan guru malah mampu menarik perhatian serta tumpuan pelajar terhadap dalam proses PnP yang kita jalankan.


InsyaAllah dalam siri pertemuan TAZKIRAH akan datang kita akan membicarakan perkara ini dengan lebih mendalam.

Sunday, May 3, 2009

Penanda Wacana dalam Penulisan Karangan

Assalamualaikum
Seperkara lagi perlu diambil perhatian sebelum memulakan penulisan karangan adalah penggunaan penanda wacana ( الروابط في كتابة الإنشاء ) yang sesuai. Ini dapat memberikan kesan yang baik dalam pemarkahan .

الروابط في كتابة الإنشاء

لا شكَّ ولا رَيْبَ / لا يُنافِي أحدٌ أنَّ / مِمّا لا شكَّ فِيْهِ / مِمّا لا ريبَ فِيْهِ

ويُضافُ الى هذا / وبِجانِب ذلك / بالإضافَةِ الى ذلك

وَمِنْ ناحِيَةٍ أخْرَى

وجَدِيرٌ بالذّكْرِ
وعلى سبيلِ المِثال

وهَلُمَّ جرًا / وغَيْر ذلك

فِي حاجَةٍ ماسَةٍ الى

في الآونَةِ الأخيْرَة

مِنْ الأسَفِ الشّديدِ

مِن المعلوم لَديْنا

وقُصارَى الْقَولِ انَّ

لا سيّما

لا بُدَّ مِنْ

نَظَرًا الى

بالرَّغْمِ مِنْ

يجبُ على .............. أنْ .............. (اسم)/(فعل مضارع

ينبغِي ل .............. أنْ .............. (اسم)/(فعل مضارع

قال رسول الله في حديث الشريف
( ) / قال الله تعالى في كتابه العزيز

ومِنْ هذا الحديث / ومِنْ هذه الأية، تُبَيّنُ لَنا أنّ

هذا كما ورد الله في كتابه العزيز

Saturday, May 2, 2009

TIP MENJAWAB BAT 1

Assalamualaikum

Sebelum jauh bicara bual kita dalam kertas BAT SPM ini , ada baiknya para calon mengetahui beberapa tip peperiksaan untuk panduan dan ingatan semua ketika menjawab soalan kertas 1 ini.


Kertas 1 ini mengandungi 4 bahagian dengan 40 soalan dan menyumbang 80% markah. Kegagalan calon menguasai kertas BAT 1 ini akan menyebabkan calon gagal memperolehi pangkat A dalam SPM kelak.


cuba lihat paparan dan gambar berikut :



1. Pastikan perkataan yang dikehendaki berdasarkan kata tugas tersebut.

2. Memahami semua tajuk tingkatan empat dan lima.

3. Jawab soalan dengan tepat dan betul.

4. Tidak perlu menyalin keseluruhan ayat.


1. Menguasai isim musytaq seperti wazan isim fael, isim masdar, isim maf’ul dan lain-lain.

2. Memahami أوزان الفعل dan boleh menggunakannya dengan baik.

3. Memahami semua tajuk tingkatan empat dan lima.

4. Jawab soalan dengan tepat dan betul.

5. Tidak perlu menyalin keseluruhan ayat.




1. Menguasai dengan baik tajuk-tajuk popular seperti bahagian uslub,


tasybih dan majaz.

2. Membiasakan diri dengan konteks soalan yang akan dikemukakan


berdasarkan tajuk, contoh : tajuk tasybih konteks soalan berkaitan dengan


rukun dan na’u tasybih.



3. Memahami semua tajuk tingkatan empat dan lima.



4. Jawab soalan dengan tepat dan betul.



5. Tidak perlu menyalin keseluruhan ayat.

Masdar dalam Penulisan karangan

Lihat maklumat dibawah. Cuba perhatikan penggunaan kata dasar dan kata terbitan ( المصدر )
Gunalah kemahiran asas membina ayat dalam PMR sebelum ini untuk membina jumlah mufidah di sini.

فِي عطلة المدرسية الماضية نظّمَتْ أسرتك الرِّحْلةَ الى مدينة فتراجاي . مِن البرامِجِ الرحلة هي

الْمُغادَرةُ مِنْ البيت ( غادرَ = يُغادِرُ
الْوُقُوفُ فِي مَكانِ الإسْتِراحَةِ (وقفَ = يَقِفُ
الوصول في فتراجاي (رَكِبَ = يرْكَبُ
تناول الغداء ( تناول = يتناول
أداء الصلاة الجمعة ( أدّى = يؤدّي
التَّجوُّلُ فِي الْمدِيْنة (تَجَوَّلَ = يَتَجَوَّلُ
التَّسَوُّقُ فِي الْمَحَلاّت التِّجارِيَّة ( تَسَوَّقَ = يَتَسَوَّقُ
زيارة الأماكن الممتعة ( زارَ = يَزُورُ
الرجُوعُ الى البيت (رَجَعَ = يَرجع


Friday, May 1, 2009

BAT 2 Keluarkan 4 Isi Penting

Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada calon SPM 2009

Seterusnya kita akan membicarakan soalan Bahasa Arab Tinggi kertas 2, bahagian 2 iaitu mengeluarkan 4 isi penting dari petikan pendek yang diberi. Markah diberi sebanyak 12 markah.

Kelemahan paling ketara dalam bahagian ini, sebahagian calon hanya menyalin soalan atau teks semata-mata tanpa mengubah struktur ayat atau menokok tambah dengan kalimah yang lain.

Setiap calon perlu mempertingkatkan kemahiran dengan latih tubi. Dengan cara ini calon akan berasa yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Teknik mudah dalam menjawab soalan ini ialah dengan mengunakan perkataan seerti bagi kalimah tertentu dalam sesuatu isi yang ingin dikeluarkan. Namun setiap calon perlu memahami kandungan asas petikan ringkas tersebut. Cuba perhatikan petikan dibawah. Apa agaknya isu yang ingin diketengahkan? jika kamu dapat mengenal pasti, maka ini memudahkan untuk langkah seterusnya.

(ب) استخرج من القطعة الآتية أربع أفكار رئيسة : [12 درجة

تشتهر ماليزيا بأنها دولة نامية وتتقدم في المجالات العديدة مثل الزراعة والصناعة والسياحة . ومن هذه المجالات تمكنت ماليزيا إنتاج حاصلات كثيرة مما يعود بالنفع الكبير للدولة حكومة وشعبا. ففي مجال الزراعة مثلا توفرت المنتجات الزراعية داخل البلاد مثل زيت النخيل والمطاط والأناناس . وفي الوقت نفسه يصدر بعض هذه الحاصلات إلي خارج البلاد . ويعتبر عائد زيت النخيل من أكبر عوائد الحاصلات الزراعية لماليزيا نظرا لرواجه في الأسواق العالمية . فزيت النخيل صدر إلى أكثر من مائة وعشر (110) دول في آسيا وأوربا وأمريكا وأفريقيا

Contoh jawapan yang boleh diberi


jawapan 1
ماليزيا دولة نامية وتتقدم في المجالات المتنوعة

jawapan 2
ومن تلك المجالات استطاعة ماليزيا إخراج منتجات كثيرة لمنفعة الدولة حكومة وشعبا

jawapan 3
زيت النخيل والمطاط والأناناس من المنتجات الزراعية المتوفرة قبل البلاد

jawapan 4
وصدر زيت النخيل إلى اكثر من مائة وعشر بلاد في العالم

Scuba Diving di Pulau Bidong 2009


Alhamdulillah dengan izin Allah ust berkesempatan mengikuti program scuba diving di pulau bidong selama 4 hari pada bulan awal apr lalu. Disertai oleh 11 pelajar rumah kripton dan 2 guru pengiring iaitu ust sendiri dan cikgu hisamuddin. Selain tu ia turut disertai oleh rakan muda dari KBS.

Program ini mendapat kerjasama coral malaysia , kementerian belian dan sukan ( KBS )serta Univesiti Malaysia Terengganu (UMT) . Aktiviti utama adalah aktiviti pendedahan diving dasar laut untuk tujuan projek pemuliharaan khazanah laut malaysia. Di akhir sesi latihan peserta akan diberi lesen sebagai scuba diving bertauliah dari scuba diving antarabangsa (SDI).




Gunakan PELUANG dan RUANG untuk tingkatkan kualiti diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran diri. Tiada siapa dapat merubah kita melainkan diri sendiri

berita harian 21 april 2009 selasa rencana ms 16. oleh jamhariah jaafar rencanabh@bharian.com.my

ALLAH JUA KEKAL BUAT SELAMANYA

Assalamualaikum kepada pengunjung budiman

Seringkalikah anda rasa kecewa, rasa amat sedih, amat tertekan, amat marah, binggung, hilang kawalan dan pertimbangan sehingga bertindak di luar kesedaran dan kewarasan anda ??

Pernahkah anda rasa kehilangan, rasa tidak dihargai dan tersisih??

Islam mengajar dan mendidik kita umatnya dengan aqidah dan KEPERCAYAAN yang ampuh dan mantap sebagai satu bentuk pertahanan dalam menghadapi apa jua cabaran dan rintangan.

Walau apa pun yang berlaku kita diingatkan supaya mengingati Allah. Allah Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui atas segala apa yang berlaku.

Allah berfirman, ; " Apa jua yang kamu miliki akan binasa ( hilang dari sisi kamu) akhirnya dan apa yang Allah miliki akan kekal selamanya "

Sebelum ini sebagai contohnya kita berharta, ada kuasa, ada pengaruh, ada keluarga, ada rakan, ada kekasih malah ada kehidupan tersendiri. Namun jangan lupa sekelip mata semua itu boleh hilang dari kita.

Dulu kita ramai kawan dan berpengaruh kini keseorangan , sebelum ini kita berkeluarga dan berharta sekelip mata kita tiada apa dan sesiapa lagi. Sebelum ini kita dihormati, disayangi dan dihargai tapi kini semuanya tiada lagi. Setahun lalu kita sihat dan cergas, hari ini kita terlantar sendirian tanpa ada siapa yang peduli.

Justeru itu hargailah apa jua yang kita miliki dan jangan melampaui batas . Hargailah ibubapa dan teman taulan , hargailah kesihatan dan kelapangan, hargailah kuasa dan kedudukan, hargailah peluang dan kesempatan yang ada. Hargailah apa jua anugerah Ilahi kerana sesungguhnya Allah tiada suka mereka yang melampaui batas dalam hidupnya.

Percayalah apa jua yang kita lalui, ada sesuatu untuk difikiri dan direnungi. Sesungguhnya Allah tidak sama sekali menjadikan sesuatu dan membiarkan sesuatu perkara itu berlaku dengan SIA-SIA. Cuma kita GAGAL mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku.


Semoga Allah tetap terus memelihara dan merahmati kita semua. Salam Perjuangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails